Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Minister of MOT - Wee

​​

Content Editor

​​

The Minister Profile Image  

Datuk Seri Ir. Dr. W​ee Ka Siong

Menteri Pengangkutan Malaysia

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong telah berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia sejak dilantik pada 11 Mac 2020 di bawah pemerintahan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Di bawah kepimpinan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, industri logistik dan pengangkutan berupaya berdepan waktu sukar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 akibat penularan pandemik COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini. Atas peranan dan usaha beliau, para pengendali dan pertubuhan berkaitan pengangkutan dapat dibantu bagi memastikan industri terus berfungsi dengan baik


Sebelum ini, Dr. Wee juga pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari bulan Jun 2014 hingga Mei 2018, yang menyumbang kepada pembangunan dasar-dasar Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS), program-program mikrokredit dan pembangunan kampung-kampung baharu Cina. Sebelum menjawat jawatan ini, beliau merupakan Timbalan Menteri Pendidikan dari tahun 2008 hingga 2013.

Dilahirkan pada 20 Oktober 1968 di Jasin, Melaka, Dr. Wee telah berkhidmat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam lanskap politik Malaysia sejak pertengahan tahun 1990-an lagi.

Beliau kemudiannya dipilih sebagai Presiden parti MCA pada tahun 2018. Sebelum memegang jawatan tertinggi dalam parti, beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda MCA bagi tempoh sepenggal dari tahun 2008 hingga 2013 dan juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden parti.

Selain itu, Dr. Wee juga adalah Ahli Parlimen Ayer Hitam bagi empat penggal berturut-turut yang mendapat mandat rakyat sejak tahun 2004. Dalam MCA, beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Pendidikan Kebangsaan serta Pengerusi Perhubungan MCA negeri Johor.



​​​