Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
​​

​ ​

​​​​​​​





​​

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU

Lapangan terbang ini yang terletak 8 km dari bandar raya Kota Kinabalu, berfungsi sebagai gerbang utama ke negeri Sabah dan untuk memasuki Borneo. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Jesselton Airfield semasa Perang Dunia ke-2. Lapangan terbang ini telah melalui pelbagai fasa penaiktarafan. Pada hari ini, ia merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk ​di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Lapangan terbang ini mempunyai pelbagai kedai jualan runcit dan bebas cukai, kafe dan restoran, serta ruang menunggu premium untuk kemudahan dan keselesaan perjalanan para penumpang.


Ia mempunyai sebuah landasan kapal terbang, menawarkan lima buah titi udara termasuklah tiga buah tempat parkir pesawat serta memiliki kelengkapan untuk mengendalikan pesawat besar seperti Boeing 747. Lapangan terbang ini mempunyai kapasiti untuk menampung 9 juta orang penumpang setiap tahun.

-Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah
-Kapasiti Terminal : 9.0mppa
-Penumpang waktu Kemuncak : 3200 passengers/hr
-Jumlah Aircraft Bay :
-Jumlah Kaunter Check In : 64
-Jumlah Kaunter Imigresen : 36
-Jumlah Kaunter Kastam : 3

MAHB

Malaysia Airports Holdings Berhad diperbadankan sebagai sebuah syarikat senaraian awam di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dalam tahun 1999, dan menjadi pengendali lapangan terbang yang pertama di Asia dan yang ke enam di dunia yang disenaraikan di bursa saham. Malaysia Airports ialah satu-satunya syarikat lapangan terbang dengan pelbagai portfolio lapangan terbang, justeru meletakkannya di dalam kelasnya yang tersendiri. Lapangan terbang di bawah pengendalian MAHB adalah dari 5 pintu keluar/masuk antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik hinggalah ke 18 pangkalan berlepas dan mendarat dalam jarak pendek (STOLports) yang menyediakan perkhidmatan ke kawasan pedalaman dan terpencil di Malaysia.

Butiran lanjut sila lawati MAHB

    1. AirAsia
    2. Asiana Airlines
    3. Hong Kong Dragon Airlines
    4. Royal Brunei Airlines
    5. Malaysian Airlines
    6. Silk Air
    7. Cebu Airlines
    8. Korean Airlines
    9. Easter Jet
    10. MASwings
    11. Zestair
    12. Indonesia Air Asia
    13. Hong Kong Express Airways
    14. China Eastern Airlines
    15. Jin Air
    16. China Airlines
    17. China Southern Airlines
    18. MASWings
    19. Transmile Air
    20. Malindo Air
    21. Gading Sari

Statistik terkini sila layari MAHB

RM 65 bagi T1 KKIA ke destinasi antarabangsa

RM 32 bagi T2 KKIA ke destinasi antarabangsa

RM 9 bagi T1 KKIA ke destinasi domestik

RM 6 bagi T2 KKIA ke destinasi domestik



Maklumat lanjut mengenai caj perkhidmatan penumpang sila layari MAHB

​​​ ​ ​
​​​
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device