Dewan Negara (Mesyuarat Ketiga)

  
  
  
  
Soalan
  
  
Mesyuarat Ketiga3/12/2024Lisan
Senator Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Che Salleh minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan konkrit yang diambil untuk mengatasi kelewatan dalam projek LRT3 yang dilaporkan melibatkan kos yang lebih tinggi daripada anggaran asal.
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga3/12/2024Lisan
Senator Dato' Abdul Halim Bin Suleiman minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah Kementerian untuk memastikan pengusaha Pusat Lesen Memandu untuk menerima dan memproses permohonan yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2/B1 kepada B Penu​h (B Full).​
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga4/12/2024Lisan
Senator Tuan Azahar Bin Hassan minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat alternatif lain yang boleh diaplikasikan untuk membaik pulih semula jeti Kuala Perlis ke Langkawi yang dikatakan sudah uzur.​
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga4/12/2024Lisan
Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan untuk menaik taraf mutu perkhidmatan dan prasarana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga4/12/2024Lisan

Senator Datuk Bobbey Bin Suan minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) statistik dan punca kemalangan yang melibatkan kenderaan berat bagi suku tahun pertama 2024; dan​
(b) apakah tindakan Kementerian dalam merangka strategi bagi mengurangkan kemalangan melibatkan kenderaan berat.​


Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga5/12/2024Lisan
Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tindakan paling berkesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam menangani isu kemalangan jalan raya maut yang melibatkan kenderaan berat yang mengalami kerosakan brek dan dipandu secara melulu serta cuai.​
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga5/12/2024Lisan
Senator Tuan Musoddak bin Ahmad minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini berkenaan kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) untuk projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).​
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga5/12/2024Lisan
Senator Tuan Mohd Hasbie bin Muda minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha yang diambil oleh Kementerian dalam menaik taraf pelabuhan Kemaman supaya setanding dengan pelabuhan utama negara.
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga5/12/2024Lisan
Senator Dr. Lingeshwaran A/L Dato' Seri R. Arunasalam minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah prestasi perkhidmatan feri di Pulau Pinang selepas feri warisan digantikan dan mengapa terdapat penurunan ketara dari segi pengguna motosikal berbanding tahun 2018 serta bagaimanakah sambutan untuk Pas Mutiara My50.
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga9/12/2024Lisan

Senator Dato' Setia Salehuddin Bin Saidin minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) apakah langkah Kerajaan dalam mempertimbangkan pelepasan cukai jualan bagi pembelian kenderaan yang digunakan sebagai alat bantuan mengajar oleh pengendali Institut Latihan Memandu; dan;

(b) adakah pembangunan Pusat Latihan Memandu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi di bangunan bertingkat atau dikurangkan luas kawasan Pusat Latihan Memandu seluas 5 ekar yang disyaratkan pada ketika ini bagi menangani isu tunggakan (backlog) permohonan untuk latihan memandu oleh orang ramai.​​


Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga9/12/2024Lisan

Senator Dato' Sivaraj A/L Chandran minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) apakah rasional di sebalik keputusan menghentikan penggunaan Kenderaan Gas Asli (NGV) mulai Julai tahun 2025 dan adakah terdapat bukti kajian yang menunjukkan kesan terhadap pengurangan karbon; dan

(b) apakah strategi holistik dan alternatif untuk bahan api mesra alam serta mekanisme bagi pemantauan sasaran karbon.


Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga10/12/2024Lisan
Senator Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pemandu yang melanggar pelbagai peraturan jalan raya.​
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga10/12/2024Lisan
Senator Dato' Sivaraj A/L Chandran minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah asas Kementerian untuk menghentikan penggunaan Kenderaan Gas Asli (NGV) mulai Julai tahun 2025 serta apakah strategi Kementerian untuk membantu industri dan pengguna NGV beralih kepada alternatif tenaga hijau yang lain dan adakah terdapat inisiatif bagi memantau kesan pengurangan karbon akibat daripada langkah ini.​
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga10/12/2024Lisan
Senator Datuk Dr. Haji Azhar bin Ahmad minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan yang dirangka oleh pihak Kementerian dalam membantu menangani isu masalah harga tiket penerbangan domestik yang mahal terutama bagi laluan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak.
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga11/12/2024Lisan
Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kadar kemalangan atau kecelakaan yang berpunca daripada penggunaan kenderaan berkuasa bahan api gas asli mampat (NGV) sehingga menyebabkan pemberhentian penggunaan kenderaan tersebut dan bagaimanakah Kementerian akan memudah cara pemilik kenderaan berkenaan menerusi program Bantuan Peralihan NGV yang dilaksanakan.
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga11/12/2024
Senator Dato' Sri Vell Paari A/L Tun Samy Vellu minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status Terminal Bersepadu Gombak yang sepatutnya telah mula beroperasi tetapi masih belum lagi beroperasi sehingga kini.
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga11/12/2024Lisan
Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan gangguan perkhidmatan syarikat penerbangan Malaysia Airlines yang berlaku baru-baru ini serta langkah-langkah bagi memastikan kejadian gangguan perkhidmatan tidak berulang pada masa hadapan dan mengembalikan keyakinan pengguna kepada syarikat penerbangan negara.​
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga12/12/2024Lisan
Senator Dato' Abdul Halim Bin Suleiman minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terkini projek Rapid Transit System (RTS) Link yang menghubungkan Singapura dan Johor Bahru.
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga12/12/2024Lisan
Senator Tuan Amir bin Md Ghazali minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bagaimanakah Kementerian memanfaatkan teknologi dan inovasi dalam pengangkutan termasuk penggunaan sistem pengangkutan pintar. Apakah langkah yang diambil untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam pengurusan pengangkutan di Malaysia. ​
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga12/12/2024Lisan
Senator Dato' Sri Vell Paari A/L Tun Samy Vellu minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan jangkaan siap sepenuhnya projek ECRL ini. 
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga12/12/2024Lisan
Senator Datin Ros Suryati binti Alang minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan faktor kekerapan insiden pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) sejak awal tahun 2024 sehingga menjejaskan nama baik penerbangan nasional di mata antarabangsa dan adakah MAS termasuk MAB Engineering Services (MABES) mempunyai kekurangan jurutera dan tenaga kerja mahir bagi penyelenggaraan pesawat MAS sekarang.
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga12/12/2024Lisan
Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tahap pemantauan dan kepatuhan kenderaan berat terhadap had laju dan muatan yang ditetapkan di jalan raya bagi mengurangkan risiko kemalangan yang melibatkan kenderaan berat serta aliran trafik kenderaan berat terkini di lebuh raya utama.
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga17/12/2024Lisan
Senator Dr. Lingeshwaran A/L Dato' Seri R. Arunasalam minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Malaysia mencapai sasaran 3.6 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu pengurangan 50% dalam kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya menjelang 2020 dan bagaimanakah dengan pencapaian terkini untuk sasaran 11.2 SDG serta strategi Kerajaan untuk mencapai sasaran ini.​
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga17/12/2024Lisan
Senator Dato' Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pengangkutan awam lebih mesra alam dan mampan dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon dan pencemaran udara di negara ini.  ​
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga18/12/2024Lisan

Senator Tuan Haji Baharuddin Bin Ahmad minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:

(a)     statistik bilangan penumpang tren ETS pada tahun ini khususnya bagi destinasi ke Negeri Perlis; dan​

(b)     apakah usaha untuk menambah baik perkhidmatan tren ini yang senantiasa menjadi pilihan utama bagi orang ramai khususnya ketika musim cuti sekolah dan perayaan.


Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga18/12/2024Lisan
Senator Dato' Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam menangani isu keselamatan penunggang motosikal yang menggunakan laluan antara lorong (lane splitting) di jalan raya, serta adakah terdapat cadangan untuk penguatkuasaan bagi mematuhi peraturan jalan raya seperti di negara lain .​
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga18/12/2024Lisan
Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Bin Aman minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan jangka masa pendek dan panjang untuk mengurangkan kesesakan di terminal feri Labuan dan berapakah peruntukan yang akan diberikan Kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut.​
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga18/12/2024Lisan
Senator Datuk Nelson W Angang minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha-usaha terkini yang diambil oleh Kementerian untuk menangani kenaikan harga tiket penerbangan yang tinggi khususnya bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak.​
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga19/12/2024Lisan
Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk meneliti penggunaan semula kad fizikal lesen memandu dengan mengambil kira desakan dan rungutan dari rakyat apabila menghadapi masalah di luar negara mengenai lesen memandu digital yang tidak diterima pakai oleh negara luar mengikut standard piawaian antarabangsa.
Papar jawapan
  
Mesyuarat Ketiga19/12/2024Lisan
Senator Tuan Musoddak bin Ahmad minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pelan strategik Kementerian dalam menangani kemalangan melibatkan kenderaan berat yang semakin membimbangkan.
Papar jawapan
1 - 30Next