Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Lesen Perkapalan Dalam Negeri

Perkapalan Dalam Negeri

Perkapalan dalam negeri merujuk kepada:

  • Perkhidmatan, selain daripada perikanan di perairan negara termasuklah di Zon Ekonomi Eksklusif.
  • Pengangkutan kargo dan penumpang:
    1. Dari mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia ke mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia
    2. Dari mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia ke mana-mana tempat di zon Ekonomi Eksklusif atau sebaliknya.

Lesen Perkapalan Dalam Negeri

Semua kapal yang terlibat di dalam perkhidmatan perkapalan dalam negeri perlu memiliki Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL). Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kapal-kapal Malaysia berikut:

  • Berat bersih di bawah 15 tan.
  • Dilesenkan di bawah Seksyen 475 MSO 1952 (lesen bot).
  • Dilesenkan di bawah MSO 1960 (Sabah) dan (Sarawak).
  • Milikan/sewaan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri atau Lembaga Pelabuhan.

Lesen Perkapalan Dalam Negeri

Permohonan bagi DSL boleh dibuat melalui Sistem eDSL, sistem atas talian end-to-end secara menyeluruh yang menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan daripada permohonan, pembayaran dan cetakan lesen. Sistem eDSL boleh dilayari melalui www.edsl.mot.gov.my yang turut menyediakan garis panduan bagi permohonan DSL. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada edsl@mot.gov.my ​​