Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
  
  
  
  
Soalan
  
  
LisanMesyuarat Ketiga07/11/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan usaha Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan tambang pelajar atau "student fare" kepada penuntut universiti dari Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban keluarga mereka terutama pada musim perayaan serta sama ada lebih banyak penerbangan harga tetap bagi laluan Kuala Lumpur - Sibu / Johor - Sibu dapat disediakan pada musim perayaan yang akan datang.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga05/11/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah projek perintis perkhidmatan "ride hailing" motosikal seperti Dego Ride dan Gojek akan dimulakan dalam tempoh terdekat dan sama ada kerangka perundangan berkenaan telah siap dirangka oleh Kementerian.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga04/11/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga04/11/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tahap keberkesanan pengangkutan awam di negara ini, terutamanya perkhidmatan bas ekspres. Bagaimana Kementerian mengatasi sekiranya berlaku kesesakan di lebuhraya. Adakah Kementerian bercadang untuk mengadakan suatu laluan khas atau sistem yang baru di lebuhraya dari utara ke selatan bagi menjamin bas–bas ekspres tersebut tidak terlewat tiba ke destinasi dituju.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga04/11/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah impak Projek Kuala Linggi International Port terhadap geopolitik, ekonomi dan sosial penduduk setempat.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga29/10/2019
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

a) jumlah belia berusia 30 tahun ke bawah yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di antara tahun 2016-2018; dan 

b) apakah benar kemalangan jalan raya merupakan sebab kematian utama kepada golongan tersebut dan langkah-langkah yang diambil untuk menurunkan angka tersebut.


Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga29/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah kos yang terlibat dalam pembinaan bangunan tempat letak kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga29/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah peranan Kementerian bagi menjayakan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga29/10/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan
 
a) adakah terdapat unsur sabotaj terhadap gangguan network yang telah berlaku di KLIA memandangkan terdapat laporan polis telah dilakukan oleh pihak tertentu; dan

b) berapakah anggaran kerugian yang ditanggung oleh pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) ekoran daripada masalah tersebut.


PAPAR
  
LisanMesyuarat Ketiga29/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kerajaan untuk memacu ekonomi di Terengganu melalui pembinaan ECRL di Terengganu memandangkan kedudukan stesen-stesennya yang jauh daripada pusat bandar.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga29/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar memiliki lesen memandu.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga29/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian akan meneruskan pelaksanaan mod pengangkutan e-Hailing yang mengunakan motosikal dan adakah kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan terutama yang menyentuh isu keselamatan penunggang.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga22/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan untuk meningkatkan daya saingan KLIA menjadi hub pengangkutan udara rantau Asia dan taget yang disasarkan.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga22/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan menyatakan adakah pihak Kerajaan telah melakukan kajian terhadap penggunaan e-scooter sebagai pengangkutan yang digunakan di jalan awam.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga22/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terkini berhubung cadangan pelaksanaan teksi motosikal atau GoJek dan jaminan keselamatan terhadap penunggang serta pembonceng.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga22/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bagaimana Kementerian dapat menyelaraskan kebergantungan rakyat pada kenderaan peribadi selaras usaha ke arah meminimakan impak perubahan iklim memandangkan jualan kereta peribadi meningkat daripada 514,697 pada 2017 kepada 533,202 pada tahun 2018 menurut Malaysian Automative Association.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga16/10/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk menggalakkan "low cost carrier" samaada syarikat tempatan atau antarabangsa supaya rakyat Malaysia boleh menikmati tambang kapal terbang yang lebih ekonomik.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga16/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan pihak Kementerian dalam menggalakkan pengangkutan kargo menggunakan kereta api demi mengurangkan kos pengangkutan darat yang sedia ada.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga16/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah perancangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Tanjung Manis. Buat masa ini, hanya pesawat bersaiz kecil seperti Twin Otter sahaja yang dapat mendarat di lapangan terbang tersebut. Apabila pembinaan Jambatan Batang Lassa dan Jambatan Batang Paloh siap nanti, adalah dijangka semakin ramai warga yang akan menggunakan lapangan terbang tersebut untuk pergi ke bandar-bandar lain.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga16/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah hasil siasatan insiden gangguan sistem di KLIA pada Ogos lalu dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) yang dilihat gagal dan tiada langkah pengurusan risiko yang komprehensif dalam pengendalian insiden sebegini.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga16/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jelaskan perkembangan pembinaan terminal feri baru di Pekan Kuala Kedah. Bilakah pembinaan akan dimulakan.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga16/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status pelaksanaan "Stage Bus Services Transformation (SBST) di Kuching. Nyatakan jangka masa dan tarikh pelaksanaan, jumlah keseluruhan kontrak, pelan terkini serta terperinci, perubahan dalam kontrak tersebut atas permintaan Kerajaan Negeri Sarawak dan sebab kelewatan pelaksanaan projek tersebut.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga16/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sehingga kini.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga16/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perkembangan terkini konsep perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) motosikal (teksi motosikal) di negara ini dan apakah kerangka undang-undang, bagaimana ia dilaksanakan mencakupi proses lesen dan syarat diperlukan.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga10/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang baru akan dibina.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga10/10/2019

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tindakan Kerajaan pusat dalam menyelesaikan kemelut kesesakan lalulintas yang dialami di daerah Cameron Highlands terutama sekali semasa musim cuti serta perancangan dan jumlah peruntukan yang disediakan untuk menyelesaikan masalah ini.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga10/10/2019
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah pihak Kerajaan untuk menambah baik polisi sedia ada berkaitan system pengangkutan menggunakan “Hydrogen Fuel Cell Technology" di Malaysia dan adakah pihak Kementerian sudi memberi sokongan terhadap langkah Kerajaan Sarawak yang memperkenalkan bas awam
menggunakan hidrogen.


Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga07/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status terkini penyiasatan terhadap kegagalan Sistem Pengurusan Keseluruhan Lapangan Terbang (TAMS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur (KLIA) pada bulan Ogos yang lalu, adakah benar terdapat sebarang unsur khianat atau sabotaj.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga07/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan Kerajaan untuk memperluas lapangan terbang atau membina lapangan terbang baru untuk memenuhi keperluan yang kian bertambah bagi kawasan utara Semenanjung Malaysia, iaitu negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga07/10/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah impak ekonomi kepada Negeri Sembilan apabila jajaran baru projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan memasuki Negeri Sembilan dan kawasan di Negeri Sembilan yang akan dilalui oleh jajaran baru ini.

Papar Jawapan
1 - 30Next

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device