Dewan Rakyat (Mesyuarat Ketiga)

  
  
  
  
Soalan
  
21LisanMesyuarat Ketiga12/12/2020
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) ekoran permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ogos 2020 supaya tidak menangguhkannya berasaskan pelaksanaan kajian National Airport Strategic Plan (NASP).

Papar Jawapan
13LisanMesyuarat Ketiga12/11/2020
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan Kementerian bagi memastikan kebajikan puluhan ribu pekerja Malaysia Airlines Berhad terbela susulan rancangan penyusunan semula operasi kecemasan yang diumumkan baru-baru ini.​
Papar Jawapan
10LisanMesyuarat Ketiga9/11/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kutipan hasil yang diperoleh Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan setiap hari (secara purata), setiap bulan sepanjang tahun 2019 dan 2020, jumlah peruntukan menaik taraf infrastruktur pejabat bagi kegunaan awam dan pegawai Jabatan serta rancangan menambah pejabat cawangan di Kuala Lumpur.

Papar Jawapan
16LisanMesyuarat Ketiga9/11/2020

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa Kerajaan membazirkan duit dengan rancangan projek lapangan terbang baru di Kulim, Kedah. Bukankah wajar untuk Kerajaan Persekutuan menjimatkan perbelanjaan ini dan menggunakan dana untuk projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Papar Jawapan
5LisanMesyuarat Ketiga3/11/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapakah penerbangan MASWings di Sabah bermula dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu, kemudian dari Lahad Datu ke Sandakan, Sandakan ke Tawau dan dari Tawau balik ke Kota Kinabalu.

Papar Jawapan
8LisanMesyuarat Ketiga3/11/2020

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian sedar terminal feri Menumbok mengalami kesesakan terutamanya musim-musim perayaan. Apakah Kementerian bercadang untuk meningkatkan kapasiti terminal tersebut termasuk membesarkan laluan jalan dan menyediakan tambahan ramp kedua pendaratan feri kenderaan seperti di Labuan.

Papar Jawapan
11LisanMesyuarat Ketiga3/11/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah perancangan untuk mendalamkan muara Batang Rajang di Tanjung Manis kerana kedalaman muara semakin berkurangan disebabkan beting pasir dan menggangu laluan pelayaran perkapalan di Pelabuhan Tanjung Manis.

Papar Jawapan
20LisanMesyuarat Ketiga3/11/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan senarai siri nombor pendaftaran yang telah dibida melalui sistem ‘JPJ e-Bid’ dan jumlah pendapatan yang dijana daripada setiap siri tersebut.

Papar Jawapan
21LisanMesyuarat Ketiga3/11/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan bagi memastikan penjarakan fizikal dalam pesawat diamalkan oleh syarikat penerbangan oleh kerana terdapat beberapa kes-kes jangkitan COVID-19 dilaporkan adalah diperoleh dari dalam pesawat penerbangan.

Papar Jawapan