PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN MOT
Keahlian
Majlis Bersama Jabatan bagi Kementerian Pengangkutan (selepas ini disebut sebagai 'Majlis') hendaklah mengandungi dua puluh satu (21) orang ahli secara keseluruhannya termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-setiausaha yang terdiri daripada Ketua Setiausaha selaku Pengerusi dan lapan (8) orang ahli yang dilantik oleh Ketua Setiausaha (selepas ini disebut sebagai 'Pihak Pegawai') dan dua belas (12) orang ahli yang dipilih oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di Kementerian Pengangkutan (selepas ini disebut sebagai 'Pihak Pekerja').
Pihak Pengurusan
Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat di Kementerian Pengangkutan seperti berikut:
Nama Jawatan | Jawatan |
---|
Ketua Setiausaha
| Pengerusi |
Setiausaha Bahagian
Perolehan dan Kewangan | Ahli |
Setiausaha Bahagian
Pembangunan | Ahli |
Ketua Akauntan | Ahli |
Setiausaha Bahagian Pentadbiran
| Ahli |
Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia | Ahli |
Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat | Ahli |
Ketua Unit Komunikasi Korporat
| Ahli |
Ketua Penolong Setiausaha
| Setiausaha
|
Pihak Pekerja
BIL | KUMPULAN PIHAK PEKERJA | JUMLAH
|
---|
1
| Wakil pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga Gred 48 | 4 orang
|
2
| Wakil pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 29 hingga Gred 40
| 2 orang
|
3
| Wakil pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 19 hingga Gred 28 | 4 orang
|
4
| Wakil pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 11 hingga Gred 16
| 2 orang
|
Jumlah
| 12 orang
|
---|
|
Pegawai-Pegawai Majlis
Pegawai-Pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada dan dipilih oleh Pihak Pekerja. Tiap-tiap pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang daripadanya untuk memenuhi jawatan Setiausaha Bersama.
Tujuan
Untuk memperolehi seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara Kementerian Pengangkutan dan pegawai-pegawai yang bergaji di Kementerian Pengangkutan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja berkenaan; danUntuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul pelbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Kementerian Pengangkutan
Bidang Dan Fungsi
Bidang dan fungsi majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa majlis yang mana adalah seperti berikut:
Membincang dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan dan hal-hal perseorangan;
Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;Menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran pelbagai jabatan; danMengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi Kementerian Pengangkutan serta peruntukkan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.
Mesyuarat-Mesyuarat
a. Kekerapan Mesyuarat
Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan tiga (3) kali setahun, iaitu sekali dalam tempoh empat (4) bulan.
b. Korum
Korum bagi mesyuarat Majlis hendaklah tidak kurang daripada 50% iaitu lima (5) orang ahli Pihak Pegawai dan 50% iaitu enam (6) orang ahli Pihak Pekerja.
Keputusan
1. Segala keputusan-keputusan majlis hendaklah dicapai secara persetujuan di antara kedua-dua belah pihak
2. Keputusan yang diambil jika ada hubungan dengan Jabatan-Jabatan lain dan tidak pula bercanggah dengan dasar Kerajaan ataupun dengan jabatan-jabatan lain ianya hendaklah dirujuk kepada Jabatan-Jabatan yang berkenaan ataupun kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pindaan Kepada Perlembagaan
1. Perlembagaan Majlis boleh dipinda di mana-mana mesyuarat Majlis dengan persetujuan tidak kurang daripada 50% ahli Pihak Pengurusan dan 50% ahli Pihak Pekerja. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan ke Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kelulusan.