Kementerian Pengangkutan Malaysia

Pelaut

Keselamatan maritim merangkumi hal ehwal berkaitan keselamatan pelayaran, pelaut, respon tumpahan minyak dan sistem trafik perkapalan. Elemen ini penting bagi memastikan perairan Malaysia selamat dan alam persekitaran marin tidak tercemar.​

seafarers-pelaut.jpg

Pelaut

Pelaut yang terdiri dari krew dek dan kejuruteraan bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengoperasian dan penyelenggaraan kapal. Kepakaran teknikal serta pengetahuan luas berhubung pengoperasian kapal adalah satu elemen yang penting yang perlu ada pada pelaut. Sehubungan itu, setiap pelaut perlu memiliki tahap kompetensi yang tinggi bagi memastikan keselamat​an pengoperasian kapal pada setiap masa. Dalam konteks ini, sijil-sijil berkaitan dengan pelaut seperti Sijil Perakuan Kekompetenan dan Perakuan Pengiktirafan dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia kepada pelaut-pelaut bagi mengiktiraf tahap kompetensi pelaut sekaligus membolehkan pelaut-pelaut bertugas di atas kapal.

Maklumat lanjut berhubung institusi yang menyediakan latihan berkaitan maritim layari laman web: Jabatan Laut Malaysia