| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 20/09/2021 | TUAN WONG HON WAI [ BUKIT BENDERA ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian telah meluluskan
pembinaan Lapangan Terbang Kulim yang dicadangkan oleh Kerajaan
Negeri Kedah dan sama ada ia sebahagian daripada National Aviation
Plan Kerajaan Persekutuan.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 23/09/2021 | DATUK ZAKARIA BIN MOHD. EDRIS @ TUBAU [LIBARAN] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh Kementerian dalam menangani masalah yang dihadapi oleh institut memandu yang telah ditutup sejak 1 Jun akibat pandemik COVID-19. | Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 23/09/2021 | PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE [ SANDAKAN ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan apakah bantuan yang disediakan untuk
pengendali bas awam di Sabah, seperti bas berhenti-henti dan bas mini,
di mana mereka juga terpaksa beroperasi dengan mengurangkan kapasiti
penumpang dan memendekkan masa operasi sepanjang pandemik.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 23/09/2021 | TENGKU ZULPURI BIN RAJA PUJI [ RAUB ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan bahawa ada cadangan memanjangkan
lesen terhad jenis untuk sektor pertanian di bandar Raub. Di mana salah
satu dorongan daripada Kerajaan menolong sektor pertanian di luar
bandar
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 23/09/2021 | TUAN CHAN FOONG HIN [ KOTA KINABALU ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju dengan
cadangan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA) yang mencadangkan moratorium pembaharuan lesen
kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LLM) dilanjutkan
sekurang-kurangnya hingga akhir tahun ini? Apakah alasan Kerajaan
bagi menafikan ataupun bersetuju dengan cadangan tersebut.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 28/09/2021 | Tuan Syed Ibrahim Syed Noh [Ledang] minta Menteri Pengangkutan
menjelaskan secara terperinci:
(a) Data dan statistik kemalangan jalanraya melibatkan kesalahan
pemanduan lawan arus dari Januari 2021 sehingga setakat ini.
(b) Faktor penyumbang terhadap kesalahan dan kemalangan yang
berlaku serta langkah-langkah yang diambil untuk
membendungnya.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 29/09/2021 | DATO' MOHD. NIZAR BIN HAJI ZAKARIA (PARIT) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) apakah langkah drastik yang telah diambil oleh Kementerian bagi membantu pengusaha bas yang berhadapan situasi gulung tikar akibat daripada sekatan rentas negeri; dan (b) adakah terdapat sebarang usaha bagi memastikan pengusaha bas ini mampu bertahan sekiranya larangan rentas negeri masih berterusan.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 29/09/2021 | TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ SIBU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sistem temujanji yang dipakaiguna oleh JPJ dan PUSPAKOM telah mewujudkan banyak masalah seperti kebanyakan slot telah diambil oleh runners mengakibatkan orang ramai susah untuk mendapatkan slot itu. Terangkan cara untuk mengatasi masalah ini.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 29/09/2021 | TUAN SYED IBRAHIM BIN SYED NOH [ LEDANG ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan menyatakan perkembangan dan perancangan Kerajaan dalam memastikan industri logistik Malaysia bagi pasaran antarabangsa dan tempatan mencapai keupayaan strategik di masa hadapan.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 30/09/2021 | Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status kehilangan pelaburan luar negeri daripada projek Apricot, Facebook dan Google dan anggaran RM12-15 bilion oleh MDEC ekoran dasar Kerajaan PN yang membatalkan pengecualian kabotaj untuk syarikat teknologi tinggi yang diberikan oleh Kerajaan PH.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 11/10/2021 | TUAN LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI [ SIBUTI ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk mengurangkan harga tiket penerbangan dari Sarawak ke Semenanjung dan Sabah yang sangat mahal ketika pandemik COVID-19 dan apakah langkah pemulihan bagi perkara tersebut.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 11/10/2021 | TUAN KARUPAIYA A/L MUTUSAMI [ PADANG SERAI] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan dan projek komersial yang akan dilakukan sempena pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 11/10/2021 | DATUK MOHAMADDIN BIN KETAPI [ LAHAD DATU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status terkini cadangan untuk menaik taraf atau membina baru Lapangan Terbang Lahad Datu.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 29/09/2021 | DATUK IGNATIUS DORELL LEIKING [ PENAMPANG ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat rancangan atau pelan untuk mengubah suai kapal terbang penumpang kepunyaan MAS menjadikan kapal terbang kargo untuk menampung peningkatan pesat permintaan perkhidmatan kargo udara sebagai sebahagian daripada perancangan pemulihannya.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 9/11/2021 | TUAN YUSUF BIN ABD. WAHAB [ TANJONG MANIS ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat peruntukan untuk mendalamkan (dredging) alur muara Batang Rajang di Tanjung Manis. Untuk makluman, terdapat banyak beting pasir terbentuk di muara Batang Rajang yang merbahaya kepada pelayaran.