Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) ​

  
  
  
  
Soalan
  
21LisanMesyuarat Pertama6/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kos operasi Rapid Kamunting sejak dilaksanakan dan kesediaan Kementerian untuk menukar namanya kepada Rapid Taiping.

Papar Jawapan
3LisanMesyuarat Pertama16/08/2018

​Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan pihak Kementerian untuk menaik taraf dan mengatasi masalah air pasang melimpah di Terminal Feri Kuala Kedah. 

Papar Jawapan
14LisanMesyuarat Pertama16/08/2018

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kemalangan maut sepanjang musim perayaan Hari Raya Puasa lalu dan dibuat perbandingan sejak 10 tahun lalu. Apakah pendekatan terbaru yang dilakukan oleh Kerajaan dalam mengurangkan kemalangan maut.




Papar Jawapan
50LisanMesyuarat Pertama16/08/2018

​Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status cadangan Projek Lapangan Terbang baru Lawas.

Papar Jawapan
44Bukan LisanMesyuarat Pertama16/08/2018

​Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah hidangan arak dalam pesawat MAS sejak tahun 1980. Mohon disenaraikan secara ringkas pendirian Kerajaan terhadap hidangan arak dalam pesawat MAS, setiap kali ianya dibangkitkan.

Papar Jawapan
27Bukan LisanMesyuarat Pertama16/08/2018

​Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [ Tenggara ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jangkaan nilai subsidi yang perlu dibelanjakan oleh Kerajaan untuk membiayai pemberian pas pengangkutan awam bernilai RM100 kepada rakyat.

Papar Jawapan
14Bukan LisanMesyuarat Pertama16/08/2018

​Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kemalangan di musim perayaan untuk jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Kuala Krai-Kota Bharu. Adakah Kerajaan bersetuju antara punca kemalangan ini diakibatkan oleh jalan raya yang sempit dan tidak lagi mampu menampung jumlah kenderaan yang banyak setiap kali musim perayaan.

Papar Jawapan
29Bukan LisanMesyuarat Pertama16/08/2018

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) apakah status Pelabuhan Kemaman dan Pelabuhan Kuantan ketika ini beserta jenis dan saiz kendalian perniagaan (dalam nilai ringgit) oleh pelabuhan masing-masing setiap tahun; dan
(b) usaha membangunkan kedua-dua pelabuhan sebagai pintu masuk utama ke koridor Pantai Timur.


Papar Jawapan
145Bukan LisanMesyuarat Pertama16/08/2018

​Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bersedia mempertimbangkan cadangan menghapuskan saman ekor dan saman AES.

Papar Jawapan
192Bukan LisanMesyuarat Pertama16/08/2018

Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status tanah milik Keretapi Tanah Melayu dari Woodland hingga ke Tanjung Pagar di Singapura. Apakah faedah dan keuntungan yang Malaysia dapat apabila tanah-tanah milik Kerajaan Malaysia itu diserahkan kepada Singapura.

Papar Jawapan
250Bukan LisanMesyuarat Pertama16/08/2018

​Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pihak Kerajaan akan meneruskan subsidi bagi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) dan apakah langkah baru Kerajaan bagi mengurangkan lagi kadar harga tiket penerbangan domestik dalam negeri Sarawak dan adakah RAS akan dibuka kepada syarikat penerbangan komersial yang lain bagi mewujudkan kompetitif dalam penyediaan perkhidmatan.

Papar Jawapan
171Bukan LisanMesyuarat Pertama16/08/2018

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kementerian dalam menangani isu trafik yang serius di sekitar ibu kota dan apakah tindakan yang diambil untuk memperbaiki masalah tersebut. 

Papar Jawapan
276Bukan LisanMesyuarat Pertama16/08/2018

​Datin Mastura binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memastikan sistem komuter utara diperkenalkan sampai ke Ipoh dan singgah di Kuala Kangsar.

Papar Jawapan
315Bukan LisanMesyuarat Pertama16/08/2018

​Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan bersedia meluluskan lapangan terbang antarabangsa yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Perak di Bagan Serai (Utara Malaysia Airport Terminal) atau sebagai alternatif di Seri Iskandar, Perak.

Papar Jawapan
318Bukan LisanMesyuarat Pertama16/08/2018

​Dato’ Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia menjadikan Lumut Maritime Terminal, Kg. Acheh atau pelabuhan Vale di Teluk Rubiah satu pelabuhan yang mengendalikan muatan ‘container’ dan membina satu landasan rail menyambungkan pelabuhan tersebut ke kawasan perindustrian di Lembah Kinta untuk menjana ekonomi negeri Perak.

Papar Jawapan
1 - 15Next