Kementerian Pengangkutan Malaysia

Pejabat Penasihat Undang-Undang

Piagam Pelanggan

  • Memberi nasihat undang-undang berkualiti kepada kementerian dan jabatan, agensi dan bahagian di bawahnya dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.
  • Menggubal dan menyemak apa-apa perundangan utama atau subsidiari yang sedia ada di bawah kendalian kementerian dalam masa 40 hari selepas semua isu perundangan dan dasar diselesaikan.
  • Menyemak dokumen kontrak/perjanjian jabatan, bahagian dan agensi di bawah kementerian dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen dan maklumat lengkap diterima.
  • ​Menyemak serta memberi arahan terhadap kertas siasatan berkenaan kesalahan-kesalahan di bawah perundangan berkaitan Kementerian Pengangkutan Malaysia yang dirujuk dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  • Mewakili kerajaan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam mana-mana prosiding guaman (litigasi guaman) pada tarikh, masa dan tempat seperti yang diarahkan oleh Peguam Negara.

Fun​gsi

  • Memberi nasihat perundangan mengenai semua bidang undang-undang kecuali undang-undang Islam, berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.
  • Membantu menafsir undang-undang apabila dikehendaki oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.
  • Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang yang mana Kerajaan (diwakili oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia) merupakan suatu pihak.
  • Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara berkaitan undang-undang.
  • Menyediakan draf Rang Undang-Undang atas arahan Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan.
  • Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan yang melibatkan Kementerian Pengangkutan Malaysia.
  • Menghadiri mesyuarat agensi Kerajaan dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan.
  • Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai perkara berkaitan undang-undang dengan memberikan kepakaran undang-undang kepada Kerajaan.
  • Menghadiri Parlimen apabila ia bersidang untuk memberi apa-apa bantuan yang bersifat undang-undang apabila dikehendaki oleh Menteri Pengangkutan.

Objektif​

  • Memberi nasihat kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya mengenai perkara berkaitan undang-undang.
  • Menjalankan apa-apa tuga​san lain yang bersifat undang-undang yang dirujukkan kepada Unit ini.​​​

Car​ta Org​anisasi​​

chart