Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Bahagian Akaun

Latar Belakang

Bermula pada September 2006, Bahagian Akaun telah berfungsi sepenuhnya sebagai Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) yang telah dipertanggungjawabkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 139. Bagi memastikan Bahagian Aka​un melaksanakan tanggungjawabnya dengan cekap dan efektif, terdapat 4 fungsi utama yang merangkumi fungsi Perakaunan Kewangan (Bayaran, Akaun, Gaji dan Aset), Perundingan, Pemantauan, Perakaunan Pengurusan dan 2 fungsi am iaitu fungsi Teknologi Maklumat dan Pentadbiran.

Piagam Pelanggan

  • Bayaran disempurnakan dalam tempoh tiga (3) hari kalendar dari tarikh baucar diperaku 2;
  • Pembayaran gaji bulanan penjawat awam dan anggota pentadbiran kementerian pengangkutan dilaksanakan tidak lewat daripada tarikh yang ditetapkan;
  • Memproses bayaran pukal dalam tempoh 5 hari bekerja selepas fail AP504 diterima;
  • Memproses permohonan pendahuluan diri (AP59) dalam tempoh 14 hari kalendar selepas dokumen diterima;
  • Memberikan khidmat nasihat perakaunan dan kewangan kepada jabatan dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima;
  • Menyediakan laporan naziran dalam tempoh 14 hari kalendar selepas tarikh mesyuarat penutup naziran.

Fun​gsi

Seksyen Perakaunan Pengurusan

Menyedia maklumat dan laporan serta menasihati pengurusan atasan dalam membuat keputusan bagi perkara berikut :

  • Menyediakan maklumat kos untuk menilai program Kementerian dalam pelaksanaan Outcome Based Budgeting (OBB) dan lain-lain keperluan pengurusan.
  • Membuat analisa Perakaunan Kos untuk keperluan pemantauan pengurusan
  • Menganalisa maklumat kewangan, menyediakan laporan dan menasihati pengurusan atasan membuat keputusan
  • Menyedia dan menganalisa maklumat aset, liabiliti dan komitmen lain Kementerian bagi tujuan perancangan kewangan

Seksyen Perakaunan Kewangan

Memastikan maklumat perakaunan seperti di bawah disediakan dengan tepat dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan:

  • Mengurus Akaun Belum Terima (ABT)/ Hasil
  • Menguruskan Akaun Belum Bayar (ABB)/ Bayaran
  • Membuat Bayaran Pukal
  • Memberikan Bantuan Teknikal Operasi kepada PTJ
  • Membuat Analisa Operasi Perakaunan untuk keperluan pemantauan pengurusan
  • ​​Mengurus Akaun Subsidiari
  • Mengurus Akaun Panjar
  • Mengurus Akaun Amanah
  • Mengurus Akaun Deposit
  • Menyediakan Penyata Kewangan bulanan/tahunan Kementerian
  • Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank Bayaran dan Terimaan Kementerian
  • Mengurus Cek/Pindahan Telegraf dan pengurusan EFT/Cek Batal/Penolakan
  • Menguruskan Perakaunan Aset dan Inventori
  • Membuat analisa usia kegunaan dan keperluan aset Kementerian bagi tujuan keperluan pengurusan
  • Memastikan Lejar Akruan dan Lejar Tunai berbaki tepat

Seksyen Perundingan

Memberi khidmat nasihat pengurusan perakaunan dan kewangan serta sistem perakaunan seperti berikut:

  • Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan perakaunan dan kewangan kepada PTJ
  • Memantau pelaksanaan dan memberi khidmat nasihat sistem perakaunan (iGFMAS) di jabatan dan agensi di bawah Kementerian
  • Membuat analisa Khidmat Perundingan untuk keperluan pemantauan pengurusan
  • Membantu menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan perakaunan akruan
  • Merancang latihan perakaunan bagi memantapkan kemahiran pegawai
  • Memastikan semua pegawai perakaunan mengikuti latihan perakaunan bagi memantapkan kemahiran pegawai
  • Membuat analisa keberkesanan latihan yang dijalankan

Seksyen Pemantauan

Memantau pengurusan perakaunan dan kewangan di kementerian meliputi:

  • ​Melaksanakan Naziran Pematuhan di PTJ
  • Membuat Analisa Laporan Naziran untuk keperluan pengurusan
  • Melaksanakan Pengurusan Risiko (Kewangan)
  • Melaksanakan Naziran Pematuhan di Pejabat Pemungut
  • Melaksanakan Verifikasi Kutipan

Unit Pentadbiran dan Kewangan

Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Bahagian:

  • Melaksanakan urusan pentadbiran
  • Menguruskan stor dan aset Bahagian
  • Menguruskan hal-hal perkhidmatan
  • Menguruskan Kewangan PTJ Bahagian
  • Membuat Analisa Kewangan Bahagian untuk keperluan pemantauan pengurusan

Obj​ek​​tif

  • Mempastikan pelaksanaan pengurusan perakaunan dengan cekap, berkesan dan bertanggungjawab di Kementerian Pengangkutan Malaysia.
  • Menjalankan penyeliaan ke atas penerimaan hasil dan amanah Kerajaan Persekutuan dan mengambil langkah-langkah bagi memastikan bahawa hasil atau amanah itu dipungut tepat pada waktunya.
  • Mempastikan hanya perbelanjaan yang dibenarkan dipertanggungkan dalam akaun dengan sewajarnya.
  • Melaporkan kepada Pegawai Pengawal apa-apa luar aturan yang matan berhubung dengan akaun awam yang dibawa kepada perhatiannya.​