Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
  
  
  
  
  
Soalan
  
Mesyuarat KeduaLisan31/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah maklum balas daripada pakar mengenai kebaikan dan keburukan peraturan cermin gelap pada kenderaan. Adakah tidak dilakukan penyelarasan terlebih dahulu di antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri sebelum peraturan ini dilaksanakan dan adakah peraturan baharu ini akan disemak kembali.

  
Mesyuarat KeduaLisan31/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status penglibatan Kerajaan Malaysia dalam siasatan insiden MH17 dan MH370 dan berapa kos yang telah dibelanjakan untuk operasi tersebut.

  
Mesyuarat KeduaLisan31/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah kedudukan Malaysia dalam keputusan siasatan kes menembak jatuh pesawat MH17.

  
Mesyuarat KeduaLisan31/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tentang kenyataan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA) yang memaklumkan bahawa kadar kegagalan lulus peperiksaan bagi lesen vokasional (PSV Teksi/e-Hailing) sangat tinggi sehingga membuatkan pemandu e-Hailing terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk menduduki semula ujian tersebut.

  
Mesyuarat KeduaLisan31/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana kajian dilakukan dalam kebenaran penggunaan cermin gelap sepenuhnya khususnya dari aspek keselamatan, kesihatan dan ancaman penjenayah.

  
Mesyuarat KeduaLisan29/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan inisiatif atau pampasan yang diberikan kepada pengguna jika penerbangan mereka ditangguhkan atau dibatalkan.

  
Mesyuarat KeduaLisan29/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah sebab Kementerian atau pihak berkuasa KLIA tidak mengambil tindakan untuk mengeluarkan dua buah kapal terbang jenis Boeing 747 yang terbengkalai di lapangan terbang KLIA melebihi 5 tahun.

  
Mesyuarat KeduaLisan29/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah proaktif Kerajaan melatih golongan muda berkemahiran dalam teknologi rel khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan supaya mampu menguruskan dan mengendalikan ECRL semasa dan selepas pembinaan.

  
Mesyuarat KeduaLisan29/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pelaksanaan ujian Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) secara atas talian berkesan untuk memastikan pemandu bersedia sepenuhnya memandangkan tugas pemandu melibatkan kemahiran praktikal

  
Mesyuarat KeduaLisan25/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah strategi untuk memperkasakan daya saing pelabuhan di Malaysia memandangkan beberapa syarikat perkapalan besar berpindah ke Singapura.

  
Mesyuarat KeduaLisan25/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai mekanisme terkini dalam mengawal penjualan dan penggunaan lampu xenon kereta (xenon headlights) yang menyumbang kepada kemalangan di atas jalan raya pada waktu malam.

  
Mesyuarat KeduaLisan25/07/2019Papar Jawapan
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian sudah bersedia untuk mengadakan rancangan yang terperinci untuk
memindahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke satu kawasan yang sesuai untuk memenuhi permintaan trafik udara dan penumpang yang akan bertambah di masa akan datang.
  
Mesyuarat KeduaLisan25/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah rancangan Kerajaan untuk memperkenalkan sistem Bas Rapid atau sistem alternatif seperti Autonomous Rail-Bus Rapid Transit untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu.

  
Mesyuarat KeduaLisan25/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perangkaan kenderaan Thailand yang masuk melalui pintu masuk sempadan Kelantan-Thailand dan sejauh mana JPJ menjalankan penguatkuasaan agar pemandu asing ini mematuhi peraturan-peraturan jalan raya.

  
Mesyuarat KeduaLisan25/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kemalangan maut yang masih berada pada tahap yang membimbangkan terutamanya pada musim perayaan. Adakah sudah tiba masanya pihak Kementerian untuk menambah kamera AES di lebuh raya-lebuh raya utama di Malaysia.

  
Mesyuarat KeduaLisan25/07/2019Papar Jawapan
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tentang harga tiket kapal terbang MASWINGS yang diberikan subsidi oleh Kementerian
Pengangkutan tetapi merupakan harga tiket kapal terbang paling mahal dalam negara dari Labuan - Kota Kinabalu - Labuan (kos sehala ialah RM196.00 untuk penerbangan selama 25 minit).
  
