Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

PELAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA 2022-2030

​​

wallpaper.JPG 

Nahas jalan raya merupakan salah satu penyebab utama kematian di negara ini. Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014- 2020 (PKJRM 2014-2020) yang dilaksanakan kerajaan telah berjaya mencatatkan penurunan kemalangan jalan raya sebanyak 4.8% pada setiap tahun. Oleh itu, bagi meneruskan kesinambungannya, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022–2030 (PKJRM 2022-2030) telah dibangunkan. Pelan ini telah menyasarkan pengurangan 50% jumlah kematian akibat nahas jalan raya pada penghujung tahun 2030. Sasaran ini adalah bertepatan dengan resolusi PBB 74/299 yang turut mengisytiharkan tempoh 2021-2030 sebagai Tindakan Sedekad Global bagi keselamatan jalan raya yang kedua. ​