Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
​​

​ ​

​​​​​​​





​​

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING

​Sejak pembinaannya oleh Kerajaan British di Sarawak pada ​1940-an, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA - Kuching International Airport) telah menjadi gerbang ke negeri Sarawak serta Brunei dan Sabah. KIA terletak 11 km di selatan bandar raya Kuching. Lapangan terbang ini mampu mengendalikan 5 juta penumpang setahun, menjadikannya lapangan terbang keempat paling sibuk selepas KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Ia juga berupaya menampung pesawat udara Airbus A380 dan Boeing 747. Lapangan terbang ini mempunyai pelbagai kedai jualan runcit dan bebas cukai, kafe dan restoran, serta ruang menunggu premium untuk kemudahan dan keselesaan perjalanan para penumpang.

Lapangan terbang ini juga merupakan pangkalan udara bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM atau singkatan bahasa Inggerisnya RMAF).

-Lokasi : Kuching, Sarawak
-Kapasiti Terminal : 5.3mppa
-Penumpang waktu Kemuncak : 2,200 passengers/hr
-Jumlah Aircraft Bay : 12
-Jumlah Kaunter Check In : 36
-Jumlah Kaunter Imigresen : 34
-Jumlah Kaunter Kastam : 6
-Kemudahan-kemudahan Lain Yang Disediakan:

    1. Restaurant, Cafetaria, Car Parks, Chocolates,
    2. Handicraft / Souvenirs, Fragrance, Cookies,
    3. Hotels & Resorts Counters, Cigarette / Liquor
    4. Taxi - Car Rental, Convenience Store,
    5. Advertisement Space, Travel Agents Counters

MAHB

Malaysia Airports Holdings Berhad diperbadankan sebagai sebuah syarikat senaraian awam di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dalam tahun 1999, dan menjadi pengendali lapangan terbang yang pertama di Asia dan yang ke enam di dunia yang disenaraikan di bursa saham. Malaysia Airports ialah satu-satunya syarikat lapangan terbang dengan pelbagai portfolio lapangan terbang, justeru meletakkannya di dalam kelasnya yang tersendiri. Lapangan terbang di bawah pengendalian MAHB adalah dari 5 pintu keluar/masuk antar​abangsa, 16 lapangan terbang domestik hinggalah ke 18 pangkalan berlepas dan mendarat dalam jarak pendek (STOLports) yang menyediakan perkhidmatan ke kawasan pedalaman dan terpencil di Malaysia.

Butiran lanjut sila lawati MAHB

Senarai Syarikat Penerbangan melalui Lapangan Terbang ini sila layari MAHB

    1. Malaysian Airlines
    2. AirAsia
    3. Silk Air
    4. MasWings
    5. Express Air
    6. Neptune Air ( C )
    7. Malindo Air
    8. Raya Express
    9. Gading Sari -cargo

RM 65 bagi destinasi antarabangsa

RM 9 bagi destinasi domestik



M​aklumat lanjut mengenai caj perkhidmatan penumpang sila layari MAHB

​​​ ​ ​
​​​
​​​​​​​​​​​​​​​​​​

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device