Latar Belakang
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah diwujudkan di Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) pada 1 Oktober 2008 bagi menggantikan Unit Teknologi Maklumat (Unit IT). Penubuhan ini selaras dengan program penstrukturan semula MOT yang mengambil kira pertambahan bilangan pengguna dan keperluan ICT semasa, tadbir urus ICT serta bertanggungjawab menentukan arah tuju dasar dan strategi pembangunan ICT di samping memantau semua program ICT agensi-agensi di bawah Kementerian.
Piagam Pelanggan
- Mengambil tindakan ke atas masalah-masalah teknikal yang dibangkitkan dalam tempoh tiga (3) jam waktu bekerja.
- Mewujudkan akaun e-mel untuk pengguna dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Mengemas kini Laman Web MOT dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Merancang dan mengaturkan latihan ICT kepada kakitangan MOT sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
- Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT MOT sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
- Memproses permohonan projek ICT untuk kelulusan Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian Pengangkutan (JPICT) seperti berikut:
- Dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk permohonan bernilai RM500,000.00 dan ke bawah; dan
- Dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima untuk permohonan yang melebihi RM 500,000.00.
- Menyediakan Laporan Kajian Projek ICT untuk bahagian-bahagian dalam MOT selepas permohonan diterima dalam tempoh seperti berikut:
- Kajian berskop kecil Kajian yang melibatkan isu-isu tertentu dalam sesebuah bahagian tetapi tidak melibatkan keseluruhan pengurusan kementerian dan disiapkan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan;
- Kajian berskop sederhana Kajian yang melibatkan semua aspek pengurusan kementerian dan disiapkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan; dan
- Kajian berskop besar Kajian berbentuk horizontalization yang melibatkan pelbagai agensi dan disiapkan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) tahun.
- Memastikan isu dan aduan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja.
Fungsi
- Mengenalpasti keperluan, menyelaras dan melaksanakan projek-projek ICT di Kementerian.
- Menyelaras dan melaksanakan program-program EG di peringkat Kementerian.
- Memantau dan menyelaras projek-projek ICT agensi-agensi di bawah Kementerian.
- Menyediakan kemudahan infrastruktur ICT yang reliable dan secured.
- Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi Kementerian.
- Melaksanakan program latihan dan pembudayaan ICT.
- Menyediakan khidmat nasihat dalam bidang ICT.
Objektif
Mempertingkatkan penggunaan ICT dan melaksanakan program-program ICT di peringkat Kementerian dengan fungsi utama seperti berikut :
- Melaksanakan pengoperasian sistem ICT Kementerian dengan mengendalikan dan menyelenggarakan infrastruktur ICT; dan
- Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi di Kementerian.
Carta Organisasi