Kementerian Pengangkutan Malaysia

Bahagian Udara

Latar Belakang

Bahagian Udara merupakan salah satu bahagian yang penting di Kementerian Pengangkutan Malaysia. Ba​hagian ini bertanggungjawab terhadap semua urusan hal ehwal industri penerbangan awam di Malaysia. Bahagian ini adalah terdiri daripada enam (6) unit seperti berikut:​

  • ​Pengangkutan Udara
  • Perkhidmatan Lapangan Terbang
  • Industri Aeroangkasa dan Hubbing
  • Pelesenan & Kerjasama Serantau
  • Perkhidmatan Luar Bandar​
  • Konvensyen & Keselamatan

Piagam Pelanggan

  • Memproses permohonan syarikat-syarikat penerbangan berjadual untuk menambah atau mengadakan penerbangan ke laluan-laluan baru dalam tempoh 2 minggu.​
  • Memproses permohonan syarikat-syarikat penerbangan tidak berjadual untuk mengadakan penerbangan charter dalam tempoh 1 minggu.
  • Memproses permohonan penutupan ruang udara dalam masa 2 minggu.
  • Memproses permohonan penutupan ruang udara dalam tempoh 2 minggu.
  • Memproses permohonan untuk menaiktaraf lapangan terbang dan sistem dalam tempoh 3 bulan.
  • Memproses permohonan lesen Air Services License (ASL) dalam tempoh 6 bulan.
  • Memproses permohonan Air Services Permit (ASP) dan kelulusan permohonan sekolah latihan pernerbangan dalam tempoh 1 bulan.
  • Melayani aduan yang diterima dalam tempoh 3 hari bekerja.

Fun​gsi

  • Merancang serta mengkaji dasar-dasar berhubung perkhidmatan pengangkutan udara.
  • Memperluaskan rangkaian perkhidmatan udara antarabangsa menerusi rundingan-rundingan udara.
  • Memastikan perancangan, pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur lapangan terbang mengikuti piawaian yang ditetapkan.
  • Memastikan aspek-aspek perundangan dan peraturan penerbangan awam/pengangkutan udara adalah sejajar dengan kehendak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organisation - ICAO).​​

Obj​ek​​tif

  • Merancang serta mewujudkan sistem pengangkutan udara yang cekap, berkesan dan selamat untuk penumpang dan kargo.
  • Merancang serta mewujudkan infrastruktur bagi menyokong keperluan pengangkutan udara.​​

Carta ​Orga​nisasi​​

chart