Dewan Negara (Mesyuarat Kedua)

  
  
  
  
Soalan
  
  
LisanMesyuarat Pertama11/10/2021
​YB SENATOR DATUK PAUL IGAI minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah inisiatif dan bantuan kerajaan yang telah dan sedang berikan kepada pemain industri pengangkutan awam dan adakah pemberian bantuan ini akan diteruskan ke tahun 2022.​




Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Pertama20/10/2021
DATO’ WIRA OTHMAN BIN AZIZ minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kutipan yang diperoleh daripada Automatic Enforcement System (AES) kerana kesalahan pemandu dan adakah kaedah ini akan diperkenalkan semula
Papar Jawapan
  
Bukan LisanMesyuarat Pertama8/10/2021
YB SENATOR  DR. NUING JELUING minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah saman kesalahan jalan raya yang dilakukan kepada warga asing di Sarawak dan bagaimana Kerajaan memastikan kutipan saman ini dilangsaikan sebelum dan selepas mereka meninggalkan Sarawak
Papar Jawapan
  
Bukan LisanMesyuarat Pertama8/10/2021
YB SENATOR TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tentang pemulangan semula duit tiket penerbangan yang terbatal akibat COVID-19, apakah duit mereka akan dipulangkan atau hangus kerana terdapat aduan yang mana terdapat duit yang tidak dikembalikan
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Pertama25/10/2021
DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan menyatakan apakah inisiatif Kementerian dalam membantu industri pusat latihan memandu yang terjejas dis​ebabkan pandemik COVID-19
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua26/10/2021
DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perkembangan terkini berkenaan perlaksanaan sistem ujian memandu kenderaan menerusi 'e-testing' iaitu sistem pengukuran prestasi calon ujian memandu secara elektronik (automasi).
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua26/10/2021
DATUK RAZALI BIN IDRIS minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah isu-isu yang timbul semasa pelaksanaan undangundang dan peraturan e-hailing pada 2019 lalu seperti masalah kapasiti latihan memandu, kapasiti pemprosesan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya yang menimbulkan kesukaran untuk rakyat menyertai industri tersebut tidak akan berulang lagi dengan peraturan phailing yang bakal dilaksanakan kelak. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua26/10/2021
DATUK MOHAN A/L THANGARASU minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah inisiatif Kementerian dalam mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan penghantaran makanan (p-hailing). 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua26/10/2021
PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK INSOL minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan impak pandemik COVID-19 ke atas pengendalian kargo dan kos perkapalan di Malaysia termasuk kedudukan pelabuhan-pelabuhan air dalam utama di Malaysia dari segi 'container throughput' berbanding pelabuhan-pelabuhan utama serantau dan dunia. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua8/12/2021
PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK INSOL minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian memantau harga tiket penerbangan bagi sektor Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama di Sarawak khususnya pada musim perayaan dan apakah intervensi yang dilakukan untuk mengawal harga tiket daripada melambung naik.
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua8/12/2021
TUAN HAJI AZIZ BIN ARIFFIN minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah inisiatif yang telah dilaksanakan oleh JPJ untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat berkaitan penggunaan dan pemakaian filem penapis haba kenderaan kepada mereka yang ingin membuat permohonan disebabkan masalah kesihatan atau pun keselamatan serta berapakah jumlah yang telah memohon dan berapakah jumlah yang telah diluluskan.
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua8/12/2021
DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha dan tindakan strategik Kementerian dalam mengesan van atau bas sekolah yang beroperasi tanpa permit serta mengubah suai kenderaan tersebut bagi mengelirukan pihak berkuasa. Nyatakan statistik pemilik dan kenderaan yang telah diambil tindakan bagi tahun 2020 hingga kini.
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua9/12/2021
DATO DR. NUING JELUING minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian terhadap Syarikat Penerbangan yang sewenangwenangnya menaikkan harga tiket untuk sektor KL - Sarawak. Sebagai contoh harga yang biasa dari KL ke Kuching hanya dalam lingkungan RM 300 dinaikkan kepada RM 2000. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua9/12/2021
DATO DR. NUING JELUING minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian terhadap Syarikat Penerbangan yang enggan membayar balik harga tiket jika penerbangan dibatalkan oleh pihak syarikat. Ini sering berlaku waktu tempoh pandemik COVID-19. 
 

