Majlis bersama Jabatan adalah untuk memperolehi seluas-luas kerjasama di antara Kementerian Pengangkutan dengan pegawai-pegawai yang bergaji di Kementerian Pengangkutan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja, dan amnya untuk mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil Kementerian Pengangkutan.
Membincangkan dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali perkara-perkara yang melibatkan dasar Kerajaan atau hal-hal perseorangan;
Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;
Menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai jabatan; dan
Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.
Utarakan sebarang cadangan/idea/pandangan untuk diperbincangkan dalam mesyuarat MBJ MOT.