Kementerian Pengangkutan Malaysia

Unit Integriti

​Latar Belak​​ang

Unit Integriti, Kementerian Pengangkutan diwujudkan mulai Mei 2014 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Unit Ini bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.

Penubuhan Unit Integriti, Kementerian Pengangkutan merupakan usaha kawalan dalaman untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan 6 fungsi teras seperti berikut:

  • Tadbir Urus
  • Pengukuhan Integriti
  • Pengesanan dan Pengesahan
  • Pengurusan Aduan
  • Pematuhan
  • Tatatertib

Piagam Pelanggan

  • Mengesan dan mengesahkan sebarang aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pembukaan fail.
  • Bertindak ke atas aduan yang diterima berkaitan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari masa aduan diterima.
  • Maklumat dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan mengikut undang-undang yang berkuatkuasa.
  • Mendidik dan membudayakan pelaksanaan integriti di Kementerian Pengangkutan.

Fun​gsi

Penubuhan Bahagian Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh Kementerian untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Bahagian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut :-

  1. Tadbir Urus

    - Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;​

  2. Pengukuhan Integriti

    - Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam orgnisasi;

  3. Pengesanan Dan Pengesahan

    - Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan

    - Melaporkan​ salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;

  4. Pengurusan Aduan

    - Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;

  5. Pematuhan

    - Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan

  6. Tatatertib

    - Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

Objektif​​

  1. Memastikan pegawai Kementerian mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme.
  2. Membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dalam kalangan penjawat awam.

Carta ​Orga​nisasi​​​​

chart


​​