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua9/12/2021
TUAN JAZIRI ALKAF ABDILLAH SUFFIAN minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan dan usaha yang akan diambil oleh Kementerian itu untuk memfokuskan kepada pembangunan jalan udara berikutan pemindahan ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan yang sekali gus mampu memberi impak dan limpahan ekonomi kepada negeri Sarawak dan Sabah. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua13/12/2021
DATUK WIRA KOH NAI KWONG minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah dan kawalan yang diambil oleh Kementerian untuk mengawal penggunaan lampu 'High Intensity Discharge' (HID) yang tidak mengikut spesifikasi sehingga mengganggu pengguna jalan raya khususnya semasa hari hujan akibat lampu kereta yang terlalu terang menyebabkan pandangan menjadi silau serta boleh membawa kepada kemalangan maut dan berapakah bilangan kes kemalangan jalan raya dalam 2 tahun kebelakangan ini yang disebabkan oleh lampu kereta terlalu silau.
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua13/12/2021
DATO’ ZAIEDI HAJI SUHAILI minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hala tuju Dasar Kabotaj Industri Maritim Negara dan sejauh mana usaha dan peranan Pihak Berkuasa Pelabuhan-Pelabuhan dan penguatkuasa kawal selia untuk meningkatkan kecekapan operasi perkapalan dan hubungan antarabangsa maritim negara.
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua15/12/2021
DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan dan kerjasama yang dijalankan dengan syarikat e-hailing kenderaan dalam menangani isu peminjaman atau penyewaan identiti (ID) kepada individu lain yang boleh menimbulkan risiko kepada pengguna seperti perlakuan jenayah. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/12/2021
DATO' HAJI JEFRIDIN BIN HAJI ATAN minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan mampu bertindak dalam membantu pengguna yang ditindas dan dinafikan hak oleh syarikat penerbangan, antaranya melibatkan pemulangan semula tambang penerbangan yang dibatalkan semasa pandemik dan juga kekerapan pembatalan atau penukaran waktu penerbangan yang menjejaskan persediaan penumpang penerbangan. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/12/2021
DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG Minta Menteri Pengangkutan menyatakan rancangan Kementerian dalam membela nasib dan kebajikan pemandu-pemandu teksi yang terkesan dengan peningkatan penggunaan perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) pada waktu ini.
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua16/12/2021
DATUK PAUL IGAI minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah bilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang terkini dan apakah tindakan yang akan dibuat untuk memberhentikan perkhidmatan 6 buah pesawat A380 yang dikatakan tidak lagi sesuai untuk digunakan. Apakah strategi untuk pemulihan semula perkhidmatan dengan jayanya berikutan suasana endemik sekarang apabila sektor penerbangan ke luar negara dibuka. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua20/12/2021
Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapakah setiap murid institut memandu dikehendaki membeli sebuah buku bertajuk Kurikulum Pendidikan Pemandu yang berharga RM13. Mengapakah buku yang lama tidak boleh digunakan semula. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua22/12/2021
DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan menyatakan langkah-langkah pengubalan undang-undang yang lebih keras untuk membela nasib mangsa yang teranaiya akibat kecuaian pemandu mabuk. 
 
 

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua22/12/2021
DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian dalam meningkatkan keselamatan penunggang motosikal di jalan raya dan justifikasi Kerajaan berhubung kekurangan peruntukan untuk keselamatan jalan raya di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan dalam Belanjawan 2022. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua23/12/2021
DATUK WIRA KOH NAI KWONG minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk melaksanakan sistem pampasan bagi pengangkutan awam seperti yang dilaksanakan di United Kingdom dan Jepun bagi pengangkutan awam yang tidak menepati jadual sebagai langkah memastikan kecekapan perkhidmatan dan pendorong kepada pengurusan LRT dan MRT untuk menaik taraf perkhidmatan. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua23/12/2021
DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan usaha jangka masa panjang Kementerian dalam menyediakan laluan khas buat mereka yang berbasikal, menunggang skuter dan berpapan luncur di kawasankawasan bandar tumpuan di seluruh negara khususnya di Seremban sebagai langkah bagi meningkatkan aspek keselamatan para pengguna pengangkutan kasual tersebut. 
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua23/12/2021
DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan kerajaan dalam menangani masalah yang dihadapi pengguna pengangkutan awam seperti kekurangan tempat letak kenderaan, kadar tambang yang mahal, tempoh menunggu yang lama dan kenderaan awam yang tidak diselenggara dengan baik. 
Papar Jawapan
  
Bukan LisanMesyuarat Kedua15/12/2021
DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian terhadap syarikat penerbangan yang membatalkan penerbangan dengan sesuka hati tanpa menyediakan pelan penerbangan alternatif sehingga menyukarkan pengguna dan gagal membuat pembayaran balik secara tunai dengan kadar segera kepada pengguna. 
Papar Jawapan
  
Bukan LisanMesyuarat Kedua15/12/2021
DATUK RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian akan memperkenalkan atau meminda akta sedia ada berkenaan pengangkutan awam di Malaysia supaya mewajibkan kesemua penyedia perkhidmatan pengangkutan awam adalah inklusif dan mesra OKU. 
Papar Jawapan