Kementerian Pengangkutan Malaysia

Unit Audit Dalaman

Latar Belak​​ang

Unit Audit Dalam, Kementerian Pengangkutan Malaysia diwujudkan pada tahun 1987 selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1979. Unit ini diterajui oleh Ketua Unit AudIt Dalam Gred W54 dan dibantu oleh 16 Pegawai Audit, 1 Pegawai Pegawai Teknologi Maklumat dan 3 staf Perkhidmatan dan Sokongan.

Unit Audit Dalam bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian. Unit ini terbahagi kepada Seksyen Pengauditan Prestasi, Seksyen Pengauditan Pengurusan Kewangan, Seksyen Audit Khas dan Seksyen Pentadbiran. Selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998 (Garis Panduan Mengenai Peranan Dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah, dan Ketua Eksekutif Dalam Pengurusan Badan Berkanun), Unit Audit Dalam Kementeria​n bertindak sebagai Unit Audit Dalam bagi Badan Berkanun yang tidak mempunyai Unit Audit Dalamnya sendiri.

Pelaksanaan pengauditan telah disesuaikan selaras dengan perkembangan dan perubahan peranan Audit Dalam, khususnya dalam memberi khidmat perundingan dan menambah nilai kepada organisasi bersesuaian dengan 1PP (1 Pekeliling Perbendaharaan) PS.3.1/2013 (Pelaksanaan Unit Audit Dalam Di Kementerian/Jabatan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri). Objektifnya adalah untuk membantu sesebuah organisasi menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus organisasi bagi mencapai matlamat penubuhannya.

Piagam Pelanggan

  • Menjalankan pengauditan secara professional berpandukan standard pengauditan yang diterima umum, serta memberi pendapat dan laporan Audit dengan adil dan saksama;
  • Memastikan Rancangan Audit Tahunan disiapkan sebelum 31hb Januari tahun semasa;
  • Membentangkan laporan Audit Dalam di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit Peringkat Kementerian setiap suku tahun;
  • Mengeluarkan Laporan Pengauditan Kewangan dalam tempoh 45 hari selepas pengauditan dijalankan;
  • Mengeluarkan Laporan Pengauditan Pengurusan Prestasi dalam tempoh 60 hari selepas pengauditan dijalankan; dan
  • Menyediakan Laporan Tahunan Unit Audit Dalam sebelum 31hb Mac tahun berikutnya.​

Fun​​gsi

  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman Kementerian Pengangkutan Malaysia serta Jabatan dan Agensi di bawahnya.
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.
  • Mengkaji aktiviti organisasi supaya dapat diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
  • Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT.
  • Menjalankan fungsi audit di Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian yang tiada Unit Audit Dalam selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil.3 Tahun 1998.
  • Melaporkan semua penemuan Audit kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan mengambil tindakan susulan ke atas isu-isu yang dibangkitkan.
  • Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian.
  • Membentangkan Laporan Audit Dalam di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit Peringkat Kementerian
  • Menjadi Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Audit Peringkat Kementerian.
  • Menjadi Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Audit Badan-badan Berkanun Di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Objekt​​if​

Melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin, membantu menilai dan menambah baik keberkesanan kawalan-kawalan dan tadbir urus Kementerian Pengangkutan Malay​​sia serta semua jabatan dan agensi di bawahnya.​

Carta ​Orga​nisasi​

chart