Dewan Negara (Mesyuarat Kedua)

  
  
  
  
Soalan
  
75Bukan LisanMesyuarat Kedua23/09/2020

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan pihak Kerajaan terhadap cadangan untuk mewujudkan garis panduan yang jelas berhubung kaedah memohon lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) kepada para pemandu e-hailing.

Papar Jawapan
19LisanMesyuarat Kedua23/09/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah pakaian patuh syariah oleh pramugari beragama Islam boleh dilaksanakan.

Papar Jawapan
110Bukan LisanMesyuarat Kedua23/09/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan Kerajaan Negeri Pahang untuk mengembalikan semula jajaran asal dalam projek Keretapi Laju Pantai Timur (ECRL) bagi memastikan projek itu mencapai matlamat asal pelaksanaannya.

Papar Jawapan
137Bukan LisanMesyuarat Kedua23/09/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah pihak Kementerian Pengangkutan akan membina lif dan membuat selenggara setiap bulan di setiap stesen-stesen keretapi terutamanya di Negeri Perlis sebagai contoh Stesen Bandar Diraja Arau, Stesen Bukit Keteri dan Stesen Padang Besar untuk memudahkan warga emas dan warga OKU menikmati kemudahan yang telah disediakan 

Papar Jawapan
11LisanMesyuarat Kedua23/09/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana pelaksanaan penggunaan kerusi keselamatan kereta kanak-kanak/baby car seat (CRS) dilaksanakan di Malaysia. Apakah usaha Kerajaan untuk memastikan harga CRS dapat diberikan subsidi kepada rakyat.

Papar Jawapan
124Bukan LisanMesyuarat Kedua23/09/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:

(a) Jumlah kemalangan yang melibatkan pemandu yang mabuk dari Januari sehingga Ogos 2020 di setiap negeri dan Wilayah Persekutuan dan jumlah kes yang berjaya didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dari Januari sehingga Ogos 2020 mengikut negeri; dan

(b) Apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian untuk mengawal kes kemalangan terutamanya melibatkan pemandu mabuk.



Papar Jawapan
22LisanMesyuarat Kedua22/09/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah tangkapan kenderaan klon terutamanya di Negeri Perlis.

Papar Jawapan
10LisanMesyuarat Kedua21/09/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah ada program atau kerjasama Kementerian dalam memupuk kesedaran terhadap bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol dan jika ada, senaraikan program dan kerjasama tersebut.

Papar Jawapan
62LisanMesyuarat Kedua14/09/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah hasil rundingan Kementerian bersama dengan kerajaan Brunei Darussalam berkaitan pelaksanaan caj perkhidmatan keluar dan masuk yang dikenakan kepada semua individu yang melalui pos kawalan dan sempadan Brunei dan apakah keputusan sepakat yang telah diperolehi demi manfaat kedua-dua negara.

Papar Jawapan
25LisanMesyuarat Kedua14/09/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang diambil pihak Kementerian bagi menangani isu pemandu-pemandu lori yang tidak mengikut peraturan jalan raya dan memandu secara merbahaya serta boleh mengakibatkan kemalangan di jalan raya.

Papar Jawapan
11LisanMesyuarat Kedua14/09/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sebab-sebab tambang  kapal terbang dari semenanjung Malaysia ke Sarawak dan Sabah kadangkala sangat tinggi dan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengurangkannya.

Papar Jawapan
3LisanMesyuarat Kedua10/09/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah saman AES/AWAS yang direkodkan sejak 2018 sehingga Disember 2019 dan berapakah jumlah kompaun yang telah dikutip sehingga kini.

Papar Jawapan
16LisanMesyuarat Kedua10/09/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat langkah-langkah strategik bagi mengurangkan kadar kematian penunggang motosikal akibat daripada kemalangan jalan raya memandangkan golongan ini adalah lebih berisiko dan tinggi angka kematiannya berbanding pemandu-pemandu kenderaan empat roda.

Papar Jawapan
59LisanMesyuarat Kedua9/09/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah kesesakan dan kemalangan jalan raya di negara ini dengan mengambil contoh negara maju yang telah bergerak ke arah sistem kereta api bandar yang efisien.

Papar Jawapan
15LisanMesyuarat Kedua8/09/2020

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah rancangan Kerajaan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu khasnya untuk menghubungkan bandar sekitarnya seperti Penampang, Putatan dan Inanam.

Papar Jawapan
1 - 15Next