Mesyuarat KeduaLisan24/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini Tren Diesel Multiple Units (DMU) dan unjuran jumlah penumpang dan kargo apabila beroperasi.

  
Mesyuarat KeduaLisan24/07/2019Papar Jawapan

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha Kerajaan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di musim cuti akan datang selepas laporan statistik Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) mencatatkan sebanyak 19515 kemalangan dicatatkan di seluruh negara dan merekodkan 207 kematian.

  
Mesyuarat KeduaLisan24/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah jajaran baharu ECRL setelah penstrukturan semula projek mampu dikembangkan untuk keperluan masa depan seperti menyambung jajaran sehingga ke bahagian utara dan selatan sebagaimana laluan KTMB lama yang merentasi sempadan Malaysia.

  
Mesyuarat KeduaLisan24/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan inisiatif pengangkutan awam yang disusun dan digerakkan secara cekap, pantas, berkesan dan terancang demi golongan sasar menerima faedahnya di kawasan Iskandar Malaysia.

  
Mesyuarat KeduaLisan23/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan keberkesanan pelaksanaan kempen 'Biar Lambat Asal Selamat' dengan cara meletakkan papan nasihat 'Biar Lambat Asal Selamat' di sepanjang lebuh raya dan jalan-jalan utama Persekutuan di seluruh negara memandangkan Ops Selamat tidak berjaya mengurangkan kemalangan maut di Malaysia pada tahun ini.

  
Mesyuarat KeduaLisan23/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bagaimanakah prestasi MAB sekarang dan sudahkah hidangan arak dihentikan dan keputusan pakaian pramugari yang lebih manis diputuskan untuk pemakaian masa akan datang.

  
Mesyuarat KeduaLisan23/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah penyelesaian jangka pendek untuk menaik taraf Bangunan Terminal Lapangan Terbang Miri melalui usaha Malaysia Airports Holding Berhad dan Rancangan Malaysia Ke-11 dan berapakah jumlah peruntukan dan projek naik taraf yang dirancang.

  
Mesyuarat KeduaLisan23/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah cabaran yang dihadapi untuk mencapai objektif Dasar Pengangkutan Negara 2018-2030 (NTP).

  
Mesyuarat KeduaLisan23/07/2019Papar Jawapan

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pelan tindakan yang telah dirangka oleh pihak Kementerian untuk mempromosikan aktiviti Projek Pemecutan Ekonomi (EAP) di sepanjang koridor Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan apakah mekanisme yang akan diwujudkan Kementerian bagi memudah cara, menilai dan menyemak perlaksanaan EAP ini dari semasa ke semasa.

  
Mesyuarat KeduaLisan23/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah saman AES/AWAS yang direkodkan sehingga Julai 2019 dan berapakah jumlah kompaun yang telah dikutip sehingga kini.

  
Mesyuarat KeduaLisan23/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah benar Kerajaan bersedia untuk mendedahkan tragedi 'double six' yang berlaku pada 6 Jun 1976 dan apakah punca sebenar laporan ini dirahsiakan.

  
Mesyuarat KeduaLisan22/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah tambahan dan baharu yang diambil untuk mengurangkan bilangan kemalangan dan kematian di jalan raya memandangkan jumlah kematian semasa cuti perayaan baru-baru ini amat membimbangkan dan berulang pada setiap tahun. Kemalangan di jalan raya juga merupakan penyumbang utama kepada kematian berbanding dengan kematian yang disebabkan oleh penyakit.

  
Mesyuarat KeduaLisan22/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan syarat dan peraturan terkini yang terpakai ke atas Institusi Memandu dan adakah ia berbeza di antara mereka yang beroperasi di bandar dan luar bandar.

  
Mesyuarat KeduaLisan22/07/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah peranan Kerajaan Persekutuan dalam projek pembinaan lapangan terbang baru di Tunoh Daerah Bukit Mabong, Kapit, Sarawak.

1 - 30Next

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device