Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
  
  
  
  
  
Soalan
  
Mesyuarat KetigaLisan18/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pemacu perkongsian perjalanan (cth. Grab) adalah merupakan pemandu 'Public Service Vehicle' (PSV). Apakah peratusan pemandu yang telah menjalani peperiksaan perubatan yang ditetapkan baru-baru ini.

  
Mesyuarat KetigaLisan18/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (Public Service Vehicle-PSV) yang dikeluarkan kepada pemandu-pemandu 'e-Hailing' setakat ini dan berikan butiran mengikut negeri. Adakah pihak Kementerian berhasrat untuk melanjutkan tempoh untuk pendaftaran PSV untuk kenderaan 'eHailing'.

  
Mesyuarat KetigaLisan18/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejak dasar baharu berkenaan cermin gelap kereta dilaksanakan berapakah jumlah kenderaan yang telah memohon untuk memasang cermin gelap seperti dibenarkan di bawah dasar ini kepada Jabatan Pengangkutan Jalan.

  
Mesyuarat KetigaLisan18/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah halangan Kementerian untuk menaik taraf lapangan Terbang Tawau kepada Lapangan Antarabangsa.

  
Mesyuarat KetigaLisan18/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha Kementerian bagi mengurangkan beban pembelian tiket kapal terbang bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak yang belajar di semenanjung khususnya di musim perayaan dan adakah Kementerian akan memulakan perbincangan bagi tujuan tersebut dalam masa terdekat.

  
Mesyuarat KetigaLisan17/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan usaha pembasmian kuman di sistem pengangkutan awam untuk melindungi orang ramai dari penyait berjangkit kerana ia lebih mudah tersebar di ruang tertutup

  
Mesyuarat KetigaLisan17/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah statistik kemalangan jalan raya bagi tahun 2019 dan apakah inisiatif diambil oleh pihak Kementerian dalam mempromosikan pemanduan berhemah di jalan raya susulan kebelakangan ini pelbagai insiden 'viral' pergaduhan di kalangan pengguna jalan raya.

  
Mesyuarat KetigaLisan17/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah terkini pemandu perkhidmatan seru pandu (e-hailing) dan berapa peratuskah penurunan yang telah berlaku selepas undang-undang baharu e-hailing dilaksanakan mulai 12 Julai 2019.

  
Mesyuarat KetigaLisan16/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah melaksanakan e-hailing motosikal di samping melindungi teksi dan operasi e-hailing yang lain supaya perniagaan mereka masih berkekalan dan tidak diganti oleh e-hailing motosikal.

  
Mesyuarat KetigaLisan16/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengenai pertambahan bilangan kenderaan-kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine) yang menjadi punca utama kepada pencemaran udara. Apakah langkah proaktif yang diambil Kementerian bagi mengatasi masalah ini.

  
Mesyuarat KetigaLisan16/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah impak ekonomi dan sosial daripada aktiviti Pelabuhan Kemaman dan Pelabuhan Kuantan.

  
Mesyuarat KetigaLisan16/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah perbelanjaan untuk pengangkutan awam dalam setiap Negeri dari tahun 2013 hingga sehingga 2018

  
Mesyuarat KetigaLisan16/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memajukan dan menambahbaik system pengangkutan awam di seluruh Negara. Apakah sasaran penggunaan pengangkutan awam yang telah ditetapkan menjelang 2020 memandangkan bilangan kenderaan semakin meningkat.

  
Mesyuarat KetigaLisan16/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada harga maksima/siling akan ditetapkan bagi harga tiket penerbangan semasa musim puncak. Jikalau tiada, mengapakah syarikat penerbangan diberi layanan istimewa (preferential treatment).

  
Mesyuarat KetigaLisan12/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah dan inisiatif yang diambil oleh Kementerian dalam menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam dan apakah mekanisme yang digunakan oleh Kementerian dalam memantau penawaran dan permintaan perkhidmatan pengangkutan awam yang efektif dan berpaksikan rakyat.

