If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.
Look for a lock (🔐) or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.
Di bawah pengangkutan jalan terdapat dua (2) akta induk dan satu (1) akta subsidiari iaitu Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya 2012 dan Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan.
Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai pengawalseliaan kenderaan-kenderaan motor dan lalu lintas di jalan-jalan dan lain-lain perkara yang mempunyai hubung kait dengan jalan raya dan kenderaan. Selain itu, akta ini juga memperuntukkan perlindungan terhadap pihak ketiga terhadap risiko-risiko berbangkit daripada penggunaan kenderaan motor selain memperuntukkan kaedah/cara bagi pembinaan dan penggunaan kenderaan motor. .
Suatu akta telah digubal bagi mengukuhkan kewujudan MIROS sebagai sebuah pertubuhan perbadanan (body corporate) dan memberi kuasa serta perlindungan undang-undang kepada Institusi berkenaan dalam melaksanakan fungsi-fungsinya dengan sempurna. Penggubalan akta ini melibatkan 60 seksyen yang mana telah mula berkuatkuasa mulai 15 Julai 2012.
Melibatkan kompilasi 50 kaedah-kaedah yang berkaitan dengan sektor pengangkutan jalan. Kaedah-kaedah ini adalah memperincikan akta ibu (APJ 1987) dan dan akan dipinda dari semasa ke semasa bergantung kepada sesuatu polisi yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Kaedah-kaedah yang digubal adalah: