Dewan Negara (Mesyuarat Pertama)

  
  
  
  
Soalan
  
  
Mesyuarat Pertama18/03/2024Lisan
Dato' Juhanis binti Abd Aziz minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah berjaya menambah kutipan hasil melalui bayaran tender nombor pendaftaran kenderaan setakat ini.​​
Papar Jawapan
  
Mesyuarat Pertama18/03/2024Lisan
Dato' Sivaraj A/L Chandran minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian terhadap pemilik atau pemandu kenderaan berat yang menyebabkan peningkatan kemalangan jalan raya pada tahun lalu yang melibatkan kenderaan berat dan telah meragut nyawa.​​
Papar Jawapan
  
Mesyuarat Pertama18/03/2024Lisan
Datuk Mohd Hisamudin Bin Yahaya minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah tambahan yang telah diambil oleh Kementerian susulan daripada kemalangan udara yang melibatkan pesawat persendirian yang berlaku sejak kebelakangan ini?​
Papar Jawapan
  
Mesyuarat Pertama20/03/2024Lisan
Senator Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan manfaat jangka panjang yang berupaya dijana oleh sektor pengangkutan tempatan menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan China Automotive Engineering Research Institute Co. Ltd.
Papar Jawapan
  
Mesyuarat Pertama21/03/2024Lisan
Senator Datuk Haji Aziz bin Ariffin minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat sebarang kajian yang telah atau bakal dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi menyemak semula jadual feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi serta menambah jumlah feri bagi memudahkan dan memberikan keselesaan terhadap pelancong serta masyarakat setempat khususnya ketika kecemasan.
Papar Jawapan
  
Mesyuarat Pertama26/03/2024Lisan
Senator Datuk Bobbey Bin Suan minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk membangunkan pelabuhan-pelabuhan Sabah sebagai persediaan menghadapi kebanjiran jumlah kapal yang tinggi sekiranya Nusantara menjadi ibu negara Indonesia.
Papar Jawapan
  
Mesyuarat Pertama27/03/2024Lisan
Senator Dr. Lingeshwaran A/L Dato' Seri R. Arunasalam minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status pembinaan land bridge yang akan menghubungkan lautan Andaman dengan Gulf of Thailand bernilai USD2.8 billion dan diluluskan oleh Parlimen Thailand. Adakah ini akan menjejaskan bilangan kapal yang berlabuh di Malaysia serta apakah perancangan Malaysia untuk menangani kesan ini.
Papar Jawapan
  
Mesyuarat Pertama27/03/2024Lisan
Senator Dato' Haji Husain bin Awang minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan implikasi dan jaminan terhadap keselamatan penunggang motosikal khususnya dalam kalangan belia berhubung pendirian Kerajaan untuk menaik taraf lesen memandu motosikal kelas B2 kepada B secara automatik.
Papar Jawapan
  
Mesyuarat Pertama27/03/2024Lisan
Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat memberi kelonggaran kepada teksi, kenderaan e-hailing, bas sekolah, bas persiaran dan bas pekerja agar diberi kebenaran khas untuk penggunaan cermin gelap kerana cuaca di Malaysia pada ketika ini yang semakin panas.
Papar Jawapan