Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

​PERKHIDMATAN PENERBANGAN​

​ ​

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

​ ​ ​​​

​​Perkhidmatan Udara Luar Bandar

​​​

Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) didefinisikan sebagai perkhidmatan udara yang tidak ekonomik yang dijalankan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak di mana pengangkutan udara merupakan mod pengangkutan utama yang menghubungkan penduduk di kawasan luar bandar dengan dunia luar. RAS bertujuan untuk memenuhi keperluan sosial penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak serta dianggap sebagai national service kerana perkhidmatan ini dijangkakan mengalami kerugian untuk tempoh yang panjang. ​

​​​​​

MASwings telah dilantik Kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan RAS bermula Oktober 2007 melalui Perjanjian RAS. Segala kos penyediaan perkhidmatan RAS oleh MASwings ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan dalam bentuk subsidi dan bayaran sewa pajakan pesawat.


MASwings menyediakan perkhidmatan RAS di sejumlah 49 laluan yang meliputi 19 laluan dengan menggunakan 10 buah pesawat jenis ATR 72-500 dan 30 laluan dengan menggunakan 6 buah pesawat jenis Twin Otter Viking DHC6-400. Laluan-laluan ini adalah melibatkan 10 buah lapangan terbang dan 14 buah padang terbang di Sabah dan Sarawak.

Laluan-laluan yang dioperasikan oleh MASwings di bawah :-

Sabah(Internal)

sabah internal atr72-500

Sarawak(Internal)

sabah internal atr72-500

Sabah/Sarawak(Interstate)

sabah internal atr72-500

Sabah(Internal)

sabah internal atr72-500

Sarawak(Internal)

sabah internal atr72-500

Sabah/Sarawak(Interstate)

sabah internal atr72-500
​​​