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 9/11/2021 | TUAN CHOW KON YEOW (TANJONG) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rasional cadangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang mana terletak begitu hampir dengan Sungai Muda. Perincikan jaminan serta tindakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan/kecelakaan/masalah pelepasan air sisa projek KXP ke Sungai Muda serta projek 'aerotropolis' yang mana titik terdekat projek terletak hanya 6 kilometer dari muka sauk Lahar Tiang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Seberang Perai.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 15/11/2021 | TUAN LARRY SOON @ LARRY SNG WEI SHIEN [ JULAU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan komprehensif Kementerian untuk menjadikan servis perkhidmatan e-hailing teksi motosikal sebagai salah sebuah pelengkap perkhidmatan awam yang baharu di negara ini.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 15/11/2021 | TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD [ KANGAR ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada jeti Kuala Perlis akan dibesarkan dan jumlah perkhidmatan dan kekerapan feri akan ditambah dalam RMK-12.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 15/11/2021 | TUAN MA'MUN BIN SULAIMAN [ KALABAKAN ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terkini terhadap usaha memanjangkan landasan dan menaik taraf bangunan terminal Lapangan Terbang Tawau bagi menampung permintaan penggunaan pengangkutan udara untuk penumpang dan kargo pasti meningkat pasca pandemik COVID-19 seperti yang dicatatkan yakni Lapangan Terbang Tawau adalah lapangan terbang ketiga paling sibuk selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 15/11/2021 | DATUK MOHAMADDIN BIN KETAPI [ LAHAD DATU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan cadangan menaik taraf atau membina baru Lapangan Terbang Lahad Datu, anggaran kos, sumber kewangan dan bilakah ianya akan dimulakan.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 2/11/2021 | TUAN KELVIN YII LEE WUEN minta YB MENTERI PENGANGKUTAN tentang langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal jumlah penerbangan dan harga tiket kapal terbang ke Sabah & Sarawak yang telah melambung tinggi.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 2/11/2021 | TUAN YUSUF BIN ABD. WAHAB [ TANJONG MANIS ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian akan mengadakan semula Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di kawasan luar bandar kerana program ini telah banyak membantu masyarakat luar bandar untuk mendapatkan lesen memandu. Masalah kekangan pergerakan semasa PKP telah menyulitkan masyarakat luar bandar untuk mendapatkan lesen memandu, termasuk penduduk Parlimen Tanjong Manis.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 18/11/2021 | DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA [ TASEK GELUGOR ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah yang diambil bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri logistik dan pergudangan. Berapa bilangan pemilik Bumiputera dalam industri itu sekarang
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 18/11/2021 | PUAN NOORITA BINTI SUAL [ TENOM ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah inisiatif yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf perkhidmatan pengangkutan Keretapi Pangi di daerah Tenom
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 18/11/2021 | TUAN CHON KON YEOW [ TANJUNG ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan senarai kos projek-projek Mass Rapid Transit (MRT) 1 dan 2, Light Rail Transit (LRT) 1 dan 2, Pan Borneo Highway, East Coast Rail Link dan Lebuhraya Pantai Barat. Perincikan juga tempoh pelaksanaan projek-projek berkenaan
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 18/11/2021 | TUAN LIM GUAN ENG [ BAGAN ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tentang penjimatan kos projek ECRL mengikut jajaran baru berbanding dengan penjimatan sebanyak RM21.5 bilion di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan sama ada jajaran telah pun dimuktamadkan merentasi negeri mana
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 24/11/2021 | PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sebab beliau enggan mengadakan perjumpaan dengan Majlis Jawatankuasa Penasihat Teknikal Penerbangan (NACC) sejak YB Ayer Hitam pegang jawatan Menteri sejak 18 bulan yang lepas. Macam mana YB Menteri mendapat maklum balas daripada kesatuan sekerja syarikat penerbangan sekiranya beliau tidak hadir mesyuarat NACC
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 30/11/2021 | Dato’ Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan akan mengurangkan bayaran cukai jalan untuk kenderaan diesel memandangkan Kerajaan telah mengurangkan subsidi diesel dan harga diesel sekarang lebih mahal dari Petron RON 95
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 30/11/2021 | Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan mengenai penyelenggaraan dan pemulihan perkhidmatan feri Pulau Pinang
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Kedua | 30/11/2021 | TUAN CHOW KON YEOW [ TANJONG ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) dan projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA). Jelaskan sebab penangguhan sekiranya ia masih tidak akan dilaksanakan dan perincikan jangka masa ia akan disiapkan sekiranya projek naik taraf akan berjalan
| Papar Jawapan |