Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama)

  
  
  
  
Soalan
  
33LisanMesyuarat Pertama9/04/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya di luar bandar bagi memaksimumkan penggunaan kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api ataupun komuter berbanding menggunakan kenderaan sendiri.

Papar Jawapan
25LisanMesyuarat Pertama9/04/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah keutamaan Kementerian Luar (termasuk Kementerian Pengangkutan) bagi menyelesaikan konflik ruang udara Malaysia Singapura, pencerobohan ruang udara Pasir Gudang dan sehingga hari ini di manakah tahap progress daripada kesepakatan yang telah diambil. Adakah Malaysia akan membuka ruang udaranya untuk Singapura dan jika keadaan berlaku dalam keadaan vice versa adakah Singapura akan membuka ruang udaranya untuk Malaysia? Apakah mekanisme Kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara di dalam masa yang sama untuk menjaga keharmonian antara Malaysia-Singapura. 


Papar Jawapan
12LisanMesyuarat Pertama8/04/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tentang kesahihan penambahan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lebuh raya. Jika ada, berapakah jumlah kamera AWAS yang ditambah dan kos yang terlibat bagi pelaksanaannya.

Papar Jawapan
53LisanMesyuarat Pertama8/04/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah pembinaan “Labuan Integrated Port” akan dimulakan memandangkan ianya sudah dalam perancangan melebihi 15 tahun.

Papar Jawapan
66LisanMesyuarat Pertama8/04/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status rundingan Malaysia-Singapura berkaitan konflik ruang udara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) Lapangan Terbang Seletar yang didakwa diterbitkan secara berat sebelah sekaligus mengakibatkan pencerobohan kedaulatan ruang udara negara di selatan Johor. 

Papar Jawapan
25LisanMesyuarat Pertama8/04/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan keberkesanan penambahan kamera AWAS bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya akibat memandu melebihi had laju

Papar Jawapan
39LisanMesyuarat Pertama4/04/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya di luar bandar bagi memaksimumkan penggunaan kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api ataupun komuter berbanding menggunakan kenderaan sendiri.

Papar Jawapan
52LisanMesyuarat Pertama4/04/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan

(a) apakah pelan perlaksanaan Kementerian dalam mengenal pasti lokasi penambahan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES); dan

(b) berapakah jumlah kos penambahan kamera AES yang sebenar.


Papar Jawapan
19LisanMesyuarat Pertama3/04/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan impak terhadap penambahan laluan penerbangan bagi Kuala Lumpur ke Sarawak seperti Sibu-Kuala Lumpur dan Sibu-Johor pada musim perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini dan apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan harga tiket penerbangan domestik juga lebih rendah/mampu dibeli oleh mereka yang ingin balik ke kampung pada musim perayaan.

Papar Jawapan
47LisanMesyuarat Pertama3/04/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pendirian Kerajaan tentang penggunaan dron di Malaysia. Apakah Kerajaan berhasrat untuk menggubal undang-undang khusus bagi memastikan penggunaan dron yang selamat di Malaysia.

Papar Jawapan
59LisanMesyuarat Pertama3/04/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hasil perbincangan antara pihak Kementerian dengan pihak Kerajaan Sabah berkenaan Rancangan RO-RO Perkhidmatan Feri Kargo Penumpang antara Kudat, Sabah dan Buliluyan, Palawan oleh Archipelago Philippines Ferries Corporation.

Papar Jawapan
64LisanMesyuarat Pertama3/04/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:

(a) status rundingan dengan Singapura mengenai Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar sejurus kenyataan Menteri yang berpendapat bahawa ia akan memberi impak besar kepada pembangunan di Pasir Gudang disanggah oleh Menteri Luar Singapura; dan

(b) adakah Malaysia akan memulakan proses rundingan semula dengan Singapura berhubung pengurusan ruang udara di selatan Johor setelah ia diwakilkan kepada negara itu, pada tahun 1973.


Papar Jawapan
37LisanMesyuarat Pertama2/04/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah cadangan untuk mewujudkan lapangan terbang di Parlimen Bagan Serai dalam daerah Kerian Perak untuk menampung aktiviti Lapangan Terbang Pulau Pinang yang sangat padat demi meningkatkan kemajuan ekonomi Malaysia utara akan dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Papar Jawapan
50LisanMesyuarat Pertama2/04/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kamera AES yang baru ditambah setakat ini untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Papar Jawapan
14LisanMesyuarat Pertama2/04/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kesediaan untuk mengkaji semula denda saman AwAS yang sangat tinggi berbanding sebelumnya dan apakah ada kajian menyeluruh tentang keberkesanan sistem tersebut dalam mengurangkan kemalangan jalan raya.

Papar Jawapan
1 - 15Next