Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
​​

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

Klia2 adalah terminal penerbangan tambang murah yang baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia. Terminal ini terletak kurang 2 kilometer dari Bangunan Utama Terminal KLIA (MTB). Klia2 dibina untuk menampung pertumbuhan pesat dalam pelancongan tambang murah di rantau ini dan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Klia2 telah dibuka pada 2 Mei 2014 dan semua operasi penerbangan di LCCT telah berpindah ke Klia2 pada 9 Mei 2014

-Lokasi : Sepang, Selangor
-Kapasiti Terminal : 45mppa
-Penumpang waktu Kemuncak
(Current Peak Hour Pax (SBR)) : 5,757 php
-Jumlah Aircraft Bay : 68 contact + 8 remote stands
-Jumlah Kaunter Check In : 240
-Jumlah Kaunter Imigresen : 100 +28 autogates
-Jumlah Kaunter Kastam : 31
-Kemudahan-kemudahan Lain Yang Disediakan:

    1. Sama-Sama Airside Transit Hotel
    2. Free buggy services
    3. 17 Muslim Prayer Rooms
    4. Free Showering facilities
    5. 24-hour health and medical service
    6. 1.5 km 32 Walkalators with buggies (Fully covered)
    7. Washroom facilities 840 cubicles (53 disable friendly) ,94 toilets

Butiran lanjut sila layari MAHB

MAHB

Malaysia Airports Holdings Berhad diperbadankan sebagai sebuah syarikat senaraian awam di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dalam tahun 1999, dan menjadi pengendali lapangan terbang yang pertama di Asia dan yang ke enam di dunia yang disenaraikan di bursa saham. Malaysia Airports ialah satu-satunya syarikat lapangan terbang dengan pelbagai portfolio lapangan terbang, justeru meletakkannya di dalam kelasnya yang tersendiri. Lapangan terbang di bawah pengendalian MAHB adalah dari 5 pintu keluar/masuk antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik hinggalah ke 18 pangkalan berlepas dan mendarat dalam jarak pendek (STOLports) yang menyediakan perkhidmatan ke kawasan pedalaman dan terpencil di Malaysia.

Butiran lanjut sila lawati MAHB

    1. AirAsia
    2. AirAsia Philippines
    3. AirAsia Indonesia
    4. AirAsia Thai​
    5. AirAsia X
    6. Cebu Pacific
    7. Malindo Air
    8. Mega Maldives
    9. Tiger Air

RM 32 bagi destinasi antarabangsa

RM 6 bagi destinasi domestik



M​aklumat lanjut mengenai caj perkhidmatan penumpang sila layari MAHB

​​​ ​ ​
​​
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device