Dewan Negara (Mesyuarat Pertama) ​​

  
  
  
  
Soalan
  
15Bukan LisanMesyuarat Pertama14/09/2018

​Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan bersepadu yang dapat dilakukan untuk membangunkan tanah-tanah milik Perbadanan Aset Keretapi di koridor Laluan Tanjung Malim hingga ke Tampin bagi memanfaatkan jaringan pengangkutan rel.

Papar Jawapan
54Bukan LisanMesyuarat Pertama14/09/2018

​Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan alternatif bagi membaiki sistem pengangkutan awam di Malaysia setelah projek MRT3 dimansuhkan dan apakah komitmen Kerajaan dalam mengurangkan kesesakan jalan raya di kawasan bandar.

Papar Jawapan
66Bukan LisanMesyuarat Pertama14/09/2018

YBM. Engku Naimah Binti Engku Taib minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilangan pemandu Grab dan Uber yang terdapat di negara ini serta nyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan pemandu teksi tidak kerugian dengan wujudnya perkhidmatan Grab dan Uber ini.

Papar Jawapan
74Bukan LisanMesyuarat Pertama14/09/2018

​Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status perkembangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan lebuh raya Kelantan setakat ini.

Papar Jawapan
75Bukan LisanMesyuarat Pertama14/09/2018

​Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang membina sebuah pelabuhan di Kelantan demi menjamin kemajuan ekonomi negeri Kelantan.

Papar Jawapan
16LisanMesyuarat Pertama12/09/2018

​Dr. Mohd Nor Bin Haji Monutty minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah ada perancangan untuk memecahkan monopoli 'Grab' dalam perkhidmatan 'e-hailing'

Papar Jawapan
60LisanMesyuarat Pertama6/09/2018

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan akan mengkaji semula syor panel penasihat bebas kemalangan bas Genting Highlands termasuk cadangan untuk menubuhkan satu Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (National Transportation Safety Board) yang dilengkapi dengan pelbagai kepakaran.

Papar Jawapan
11LisanMesyuarat Pertama6/09/2018

​Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kerajaan untuk menaik taraf sistem pengangkutan di Kelantan iaitu lebuh raya, kereta api dan lapangan terbang bagi menampung keperluan rakyat dan pelancongan negeri.

Papar Jawapan
9LisanMesyuarat Pertama5/09/2018

​Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah perlaksanaan harga tiket kapal terbang yang terkawal terutamanya di musim perayaan akan dimulakan.

Papar Jawapan
27LisanMesyuarat Pertama5/09/2018

​DATUK HAJI ABIDULLAH BIN SALLEH minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengenai sindiket kereta klon yang berleluasa di dalam negara. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

Papar Jawapan
33LisanMesyuarat Pertama5/09/2018

​Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan akan mengurangkan tumpuan kepada pembangunan pengangkutan awam negara berikutan penghapusan SPAD serta hasrat Perdana Menteri untuk menghasilkan kereta nasional yang baru.

Papar Jawapan
53LisanMesyuarat Pertama5/09/2018

​Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah penumpang harian (purata) bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) untuk enam bulan pertama 2018 mengikut pecahan bulan dan sebab-sebab kenapa masih gagal mencapai anggaran asal serta inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan lagi bilangan penumpang.

Papar Jawapan
67LisanMesyuarat Pertama5/09/2018

​Dato' Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tambahan 'support system' yang akan diadakan bagi tujuan memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan awam.

Papar Jawapan
14LisanMesyuarat Pertama5/09/2018

​Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan rancangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, Kedah.

Papar Jawapan
5LisanMesyuarat Pertama4/09/2018

​Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah yang diambil pihak Kementerian dalam mengawal-selia perkhidmatan e-hailing terutamanya apabila berlaku kes-kes jenayah melibatkan perkhidmatan ini.

Papar Jawapan
1 - 15Next