Kementerian Pengangkutan Malaysia

Peraturan Keselamatan Jalan Raya di Malaysia

​​

Peraturan keselamatan jalan raya di Malaysia adalah termasuk had laju, pemakaian tali pinggang keledar, pemakaian topi keledar dan kadar maksima alkohol dalam badan. Sebagai contoh, had laju di kawasan bandar adalah dari 50km/j hingga 80km/j manakala bagi kawasan pedalaman pula adalah di antara 70km/j dan 110km/j. Pemakaian tali pinggang keledar adalah diwajibkan bagi semua pemandu dan penumpang kenderaan peribadi. Pada masa yang sama, pemakaian topi keledar di kalangan penunggang motosikal adalah wajib semenjak tahun 1973. Kerajaan Malaysia kini sedang dalam usaha untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi menetapkan kadar kandungan alkohol dalam darah kepada 0.05g.dl seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia telah dilaksanakan pada Januari 2020 dan perlu mematuhi standard United Nation Regulation (UNR), iaitu R44 atau R129.​