Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

​​​​​​​Latar Belak​​ang

Bahagian Perolehan dan Kewangan secara rasminya telah ditubuhkan pada 1 Mac 2021. Penubuhan ini selaras dengan program penstrukturan semula Kementerian Pengangkutan yang memisahkan fungsi perolehan, kewangan dan pentadbiran yang sebelum ini di bawah pengurusan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Bahagian ini bertanggungjawab dalam pengurusan belanjawan, perolehan, dan kewangan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan / Agensi di bawahnya.

Piagam Pelanggan

  • Menyedia dan memeriksa anggaran belanjawan tahunan Kementerian dan Jabatan bagi Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh surat Perbendaharaan.
  • Membahagikan waran anggaran belanjawan tahunan Kementerian dan Jabatan bagi Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas menerima Waran Am daripada Perbendaharaan.
  • Menyemak dan memproses permohonan pindah / tambah peruntukan yang lengkap daripada Kementerian dan Jabatan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Mengadakan Mesyuarat LembagaTender/ Jawatankuasa Sebut harga setiap bulan dan menyampaikankeputusandalam masa 1 hari.
  • Mengurus proses Tender dalam tempoh 60 hari selepas menerima spesifikasi dan dokumen yang lengkap daripada Bahagian/Unit.
  • Mengurus proses Sebutharga dalam tempoh 30 hari selepas menerima spesifikasi dan dokumen yang lengkap daripada Bahagian/Unit.
  • Mengeluarkan Surat Setuju Terima dalam tempoh 1 hari bekerja selepas menerima keputusan muktamad Perbendaharaan atau Lembaga Tender/Jawatankuasa Sebut Harga.
  • Mengeluarkan Pesanan Tempatan/Kerajaan melalui sistem eP dan eSPKB dalam tempoh 3 hari selepas permohonan yang lengkap dan diluluskan diterima.
  • Menyemak dan memproses bayaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan bagi bil / dokumen yang lengkap dalam tempoh 9 hari.
  • Menyemak dan memproses permohonan Pendahuluan Diri, Elaun Pakaian Panas, Pembiayaan Komputer dan Pinjaman Kenderaan dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.

​Fun​gsi

  • Pengurusan penyediaan dan pemeriksaan belanjawan mengurus dan pembangunan untuk Kementerian, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan.
  • ​​​Pengurusan pembayaran perbelanjaan pembangunan di peringkat Kementerian dan pengawalan perbelanjaan mengurus dan pembangunan untuk Kementerian, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi di bawah Kementerian.
  • Pengurusan hal-hal tender dan kontrak, perlantikan juruperunding dan kontraktor, perolehan kerja, perkhidmatan dan pembekalan barang-barang di bawah bidang kuasa Kementerian, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi di bawah Kementerian.

Carta ​Orga​nisasi​​

cartabkp