Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
  
  
  
  
  
Soalan
69Mesyuarat PertamaLisan09/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah inisiatif Kerajaan untuk menangani jenayah di stesen pengangkutan awam dan apakah inisiatif yang telah dilakukan untuk menjamin keselamatan pengguna perkhidmatan awam.



59Mesyuarat PertamaLisan09/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perkembangan isu konflik ruang udara Malaysia Singapura yang telah dibincangkan bersama wakil Kerajaan Singapura berikutan daripada perlaksanaan Sistem Pendaratan Instrument (ILS) Lapangan Terbang Seletar.

63Mesyuarat PertamaLisan09/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menaik taraf status Lapangan Terbang Tawau kepada Lapangan Terbang Antarabangsa bagi memenuhi keperluan pelancong asing yang datang ke Sabah.

29Mesyuarat PertamaLisan08/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pelan dan langkah-langkah jangka panjang yang diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan khidmat pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.

17Mesyuarat PertamaLisan08/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengkaji dan mengukuhkan semula struktur operasi pelabuhan negara khasnya pelabuhan-pelabuhan Persekutuan yang operasinya kini telah diswastakan memandangkan kini dapat dilihat pertumbuhan dagangan di rantau Asia Pasifik semakin berkembang pesat.

61Mesyuarat PertamaLisan08/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai perancangan untuk membina landasan keretapi ke Pelabuhan Maritim Lumut di Manjung Perak untuk memajukan industri pelabuhan maritim di daerah tersebut.

76Mesyuarat PertamaLisan08/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan penambahan kamera AES dalam mengurangkan kemalangan jalan raya.

72Mesyuarat PertamaLisan07/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pelan tindakan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam bagi Kota Kinabalu bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandaraya dan berapakah peruntukkan yang telah diperuntukkan untuk tujuan ini.

84Mesyuarat PertamaLisan07/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengenai 'Vision Zero Plan' telah membantu pelbagai negara mengurangkan kemalangan jalan raya, apakah komitmen Kementerian dalam mengikuti langkah terbabit.

25Mesyuarat PertamaLisan07/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah mekanisme untuk memastikan syarikat "e-hailing" tidak mengenakan atau naikkan harga dengan sesuka hati, ataupun pengguna harus melaporkan perkara ini kepada Tribunal Pengguna.

29Mesyuarat PertamaLisan07/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah komitmen kerajaan untuk memastikan industri teksi kekal berdaya saing.

58Mesyuarat PertamaLisan07/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kamera AES yang dipasang sehingga Mac 2019 dan berapakah jumlah saman AES yang direkodkan.

64Mesyuarat PertamaLisan07/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah kemalangan jalan raya. mengikut laporan pada tahun 2016 jumlah kenderaan sebanyak 27 juta dan dianggarkan pertambahan akan lebih mendadak pada tahun 2020. Pertambahan ini bukan sahaja boleh menyebabkan kesesakan malahan juga boleh berlaku kemalangan.

25Mesyuarat PertamaLisan06/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk menaik taraf pelabuhan Labuan sebagai pusat Transhipment Hub utama untuk wilayah Sabah dan Sarawak.

90Mesyuarat PertamaLisan06/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah hasil daripada pengumuman yang dijalankan selepas setiap penangguhan tren dan sebagainya, memandangkan bahasa dan terma-terma yang dijelaskan kepada orang awam teramat teknikal dan tidak mudah difahami.

40Mesyuarat PertamaLisan06/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi meningkatkan hukuman terhadap pelaku kesalahan jalan raya sehingga menyebabkan kematian terutamanya memandu di bawah pengaruh dadah.

70Mesyuarat PertamaLisan06/05/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah langkah yang diambil untuk membantu atau menampung kos-kos pengendalian yang tinggi oleh pengusaha-pengusaha bas tempatan (Stage Bus Operators) di Kawasan luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan rapid, LRT, MRT dan lain-lain jenis perkhidmatan awam.


93Mesyuarat PertamaLisan06/05/2019Papar Jawapan
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hasil laporan terkini siasatan kes pesawat MH17.


40Mesyuarat PertamaLisan30/04/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bagaimana Kementerian hendak menyelesaikan masalah kini yang membelenggu pengangkutan awam seperti yang dinyatakan dalam "Public Transport Master Plan", serta bagaimanakah Kementerian akan menjamin keselamatan kepada para pengguna.

19Mesyuarat PertamaLisan30/04/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat sebarang perancangan dari pihak Kementerian untuk menambah bilangan kamera AWAS (Automated Awareness Safety System) di jalan-jalan negeri dan persekutuan.

27Mesyuarat PertamaLisan25/04/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tentang harga tiket kapal terbang MASWINGS yang diberikan subsidi oleh Kementerian Pengangkutan tetapi merupakan harga tiket kapal terbang paling mahal dalam negara dari Labuan - Kota Kinabalu - Labuan (Sehala RM196.00).

75Mesyuarat PertamaLisan25/04/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah daftar kenderaan di seluruh negara dan berapakah jumlah kenderaan yang tidak aktif atau tidak mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang sah bagi tempoh hingga Mac 2019.

62Mesyuarat PertamaLisan24/04/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah saman kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh warga asing dan bagaimana Kerajaan memastikan kutipan saman ini dilangsaikan sebelum mereka meninggalkan Malaysia.

54Mesyuarat PertamaLisan24/04/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan dan adakah cadangan untuk menjadikannya pintu masuk serantau yang baharu.

67Mesyuarat PertamaLisan24/04/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian akan benar-benar mengharamkan penggunaan lampu 'xenon' kereta (xenon headlights) yang menyumbang kepada kemalangan di atas jalan raya pada waktu malam.

40Mesyuarat PertamaLisan24/04/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan  meminda peraturan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi membenarkan golongan kelainan upaya (OKU) menjadi pemandu perkhidmatan ehailing.

80Mesyuarat PertamaLisan24/04/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah inisiatif My100 berjaya meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan berapa kos yang telah dibelanjakan untuk perlaksanaan My100.

95Mesyuarat PertamaLisan23/04/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan inisiatif bagi mengurangkan kos pengangkutan awam darat kepada pengguna terutamanya pada musim cuti panjang.

3Mesyuarat PertamaLisan22/04/2019Papar Jawapan

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan data statistik mengikut negeri bagi jumlah kenderaan jenis kereta elektrik dan kereta "hybrid plug in charging" di Malaysia.


16Mesyuarat PertamaLisan22/04/2019Papar Jawapan
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memajukan dan menambahbaik system pengangkutan awam di seluruh Negara. Apakah sasaran penggunaan pengangkutan awam yang telah ditetapkan menjelang 2020 memandangkan bilangan kenderaan semakin meningkat.



Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device