  
Mesyuarat KetigaLisan12/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan inisiatif Kementerian dalam mengatasi masalah peningkatan bilangan kenderaan yang tidak mesra alam (pengangkutan berasaskan bahan api fosil seperti petrol dan gas) yang mencetus pelbagai isu alam sekitar, antaranya pemanasan global, kualiti udara, implikasi kesihatan dan pencemaran Gas Rumah Hijau (GHG).

  
Mesyuarat KetigaLisan12/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status kajian semula terhadap cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim seperti yang dilaporkan oleh portal akhbar ‘The Edge Markets’ dengan tajuk ‘MOT to review Kulim International Airport’ pada 2 Julai 2019.

  
Mesyuarat KetigaLisan12/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah yang lebih tegas untuk menangani secara serius kes kemalangan maut yang disebabkan kegagalan fungsi kenderaan, pemandu mabuk dan pengaruh dadah, kecuaian memandu secara melulu dan memandu melebihi had kelajuan.

  
Mesyuarat KetigaLisan12/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah bagi melindungi keselamatan pengguna jalan raya sekiranya e-hailing motosikal dilaksanakan pada tahun depan memandangkan lebih daripada 60% kematian jalan raya di Malaysia melibatkan penunggang motosikal.

  
Mesyuarat KetigaLisan12/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah kaedah dan langkah Kementerian bagi mengurangkan kecelakaan jalan raya yang menyebabkan kematian yang semakin meningkat.

  
Mesyuarat KetigaLisan12/12/2019Papar Jawapan
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bagaimanakah satu tetapan dasar dapat dilaksanakan segera bagi membendung kanak-kanak terlibat dengan aktiviti 'basikal lajak' agar perlindungan, langkah-langkah kawalan dan penguatkuasaan lebih cekap dan bermakna dengan penglibatan semua pihak dapat diwujudkan.


  
Mesyuarat KetigaLisan12/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di Pulau Pinang.

  
Mesyuarat KetigaLisan11/12/2019Papar Jawapan

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan senarai kawasan yang bakal ditempatkan bas elektrik dan apakah mekanisme untuk melaksanakannya.
  
Mesyuarat KetigaLisan11/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pertimbangan dalam menyediakan lebih banyak kursus pengenalan kepada pemandu lori dan kenderaan awam yang rata-rata keliru serta tidak tahu mengenai syarat pendaftaran PSV dan GDL perlu supaya perkara ini tidak menjadi isu yang boleh dipolitikkan.

  
Mesyuarat KetigaLisan11/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha untuk meningkatkan kemampuan ekosistem pengangkutan di Terengganu bagi memastikan setiap kampung dan 218 sumber jaya pelancongan dapat diakses oleh pelancong.

  
Mesyuarat KetigaLisan10/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan usaha meningkatkan jaringan pengangkutan dan meningkatkan kawasan berdaya huni di Terengganu melalui pembangunan industri pengangkutan air (teksi air).

  
Mesyuarat KetigaLisan10/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan progres terkini projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bahru sehingga November 2019.

  
Mesyuarat KetigaLisan09/12/2019Papar Jawapan

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana penggunaan Internet of Thing (IoT) dalam meningkatkan kemampuan kapasiti Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu terutamanya untuk menerima lebih ramai pelancong dari luar negara.

  
Mesyuarat KetigaLisan09/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah mekanisma subsidi bagi perkhidmatan udara luar bandar MASwings di Sarawak. Barubaru ini diumumkan kenaikan harga tambang luar bandar secara drastik untuk beberapa laluan dari tiga hingga empat kali kadar semasa (yang kemudian ditarik balik selepas protes). Apakah peranan Kementerian dalam menentukan tambang penerbangan untuk penerbangan MASwings.

  
Mesyuarat KetigaLisan09/12/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini naik taraf Pelabuhan Sepanggar dan usaha Kementerian bagi menarik lebih banyak syarikat perkapalan antarabangsa datang ke sini.


Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device