Dewan Rakyat (Mesyuarat Kedua)

  
  
  
  
Soalan
  
  
LisanMesyuarat Kedua9/11/2021
TUAN YUSUF BIN ABD. WAHAB [ TANJONG MANIS ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat peruntukan untuk mendalamkan (dredging) alur muara Batang Rajang di Tanjung Manis. Untuk makluman, terdapat banyak beting pasir terbentuk di muara Batang Rajang yang merbahaya kepada pelayaran.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua9/11/2021
TUAN CHOW KON YEOW (TANJONG) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rasional cadangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang mana terletak begitu hampir dengan Sungai Muda. Perincikan jaminan serta tindakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan/kecelakaan/masalah pelepasan air sisa projek KXP ke Sungai Muda serta projek 'aerotropolis' yang mana titik terdekat projek terletak hanya 6 kilometer dari muka sauk Lahar Tiang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Seberang Perai.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua15/11/2021
TUAN LARRY SOON @ LARRY SNG WEI SHIEN [ JULAU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan komprehensif Kementerian untuk menjadikan servis perkhidmatan            e-hailing teksi motosikal sebagai salah sebuah pelengkap perkhidmatan awam yang baharu di negara ini.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua15/11/2021
TUAN NOOR AMIN BIN AHMAD [ KANGAR ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada jeti Kuala Perlis akan dibesarkan dan jumlah perkhidmatan dan kekerapan feri akan ditambah dalam RMK-12.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua15/11/2021
TUAN MA'MUN BIN SULAIMAN [ KALABAKAN ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terkini terhadap usaha memanjangkan landasan dan menaik taraf bangunan terminal Lapangan Terbang Tawau bagi menampung permintaan penggunaan pengangkutan udara untuk penumpang dan kargo pasti meningkat pasca pandemik COVID-19 seperti yang dicatatkan yakni Lapangan Terbang Tawau adalah lapangan terbang ketiga paling sibuk selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua15/11/2021
DATUK MOHAMADDIN BIN KETAPI [ LAHAD DATU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan cadangan menaik taraf atau membina baru Lapangan Terbang Lahad Datu, anggaran kos, sumber kewangan dan bilakah ianya akan dimulakan.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua2/11/2021
TUAN KELVIN YII LEE WUEN minta YB MENTERI PENGANGKUTAN tentang langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal jumlah penerbangan dan harga tiket kapal terbang ke Sabah & Sarawak yang telah melambung tinggi.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua2/11/2021
TUAN YUSUF BIN ABD. WAHAB [ TANJONG MANIS ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian akan mengadakan semula Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di kawasan luar bandar kerana program ini telah banyak membantu masyarakat luar bandar untuk mendapatkan lesen memandu. Masalah kekangan pergerakan semasa PKP telah menyulitkan masyarakat luar bandar untuk mendapatkan lesen memandu, termasuk penduduk Parlimen Tanjong Manis.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua18/11/2021
DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA [ TASEK GELUGOR ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah yang diambil bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri logistik dan pergudangan. Berapa bilangan pemilik Bumiputera dalam industri itu sekarang
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua18/11/2021
PUAN NOORITA BINTI SUAL [ TENOM ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah inisiatif yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf perkhidmatan pengangkutan Keretapi Pangi di daerah Tenom
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua18/11/2021
TUAN CHON KON YEOW [ TANJUNG ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan senarai kos projek-projek Mass Rapid Transit (MRT) 1 dan 2, Light Rail Transit (LRT) 1 dan 2, Pan Borneo Highway, East Coast Rail Link dan Lebuhraya Pantai Barat. Perincikan juga tempoh pelaksanaan projek-projek berkenaan
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua18/11/2021
TUAN LIM GUAN ENG [ BAGAN ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tentang penjimatan kos projek ECRL mengikut jajaran baru berbanding dengan penjimatan sebanyak RM21.5 bilion di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan sama ada jajaran telah pun dimuktamadkan merentasi negeri mana
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua24/11/2021
PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sebab beliau enggan mengadakan perjumpaan dengan Majlis Jawatankuasa Penasihat Teknikal Penerbangan (NACC) sejak YB Ayer Hitam pegang jawatan Menteri sejak 18 bulan yang lepas. Macam mana YB Menteri mendapat maklum balas daripada kesatuan sekerja syarikat penerbangan sekiranya beliau tidak hadir mesyuarat NACC
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua30/11/2021
Dato’ Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan akan mengurangkan bayaran cukai jalan untuk kenderaan diesel memandangkan Kerajaan telah mengurangkan subsidi diesel dan harga diesel sekarang lebih mahal dari Petron RON 95
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua30/11/2021
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan mengenai penyelenggaraan dan pemulihan perkhidmatan feri Pulau Pinang
Papar jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua30/11/2021
TUAN CHOW KON YEOW [ TANJONG ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) dan projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA). Jelaskan sebab penangguhan sekiranya ia masih tidak akan dilaksanakan dan perincikan jangka masa ia akan disiapkan sekiranya projek naik taraf akan berjalan
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/12/2021
TUAN LOKE SIEW FOOK [ SEREMBAN ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status penggabungan MAVCOM dan CAAM dan bilakah rang undang-undang yang berkaitan akan dibentangkan di Parlimen
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/12/2021
TUAN SYED IBRAHIM BIN SYED NOH [ LEDANG ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan impak manfaat bagi langkah yang telah diambil Kementerian untuk menyelesaikan isu Ketersambungan Batuan Pertama dan Akhir pengangkutan awam
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua9/12/2021
DATO' HAJI MOHD FASIAH BIN HAJI MOHD FAKEH [ SABAK BERNAM ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilangan pemegang Lesen Memandu Kompeten atau CDL bagi Kelas B, B1, B2 dan D bagi Warga Emas (berumur 60 tahun dan ke atas) rakyat negara ini dan nyatakan jumlah kes kemalangan jalan raya termasuk yang melibatkan kematian membabitkan pemandu warga emas bagi tempoh lima tahun 5 tahun iaitu dari 2017 hingga terkini 2021. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua15/12/2021
TUAN LOKE SIEW FOOK [ SEREMBAN ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan butir-butir terperinci perolehan “Rolling Stocks” untuk perkhidmatan ETS Gemas-Johor Bahru termasuk kos perolehan, syarikat pembekal, kaedah perolehan dan butiran lain. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua15/12/2021
TUAN SYED IBRAHIM BIN SYED NOH [ LEDANG ] Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hasil penilaian kesan kepada alam sekitar (Environmental Impact Assessment - EIA) terkini bagi projek ECRL dan langkah yang diambil Kerajaan untuk menguruskan impak kepada kepada persekitaran ini. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua15/12/2021
TUAN CHA KEE CHIN [ RASAH ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci ‘proses pemutihan’ yang dilakukan oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) di sepanjang jajaran landasan keretapi Seremban - Port Dickson. Nyatakan juga bilangan lot kediaman, komersial dan rumah ibadat yang terlibat dan apakah justifikasi ke atas proses tersebut yang akan menyebabkan penduduk membayar sewa pada zaman pandemik ini. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua15/12/2021
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kedudukan perselisihan dasar kabotaj yang dikecualikan untuk pemasangan tetapi bukan pembaikan semula kabel digital bawah laut dan sejauh manakah impaknya ke atas kedaulatan negara apabila perkara ini menjejaskan pelaburan sebanyak RM15 billion yang didedahkan oleh bekas Pengerusi MDEC. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua15/12/2021
DATUK HAJI HASANUDDIN BIN MOHD YUNUS [ HULU LANGAT ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Akta Penerbangan Awam 1969, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 atau akta-akta lain yang berkaitan perlu dipinda atau diperkasakan lagi agar ruang udara negara di pantau dengan sempurna. 

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua15/12/2021
TUAN SIM CHEE KEONG [ BUKIT MERTAJAM ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan senarai syarikat penghantaran yang sedang beroperasi dalam negara dan bilangan pekerja setiap syarikat mengikut pecahan pekerja penghantaran dan pengurusan. 
Papar Jawapan