Kementerian Pengangkutan Malaysia

Program

​​

Terdapat program-program yang diwujudkan Kerajaan bagi membantu indutri pengangkutan awam agar terus beroperasi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menambah kekerapan perjalanan dan membaiki keadaan pengangkutan awam yang lebih effisen. Perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih sistematik dan kadar penjimatan tambang yang mampu milik dapat ,meningkatkan aksesibiliti rakyat dalam menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan utama.

Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF)

ISBSF diwujudkan kerajaan pada 2012 bagi membantu menampung kos operasi harian pengendali bas berhenti-henti yang terbabit, berikutan kerugian dialami disebabkan sebahagian daripada laluan mereka yang tidak menguntungkan. Kerajaan memberi perhatian terhadap isu ini kerana kebanyakan laluan yang terbabit terletak di luar bandar dan perkhidmatan tersebut masih diperlukan oleh penduduk untuk meneruskan akvititi harian mereka. ISBSF diwujudkan kerajaan untuk memastikan syarikat pengendali bas henti-henti, terutama di kawasan luar bandar tidak menamatkan perkhidmatan kerana peningkatan kos dan kerugian yang dialami kerana laluan terbabit kurang penumpang. Dengan dana ISBSF ini, banyak syarikat dapat meneruskan operasi di kawasan luar bandar dan pengguna di kawasan berkenaan tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan khidmat pengangkutan awam ini.

Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST)

SBST diwujudkan kerajaan pada 2015 di mana perlaksanaan dan pemantauan operasi SBST adalah lebih cekap dan sistematik. Program ini dimulakan di ibu-ibu negeri seperti Kangar, Seremban, Ipoh dan Kuala Terengganu.

Pas bulanan tanpa had perjalanan bagi RapidKL dan Rel (MY100 dan MY50)

Pas bulanan My100 boleh digunakan tanpa had kepada perkhidmatan LRT, MRT, Monorail, bas RapidKL, bas perantara MRT dan juga perkhidmatan BRT. Manakala pas bulanan My50 pula memberikan akses tanpa had hanya kepada penggunaan bas RapidKL sahaja, tidak termasuk BRT. 3. Ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan B40 di kawasan bandar yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,860 sebulan dan inisiatif Pas Bulanan Tanpa Had ini juga telah membantu dalam meningkatkan jumlah pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang di bawah seliaan Prasarana.

Pas Perjalanan Tanpa Had "Mutiara Pass" Untuk Perjalanan Bas dan Feri di Pulau Pinang

Kerajaan bersetuju meluaskan penggunaan pas tanpa had ini ke Pulau Pinang bagi perkhidmatan Rapid Penang dan Rapid Ferry di bawah kendalian Prasarana dan di kenali sebagai My 50 Penang atau Pas Mutiara yang bermula pada 1 Sept 2019. Pas Mutiara merupakan pas bulanan tanpa had perjalanan yang berasaskan sistem terbuka yang ditawarkan kepada penumpang di sekitar Pulau Pinang untuk perkhidmatan Rapid Penang dan Rapid Ferry di bawah pengurusan Prasarana di mana pengguna boleh menggunakan sistem bas dan juga feri tanpa had selama 30 hari.

Pas Bulanan Tanpa Had RM30 bagi Perjalanan Rapid Rail dan Rapid Bus Di Lembah Klang

Melalui Program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kerajaan telah mengumumkan Program MY30 di mana pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang. Inisiatif ini adalah bagi membantu rakyat dan juga pengendali pengangkutan awam mengurangkan impak dari penularan pandemic Covid 19 ini dan dijangkakan 200 ribu pengguna akan mendapat manfaat dari insentif yang diperkenalkan ini.​