Dewan Rakyat (Mesyuarat Ketiga)

  
  
  
  
Soalan
  
  
LisanMesyuarat Ketiga16/10/2024
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengenai masalah yang dihadapi oleh syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines khususnya isu kelewatan dan perubahan masa serta apakah punca dan tindakan yang diambil bagi mengatasinya.​
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga16/10/2024
Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [ Pekan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:
a) inisiatif dan pelan galakan yang dilaksanakan oleh Kementerian dalam membantu Malaysia Aviation Group (MAG) mempertingkatkan jumlah jurutera berkemahiran tinggi; dan
b) bagaimana Kementerian memastikan isu dan masalah rantaian bekalan tenaga kerja di MAG tidak menjadi punca kepada masalah dalam pengoperasian pesawat yang menjejaskan sistem dan jadual penerbangan.​
​​

Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga16/10/2024
Tuan Yang di-Pertua,

Pada 21 Ogos 2024, seramai 32 keluarga telah menerima notis pengosongan 60 hari oleh pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC). Sebanyak 36 buah bangunan menerima notis bagi mengosongkan tapak terbabit. Para penduduk yang telah menerima notis pengosongan ini merasa khuatir dan bimbang kerana tidak ada tempat untuk berpindah dan mereka telah mengadu kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang untuk membantu mereka. Pada 15 September 2024, satu perjumpaan dan perbincangan di antara Ahli Parlimen Pasir Gudang, wakil Pejabat Daerah Johor Bahru, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya, wakil Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor dan wakil pihak RAC telah diadakan. Namun pihak RAC tidak dapat memberikan jawapan kepada persoalan berkaitan penempatan dan pampasan.

1. Apakah tindakan pihak Kementerian bagi menjamin penduduk-penduduk yang telah menerima notis pengosongan ini diberi tawaran penempatan atau rumah dan wang ihsan sebelum tindakan diadakan;
2. Adakah pihak Kementerian dapat memberi jaminan bahawa penduduk yang telah menerima notis ini tidak akan dihalau sebelum tawaran yang berpatutan diberikan kepada mereka;
3. Bilakah tarikh sebenar perancangan bagi menjalankan projek landasan keretapi dari Johor Bahru ke Pasir Gudang akan dilaksanakan dan sekiranya masih belum dapat dipastikan, adakah pihak Kementerian akan membatalkan atau menunda proses pengosongan tapak terbabit; dan
4. Bilakah pihak Kementerian akan berhubung dan berbincang dengan agensi-agensi berkaitan di Negeri Johor bagi menyelesaikan isu penempatan semula penduduk-penduduk yang terbabit.

Sekian, terima kasih.

Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga16/10/2024
Dr. Richard Rapu @ Aman Anak Begri [ Betong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan statistik terkini mengenai kelewatan dan pembatalan penerbangan yang merangkumi semua syarikat penerbangan domestik di Malaysia termasuk Malaysia Airlines dan AirAsia sejak tahun lalu. Perincikan punca-punca utama yang menyebabkan masalah ini.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga22/10/2024
TUAN TAN HONG PIN [ BAKRI ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan setakat September 2024 berapa jumlah kenderaan yang merentas sempadan Johor-Singapura secara purata setiap hari mengikut pecahan jenis kenderaan (motokar, motosik​al, bas dan lori) dan antara jumlah tersebut berapa j​umlah kenderaan Singapura dan hasil kutipan road charge (RC) yang telah dipungut.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga22/10/2024
DATO' SERI DR. AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR [ KEMAMAN ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) sedang dan akan dibangunkan sehingga kini di sekitar jajaran ECRL terutama di negeri Terengganu.​
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga22/10/2024
TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HASSAN [ SRI GADING ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan keberhasilan program MyLesen serta berapa jumlah permohonan yang telah diluluskan bagi tempoh pelaksanaan dari tahun 2024.​​
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga22/10/2024
TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR [ SETIU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan strategi Kementerian dalam memastikan penyelenggaraan pesawat Malaysia Airline (MAS) dijalankan sebaik mungkin dalam keadaan kos penyelenggaraan dijangka meningkat dengan mendadak​ dan jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan masalah teknikal sering kali berlaku.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga22/10/2024
TUAN HAJI ONN BIN ABU BAKAR [ BATU PAHAT ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan masalah gangguan teknikal yang dihadapi oleh Malaysia Airlines yang bukan sahaja memberi kesan kepada penumpang, tetapi juga menjejaskan reputasi negara sebagai hab penerbangan y​ang selamat dan efisien.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga22/10/2024
DATO HENRY SUM AGONG [ LAWAS ] minta MENTERI PENGANGKUTANmenyatakan sama ada kesemua pe​nerbangan AirAsia dapat menggunakan Aerobridge yang disediakan di lapangan terbang.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga22/10/2024
TUAN LIM GUAN ENG [ BAGAN ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan Kementerian mana yang meluluskan kunjungan lawat sambil belajar ke Berlin untuk 68 pegawai Kerajaan yang dibatalkan kerana membazirkan sumber kewangan Kerajaan dan nyatakan kos yang terlibat serta tindakan yang dikenakan ke atas mereka yang​ terbabit.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga28/10/2024
TUAN MOHAMAD SHAFIZAN HAJI KEPLI [ BATANG LUPAR ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah pengurangan penerbangan Malaysia Airlines mendatangkan kesan kepada pengguna dan apakah terdapa​t alternatif serta pemantauan bagi memastikan kos tiket penerbangan tidak membebankan pengguna khususnya penduduk Sabah dan Sarawak yang banyak bergantung kepada pengangkutan udara.

