Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​ ​​

​PIAWAIAN KESELAMATAN

Kementerian Pengangkutan merancang dan menetapkan dasar-dasar berhubung piawaian keselamatan udara merangkumi perkara-perkara seperti airworthiness, sekuriti penerbangan, operasi penerbangan, standard lapangan terbang dan pengurusan trafik udara.​ Pe​laksanaan, pemantauan dan penguatkuasaan piawaian keselamatan dibuat oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) melalui sektor-sektor seperti berikut​:​

​​ ​
Airworthiness
​Sektor Airworthiness berfungsi untuk ​menyelia perkara-perkara berhubung airworthiness melalui piawaian-piawaian, recommended practices dan garis panduan serta penguatkuasaan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Penerbangan Awam 1969.​

​​​Selanj​utnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​


​Sekuriti Penerbangan
​Sektor Sekuriti Penerbangan berfungsi untuk mengawal selia aspek keselamatan pengangkutan udara domestik dan antarabangsa terhadap penindasan tindakan-tindakan menyalahi undang-undang terhadap keselamatan penerbangan awam seperti yang ditetapkan di bawah ICAO Annex 9, 17 dan 18.​​

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​​
​Operasi Penerbangan​​
Sektor Operasi Penerbangan berfungsi mengawal selia operasi penerbangan yang melibatkan perlesenan krew serta persijilan operator udara dan ground handler​.​​

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​ ​Standard Lapangan Terbang​​​
Sektor Lapangan Terbang berfungsi untuk​ menyelia aktiviti aerodrome​ dalam memastikan operasi lapangan terbang adalah selamat dan efisien untuk kegunaan awam.​

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​
​Pengurusan Trafik Udara​​
Sektor ini bertanggungjawab di dalam menyediakan perkhidmatan kawalan trafik udara bagi memastikan operasi penerbangan di ruangan udara Malaysia adalah selamat dan efisien berdasarkan kepada Chicago Convention 1947. Perkhidmatan kawalan trafik udara merangkumi kawalan trafik udara, khidmat nasihat, maklumat penerbangan dan alerting service​.​

​​Selanjutnya>>​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​​​
​ ​
​​​ ​
​ ​​​
​ ​​
​​​