Dewan Negara (Mesyuarat Pertama)

  
  
  
  
Soalan
  
69LisanMesyuarat Pertama9/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah inisiatif Kerajaan untuk menangani jenayah di stesen pengangkutan awam dan apakah inisiatif yang telah dilakukan untuk menjamin keselamatan pengguna perkhidmatan awam.



Papar Jawapan
59LisanMesyuarat Pertama9/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perkembangan isu konflik ruang udara Malaysia Singapura yang telah dibincangkan bersama wakil Kerajaan Singapura berikutan daripada perlaksanaan Sistem Pendaratan Instrument (ILS) Lapangan Terbang Seletar.

Papar Jawapan
63LisanMesyuarat Pertama9/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menaik taraf status Lapangan Terbang Tawau kepada Lapangan Terbang Antarabangsa bagi memenuhi keperluan pelancong asing yang datang ke Sabah.

Papar Jawapan
29LisanMesyuarat Pertama8/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pelan dan langkah-langkah jangka panjang yang diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan khidmat pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.

Papar Jawapan
17LisanMesyuarat Pertama8/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengkaji dan mengukuhkan semula struktur operasi pelabuhan negara khasnya pelabuhan-pelabuhan Persekutuan yang operasinya kini telah diswastakan memandangkan kini dapat dilihat pertumbuhan dagangan di rantau Asia Pasifik semakin berkembang pesat.

Papar Jawapan
61LisanMesyuarat Pertama8/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai perancangan untuk membina landasan keretapi ke Pelabuhan Maritim Lumut di Manjung Perak untuk memajukan industri pelabuhan maritim di daerah tersebut.

Papar Jawapan
76LisanMesyuarat Pertama8/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan penambahan kamera AES dalam mengurangkan kemalangan jalan raya.

Papar Jawapan
72LisanMesyuarat Pertama7/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pelan tindakan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam bagi Kota Kinabalu bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandaraya dan berapakah peruntukkan yang telah diperuntukkan untuk tujuan ini.

Papar Jawapan
84LisanMesyuarat Pertama7/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengenai 'Vision Zero Plan' telah membantu pelbagai negara mengurangkan kemalangan jalan raya, apakah komitmen Kementerian dalam mengikuti langkah terbabit.

Papar Jawapan
25LisanMesyuarat Pertama7/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah mekanisme untuk memastikan syarikat "e-hailing" tidak mengenakan atau naikkan harga dengan sesuka hati, ataupun pengguna harus melaporkan perkara ini kepada Tribunal Pengguna.

Papar Jawapan
29LisanMesyuarat Pertama7/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah komitmen kerajaan untuk memastikan industri teksi kekal berdaya saing.

Papar Jawapan
58LisanMesyuarat Pertama7/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kamera AES yang dipasang sehingga Mac 2019 dan berapakah jumlah saman AES yang direkodkan.

Papar Jawapan
64LisanMesyuarat Pertama7/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah kemalangan jalan raya. mengikut laporan pada tahun 2016 jumlah kenderaan sebanyak 27 juta dan dianggarkan pertambahan akan lebih mendadak pada tahun 2020. Pertambahan ini bukan sahaja boleh menyebabkan kesesakan malahan juga boleh berlaku kemalangan.

Papar Jawapan
25LisanMesyuarat Pertama6/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk menaik taraf pelabuhan Labuan sebagai pusat Transhipment Hub utama untuk wilayah Sabah dan Sarawak.

Papar Jawapan
90LisanMesyuarat Pertama6/05/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah hasil daripada pengumuman yang dijalankan selepas setiap penangguhan tren dan sebagainya, memandangkan bahasa dan terma-terma yang dijelaskan kepada orang awam teramat teknikal dan tidak mudah difahami.

Papar Jawapan
1 - 15Next