SOALAN NO. 42

TUAN CHIEW CHOON MAN [ MIRI ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pendirian Kementerian mengenai pemberian subsidi dan kerjasama dengan syarikat penerbangan dalam memberikan diskaun tambang penerbangan kepada warga Sarawak dan Sabah seperti program MHexplorer yang ditawarkan kepada pelajar bagi memudahkan mereka pulang ke negeri masing-masing.

SOALAN NO. 15​

DATUK SERI PANGLIMA BUNG MOKTAR BIN RADIN [ KINABATANGAN ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menetapkan harga tambang (threshold) bagi tambang kapal terbang terutamanya semasa musim perayaan, bagi penerbangan domestik ke Sabah dan Sarawak, memandangkan tambang mahal boleh menjejaskan industri pelancongan di Sabah.


Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga28/10/2024
KAPTEN AZAHARI BIN HASAN [ PADANG RENGAS ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini penerusan projek 5 stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dibatalkan sebelum ini, termasuk unjuran tarikh pengoperasian serta implikasi kos tambahan yang terlibat berbanding unjuran asal. ​




Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga28/10/2024
DATO' HAJAH MUMTAZ BINTI MD NAWI [ TUMPAT ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji sistem Diat sebagai solusi alternatif kepada hukuman kemalangan maut dan opsyen yang lebih mesra kepada keluarga si mati dan sekaligus memberi masa depan kepada pelaku dan keluarganya.​
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga28/10/2024
TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR [ SETIU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kementerian bagi mewujudkan rangka kerja dan dasar pintar bagi melindungi kepentingan syarikat penerbangan negara dan pengendali lapangan terbang walaupun dengan kehadiran firma antarabangsa seperti firma Singapura.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga28/10/2024

IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN [ JERANTUT ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :​

 a)    apakah perincian pindaan kepada Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016 (MACPC) berkenaan caj levi karbon syarikat penerbangan; dan

 b)    perkembangan terkini kepada kutipan caj levi karbon syarikat penerbangan yang telah diperkenalkan seawa​l April tahun ini.



Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga28/10/2024
PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL [ AMPANG ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan risiko monopoli ditransformasi menjadi oligopoli bagi industri pemeriksaan berkala kenderaan bermotor menurut Akta 333: Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan tamatnya konsesi ekslusif PUSPAKOM sebagai badan tunggal pada 31 Ogos 2024 memandangkan kriteria kelayakan ketat untuk syarikat berminat lain memohon lesen.​​
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga28/10/2024
PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE [SANDAKAN] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hasrat Kementerian bagi membantu ekonomi Sandakan dengan status kerja pengerukan di laluan masuk had pelabuhan Sandakan, di mana kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) telah dilakukan pada tahun 2011.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga28/10/2024
DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG [ AYER HITAM ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hasil penemuan melalui audit khas terhadap insiden seperti pendaratan cemas dan masalah teknikal membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan apakah siri penambahbaikan yang dipertimbangkan susulan audit khas berkenaan.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga28/10/2024
TUAN SIM TZE TZIN [ BAYAN BARU] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Prasarana untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di kawasan Parlimen Bayan Baru. Berapa van Demand Responsive Transit yang akan dihantar ke Parlimen Bayan Baru untuk mengatasi kesesakan lalu lintas.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga28/10/2024
DATUK SERI UTAMA IR. HASNI BIN MOHAMMAD [ SIMPANG RENGGAM ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah peningkatan harga diesel selepas pemansuhan subsidi memberi kesan kepada peningkatan penggunaan kenderaan berat dengan lebihan muatan dan langkah Kementerian mengawal kenderaan berat lebihan muatan.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga5/11/2024

DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL [ SEMPORNA ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:

 ​
(a) adakah Kementerian bercadang untuk mengekalkan inisiatif Flysiswa ini sebagai inisiatif tahunan dan berterusan Kementerian berbanding inisiatif yang bersifat one-off ataupun bersifat 'pengumuman'; dan

(b) usaha dan langkah yang diambil bagi memastikan keselamatan para penumpang sentiasa diutamakan di samping mempertingkatkan kualiti perkhidmatan penerbangan negara.​​


Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga5/11/2024
TUAN CHONG ZHEMIN [ KAMPAR ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan masih berhasrat untuk meneruskan usaha untuk mencari pesawat MH370.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga5/11/2024

DR. SITI MASTURA BINTI MUHAMMAD [ KEPALA BATAS ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :

 (a) apakah status terkini projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang; dan

 (b) siapakah perunding reka bentuk Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang telah dilantik dan bilakah reka bentuk ini akan dipamerkan kepada rakyat.​


Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga5/11/2024
TUAN SUHAIZAN BIN KAIAT [ PULAI ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan Kementerian untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, rancangan pengurusan kawasan parking, rancangan integrasi perkhidmatan kenderaan awam dan rancangan memberi peluang kepada peniaga kecil di kawasan RTS dalam Parlimen Pulai yang dijangka siap pada 2026.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga5/11/2024

DATUK SERI PANGLIMA DR. JEFFREY GAPARI KITINGAN [ KENINGAU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tindakan Kerajaan untuk:

 (a) mengurangkan tambang penerbangan Kota Kinabalu-Kuala Lumpur ulang-alik melambung naik dengan teruk dan menjejaskan perniagaan dan ekonomi Sabah; dan

 (b) memberi lesen dan hak mendarat kepada Sabah Air Aviation supaya dapat membuat penambahan penerbangan dan code-sharing dengan syarikat penerbangan lain.


Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga5/11/2024
TUAN WONG CHEN [ SUBANG ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan strategi yang dicadangkan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap penyelenggaraan pesawat Malaysia Airlines dan memastikan ia beroperasi secara kompetitif dalam pasaran penerbangan global.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga5/11/2024
TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR [ SETIU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana perancangan dan strategi Kerajaan untuk meningkatkan jaringan dan pembangunan infrastruktur pengangkutan ke arah mewujudkan ekosistem perdagangan hijau.
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga7/11/2024
TUAN MOHD NAZRI BIN ABU HASSAN [ MERBOK ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah punca sebenar kejadian seorang remaja maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya menggunakan soket di dalam sebuah bas ek​spres di Terminal Bas Penang yang berlaku baru-baru ini.​
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga11/11/2024

DATO' INDERA DR. SUHAILI BIN ABDUL RAHMAN [LABUAN] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status berkaitan dengan perancangan:

(a)      status menaik taraf Pelabuhan Merdeka Labuan yang sudah usang dan akan tamat tempoh penggunaannya pada tahun 2026; dan

(b)   status terkini perancangan pembangunan Labuan Integrated Port di atas tanah seluas 200 ekar yang telah disediakan oleh pihak Perbadanan Labuan.​


Papar jawapan
1 - 30Next