| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Tuan Tan Hong Pin [ Bakri ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terkini pelaksanaan projek HSR
KL-Singapura. Adakah Kerajaan bertindak pro-aktif dalam menggerakkan projek ini
dan apakah garis masa untuk menjayakan projek ini.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 16/10/2024 | Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kementerian dalam menangani masalah harga tambang penerbangan domestik yang sangat mahal bagi sektor penerbangan Kuala Lumpur ke Labuan atau Labuan ke Kuala Lumpur.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Tuan Tan Hong Pin [ Bakri ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (No.Tender:MOT/TB/1/2021) akan dilancarkan kepada umum. Nyatakan tindakan/ rancangan Kerajaan untuk menaik taraf lapangan terbang yang melebihi 100% kadar penggunaan seperti Lapangan Terbang Subang (SZB), PulauPinang (PEN), Senai (JHB), KLIA1 (KUL-T1), Kuching (KCH), Miri (MYY), Tawau (TWU) dan lain-lain yang dinyatakan dalam kertas kedudukan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia pada Disember-2019.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kemalangan dan kematian akibat kemalangan yang melibatkan penghantar barangan (P-Hailing) pada tahun 2022, 2023 dan sehingga Mei 2024. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kecuaian dari kalangan penghantar barangan.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Dr. Richard Rapu @ Aman Anak Begri [ Betong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kementerian untuk pelaksanaan program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST) di Kuching Sarawak. Apakah langkah-langkah kawalan dan pemantauan yang dilaksanakan oleh LPKP Sarawak dan Kementerian Pengangkutan Sarawak untuk memastikan keberkesanan program SBST itu nanti.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk membantu pengusaha-pengusaha teksi bandar yang terjejas teruk malahan ramai yang menutup perniagaan dan bankrap. Setakat ini, berapakah jumlah syarikat yang telah menutup perniagaan dan berapakah bilangan teksi yang masih beroperasi.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Tuan Mohd Sany Bin Hamzan [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah statistik penggunaan terkini Bas Perantara RAPIDKL dalam menyelesaikan isu ketersambungan pengangkutan awam terutamanya bagi laluan LRT/MRT.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan: a. perincian mengenai pelaksanaan pindaan Caj Perkhidmatan Penumpang ke atas penumpang pemindahan melalui Malaysia mulai Jun 2024; dan
b. unjuran kenaikan fi tahunan bagi caj pensijilan operasi lapangan terbang tahunan bermula tahun 2025 serta kesannya terhadap cukai penerbangan serta kos tiket penerbangan.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status kajian berkaitan projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang termasuk tawaran tender bagi tujuan pelantikan perunding oleh MRT Corp beserta perincian kos, kaedah pelaksanaan dan unjuran tarikh permulaan projek.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat perancangan untuk memindah, menaiktaraf atau memperbesarkan lagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Dr. Siti Mastura binti Muhammad [ Kepala Batas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan : (a) bilakah projek LRT Pulau Pinang akan dilaksanakan dan perincikan kos projek yang terlibat; dan (b) senaraikan EIA, SIA dan TIA yang telah diluluskan dan mengapa jajaran LRT tidak merangkumi keseluruhan Seberang Perai.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Tuan Haji Kamal bin Ashaari [ Kuala Krau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kemalangan yang berpunca daripada lori dan bas bagi tahun 2021 sehingga sekarang, dan langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan bagi membendung kemalangan kenderaan awam dengan kenderaan perdagangan terus berlaku.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [ Kuala Langat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan : a) apakah status pembangunan bercampur termasuk pelabuhan di Pulau Carey; dan b) sejauh mana impak projek pembangunan pelabuhan ini akan memberi kesan kepada nelayan khususnya Orang Asli Mah Meri.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pendirian Kerajaan terhadap dakwaan kapal kargo ZIM Rotterdam yang dimiliki syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 dan 30 April 2024.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status terkini Jawatankuasa Kabinet yang dibentuk untuk menangani isu kesesakan laulintas semenjak mesyuarat pada bulan Mac 2024. Apakah pelan komprehensif Kementerian untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam intrabandar yang komprehensif dalam menyelesaikan isu last mile connectivity, sekaligus menyelesaikan kesesakan jalan raya.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan : (a) perancangan untuk menaik taraf Jeti Penumpang Mersing termasuk pembinaan benteng pemecah ombak dan projek mendalamkan Kuala Sungai Mersing; dan (b) garis masa bagi Cadangan Perluasan Had Pelabuhan Mersing bagi Fasa 1 dan Fasa 2.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Tuan Chiew Choon Man [ Miri ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci faktor dan syarat yang akan menjadi pertimbangan apabila Kementerian meluluskan projek pengangkutan awam seperti LRT atau MRT seperti LRT Pulau Pinang, dan bagaimana untuk memastikan projek ini dapat memenuhi keperluan penduduk tempatan serta mencapai tujuan pembinaannya.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Tuan Chiew Choon Man [ Miri ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan senarai kesemua permohonan menaik taraf lapangan terbang yang telah diangkat oleh Kementerian Pengangkutan dan dihantar kepada Kementerian Ekonomi atau EPU dari tahun 2015 hingga 2024 bagi mendapatkan kelulusan.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Kapten Azahari bin Hasan [ Padang Rengas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status semasa permohonan naik taraf kemudahan awam yang disediakan di setiap stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) khususnya di KTM Padang Rengas kerana ada sesetengah daripadanya tidak mesra pengguna/OKU. Seperti contoh tiada lif untuk pengguna OKU berkerusi roda.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan : a. senarai syarikat pengangkutan muatan secara udara, kereta api dan darat serta nyatakan hasil perolehan syarikat mulai tahun 2000 sehingga 2023; dan b. berapa jumlah tempat penyimpanan gudang muatan dan cecair serta nyatakan hasil perolehan syarikat mulai tahun 2000 sehingga 2023.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [ Pekan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan selaras dengan penyeragaman caj perkhidmatan penumpang kepada semua penerbangan antarabangsa keluar dari KLIA atau KLIA2 kepada RM73 dan RM50, apakah penambahbaikan yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia dalam menambah baik kualiti perkhidmatan kepada penumpang terutamanya melibatkan aspek kesesakan dan keselesaan.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Tuan Suhaizan bin Kaiat [ Pulai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perkembangan perbincangan dengan Kerajaan Singapura berhubung perlanjutan perkhidmatan KTM Shuttle Tebrau setelah RTS siap.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Tuan Suhaizan bin Kaiat [ Pulai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan pengangkutan darat dalam Parlimen Pulai, Johor Baharu, Iskandar Puteri dan Tebrau.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [ Rompin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian Pengangkutan melihat keperluan untuk membina satu sistem pengecaman bagi mengesan pesalah trafik dari negara jiran atau luar yang membuat kesalahan trafik di dalam negara dan mereka perlu membayar denda sebelum dibenarkan keluar dari negara ini.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein [ Sembrong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan : a. respon Kerajaan terhadap pemilikan kenderaan di Malaysia sebagai negara yang mencatatkan jumlah kenderaan berdaftar kedua tertinggi di Asia dan paling tinggi di Asia Tenggara; dan b. statistik Kementerian yang mencatatkan 12.54 juta kenderaan persendirian dan kenderaan perkhidmatan awam yang sudah tidak lagi aktif.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal [ Semporna ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini kajian kebolehlaksaan jajaran rel yang menghubungkan Sabah dan Sarawak.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perincian jumlah keuntungan dan kerugian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sejak 10 tahun lalu dan faktor yang menyumbang kepada kerugian tersebut.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Tuan Shaharizukirnain Bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan persiapan yang dilakukan oleh pihak Kementerian bagi mengurangkan kesan domino kepada tambang pengangkutan awam termasuk bas ekspres, bas persiaran dan sebagainya akibat pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [ Sri Aman ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membuat penilaian semula terhadap struktur bayaran yang dikenakan oleh sekolah memandu dan JPJ untuk memastikan ia berpatutan.
| Papar jawapan |
| | Bukan Lisan | Mesyuarat Kedua | | Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [ Tampin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan KTM Komuter di seluruh negara dan adakah Kementerian bercadang untuk melanjutkan perjalanan tren ke stesen komuter Gemas, khususnya pada hujung minggu.
| Papar jawapan |