Kementerian Pengangkutan Malaysia

Unit Komunikasi Korporat

Latar Belak​​ang

Unit ini ditubuhkan pada November 2008 di mana ia mengambil alih fu​​ngsi Unit Perhubungan Awam yang sebelum ini ditempatkan di bawah Bahagian Korporat dan Antarabangsa. Unit ini dibuat pemantapan dengan pewujudan Ketua Komunikasi Korporat, Gred 54 dan pewujudan beberapa jawatan Pegawai Perhubungan Awam serta kakitangan sokongan.

Fungsi utama unit ini ialah sebagai focal point Kementerian di dalam penyampaian dan penyaluran maklumat, peningkatan imej korporat Kementerian, perhubungan awam dan media serta pengurusan aduan dan khidmat pelanggan.​

Piagam Pelanggan

  • Memberi perkhidmatan yang professional, mesra, sopan dan cekap.
  • Memberi respon terhadap aduan dan pertanyaan pelanggan dalam tempoh tiga hari bekerja.
  • Menyediakan kemudahan yang selesa dan mesra pelanggan di kaunter khidmat pelanggan.
  • Menghebahkan program dan aktiviti Kementerian kepada kumpulan khalayak sasaran.
  • Menghantar Laporan Aduan Awam kepada Biro Pengaduan Awam pada hari Selasa pertama setiap bulan.
  • Memastikan surat kepada pengarang diijawab dalam masa 1 hari bekerja setelah mendapat jawapan dari jabatan dan agensi.

Fun​gsi

  • Focal point dalam penyampaian dan penyusunan maklumat.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti peningkatan imej korporat Kementerian/Agensi.
  • Merancang, menyelaras dan melaksana pelan komunikasi/promosi/publisiti program serta pencapaian kementerian/agensi.
  • Merancang dan melaksanakan program perhubungan awam kementerian/agensi.
  • Mengurus dan mengendalikan perhubungan dengan pihak media.
  • Merancang, mengurus, melaksanakan dan memantau semua urusan berkaian Pelanggan.
  • Mengurus, memantau dan menyelaras ​semua aduan yang diterima.
  • Memantau isu-isu berkaitan kementerian/agensi di media massa.
  • Merancang, menyelaras dan menerbitkan bahan-bahan penerbitan kementerian.​

Objektif​

  • Memupuk hubungan korporat yang harmonis bersama industri, media massa, khalayak industri (stakeholders) dan pelanggan.
  • Mengawal selia, memantau dan mengurus segala aktiviti yang berhubungkait dengan isu dan aduan orang awam terhadap perkhidmatan yang diberi oleh Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.
  • Membina imej, mengiklankan da​n mempromosikan hebahan berita, perkhidmatan, polisi dan dasar mengenai​ Kementerian.

Carta ​Orga​nisasi​​

chart