Dewan Negara (Mesyuarat Ketiga)

  
  
  
  
Soalan
  
7LisanMesyuarat Ketiga18/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pemacu perkongsian perjalanan (cth. Grab) adalah merupakan pemandu 'Public Service Vehicle' (PSV). Apakah peratusan pemandu yang telah menjalani peperiksaan perubatan yang ditetapkan baru-baru ini.

Papar Jawapan
13LisanMesyuarat Ketiga18/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (Public Service Vehicle-PSV) yang dikeluarkan kepada pemandu-pemandu 'e-Hailing' setakat ini dan berikan butiran mengikut negeri. Adakah pihak Kementerian berhasrat untuk melanjutkan tempoh untuk pendaftaran PSV untuk kenderaan 'eHailing'.

Papar Jawapan
21LisanMesyuarat Ketiga18/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejak dasar baharu berkenaan cermin gelap kereta dilaksanakan berapakah jumlah kenderaan yang telah memohon untuk memasang cermin gelap seperti dibenarkan di bawah dasar ini kepada Jabatan Pengangkutan Jalan.

Papar Jawapan
60LisanMesyuarat Ketiga18/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah halangan Kementerian untuk menaik taraf lapangan Terbang Tawau kepada Lapangan Antarabangsa.

Papar Jawapan
79LisanMesyuarat Ketiga18/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha Kementerian bagi mengurangkan beban pembelian tiket kapal terbang bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak yang belajar di semenanjung khususnya di musim perayaan dan adakah Kementerian akan memulakan perbincangan bagi tujuan tersebut dalam masa terdekat.

Papar Jawapan
12LisanMesyuarat Ketiga17/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan usaha pembasmian kuman di sistem pengangkutan awam untuk melindungi orang ramai dari penyait berjangkit kerana ia lebih mudah tersebar di ruang tertutup

Papar Jawapan
64LisanMesyuarat Ketiga17/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah statistik kemalangan jalan raya bagi tahun 2019 dan apakah inisiatif diambil oleh pihak Kementerian dalam mempromosikan pemanduan berhemah di jalan raya susulan kebelakangan ini pelbagai insiden 'viral' pergaduhan di kalangan pengguna jalan raya.

Papar Jawapan
82LisanMesyuarat Ketiga17/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah terkini pemandu perkhidmatan seru pandu (e-hailing) dan berapa peratuskah penurunan yang telah berlaku selepas undang-undang baharu e-hailing dilaksanakan mulai 12 Julai 2019.

Papar Jawapan
62LisanMesyuarat Ketiga16/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah melaksanakan e-hailing motosikal di samping melindungi teksi dan operasi e-hailing yang lain supaya perniagaan mereka masih berkekalan dan tidak diganti oleh e-hailing motosikal.

Papar Jawapan
60LisanMesyuarat Ketiga16/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengenai pertambahan bilangan kenderaan-kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine) yang menjadi punca utama kepada pencemaran udara. Apakah langkah proaktif yang diambil Kementerian bagi mengatasi masalah ini.

Papar Jawapan
27LisanMesyuarat Ketiga16/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah impak ekonomi dan sosial daripada aktiviti Pelabuhan Kemaman dan Pelabuhan Kuantan.

Papar Jawapan
80LisanMesyuarat Ketiga16/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah perbelanjaan untuk pengangkutan awam dalam setiap Negeri dari tahun 2013 hingga sehingga 2018

Papar Jawapan
44LisanMesyuarat Ketiga16/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memajukan dan menambahbaik system pengangkutan awam di seluruh Negara. Apakah sasaran penggunaan pengangkutan awam yang telah ditetapkan menjelang 2020 memandangkan bilangan kenderaan semakin meningkat.

Papar Jawapan
56LisanMesyuarat Ketiga16/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada harga maksima/siling akan ditetapkan bagi harga tiket penerbangan semasa musim puncak. Jikalau tiada, mengapakah syarikat penerbangan diberi layanan istimewa (preferential treatment).

Papar Jawapan
74LisanMesyuarat Ketiga12/12/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status kajian semula terhadap cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim seperti yang dilaporkan oleh portal akhbar ‘The Edge Markets’ dengan tajuk ‘MOT to review Kulim International Airport’ pada 2 Julai 2019.

Papar Jawapan
1 - 15Next