Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian akan mengkaji semula pemberhentian penerbangan MASwings bagi laluan Kota Kinabalu- Sandakan dan Kota Kinabalu-Tawau berkuat kuasa 1 Januari 2019 ini, yang akan menjejaskan industri pelancongan di Sabah.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah dan tindakan Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan pemandu teksi yang terjejas teruk akibat pengenalan kereta sewa 'e-hailing'.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah kutipan yang dibuat oleh Kerajaan melalui pungutan cukai jalan kenderaan bermotor dan berapakah jumlah peruntukan dari sumber tersebut digunakan untuk membina dan menyelenggarakan rangkaian jalan raya di seluruh negara.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah mengatasi kemelut antara pemandu teksi dan pemandu 'e-hailing' yang seolah-olah tiada kesudahan hingga ke hari ini.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status pelaksanaan projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan untuk mengatasi masalah tahap pengguna yang rendah terhadap Mass Rapid Transit (MRT3) berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Center for Governance and Political Studies (Cent-GPS).
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bagaimanakah JPJ dan APAD dapat menguatkuasakan agar kenderaan komersial seperti bas dan lori dipandu tidak melebihi had laju yang dibenarkan dan membendung perlakuan pemandu-pemandu kenderaan ini memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut pengguna jalan raya lain.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah lalu lintas di Negeri Pulau Pinang.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan merancang untuk membina sebuah lapangan terbang baru di Miri, Sarawak yang bertaraf antarabangsa untuk meningkatkan kapasiti dan mendorong industri pelancongan dan apakah pelan Kerajaan dalam usaha mengadakan lebih banyak penerbangan terus dari negara-negara luar seperti Indonesia, China dan lain-lain ke Miri, Sarawak.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk meningkatkan kapasiti untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Lapangan Terbang Pengkalan Chepa berpotensi dijadikan Bandaraya Aeropolis pada masa hadapan. Apakah Kerajaan bersetuju bahawa Kerajaan sebelum ini telah mendiskriminasikan Kelantan dalam soal pembangunan infra seperti yang berlaku kepada Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan seterusnya ke atas Marina Jabatan Marin Pulau Matagor Pangkor selepas siasatan tim audit dilakukan pada September 2018.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan nasib pekerja-pekerja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dari aspek perjawatan seperti gaji minimum dan status kontrak terutamanya pekerja peringkat pertengahan dan bawahan selepas dibubarkan.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah terdapat kajian yang dijalankan mengenai tanda amaran had laju di semua lokasi-lokasi jalan raya yang dilihat tidak lagi relevan atau bersesuaian dengan pengguna jalan raya sekarang.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada projek LRT (Light Railway Transit) akan dilaksanakan di Pulau Pinang.