Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua


  
  
  
  
Soalan
  
LisanMesyuarat Kedua811/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian akan mengkaji semula pemberhentian penerbangan MASwings bagi laluan Kota Kinabalu- Sandakan dan Kota Kinabalu-Tawau berkuat kuasa 1 Januari 2019 ini, yang akan menjejaskan industri pelancongan di Sabah.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua5111/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah dan tindakan Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan pemandu teksi yang terjejas teruk akibat pengenalan kereta sewa 'e-hailing'.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua4810/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah kutipan yang dibuat oleh Kerajaan melalui pungutan cukai jalan kenderaan bermotor dan berapakah jumlah peruntukan dari sumber tersebut digunakan untuk membina dan menyelenggarakan rangkaian jalan raya di seluruh negara.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua5010/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah mengatasi kemelut antara pemandu teksi dan pemandu 'e-hailing' yang seolah-olah tiada kesudahan hingga ke hari ini.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua6310/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status pelaksanaan projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua707/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan untuk mengatasi masalah tahap pengguna yang rendah terhadap Mass Rapid Transit (MRT3) berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Center for Governance and Political Studies (Cent-GPS).

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua4206/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bagaimanakah JPJ dan APAD dapat menguatkuasakan agar kenderaan komersial seperti bas dan lori dipandu tidak melebihi had laju yang dibenarkan dan membendung perlakuan pemandu-pemandu kenderaan ini memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut pengguna jalan raya lain.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua4606/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah lalu lintas di Negeri Pulau Pinang.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua5206/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan merancang untuk membina sebuah lapangan terbang baru di Miri, Sarawak yang bertaraf antarabangsa untuk meningkatkan kapasiti dan mendorong industri pelancongan dan apakah pelan Kerajaan dalam usaha mengadakan lebih banyak penerbangan terus dari negara-negara luar seperti Indonesia, China dan lain-lain ke Miri, Sarawak.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua905/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk meningkatkan kapasiti untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua405/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Lapangan Terbang Pengkalan Chepa berpotensi dijadikan Bandaraya Aeropolis pada masa hadapan. Apakah Kerajaan bersetuju bahawa Kerajaan sebelum ini telah mendiskriminasikan Kelantan dalam soal pembangunan infra seperti yang berlaku kepada Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua1305/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan seterusnya ke atas Marina Jabatan Marin Pulau Matagor Pangkor selepas siasatan tim audit dilakukan pada September 2018.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua3305/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan nasib pekerja-pekerja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dari aspek perjawatan seperti gaji minimum dan status kontrak terutamanya pekerja peringkat pertengahan dan bawahan selepas dibubarkan.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua5505/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah terdapat kajian yang dijalankan mengenai tanda amaran had laju di semua lokasi-lokasi jalan raya yang dilihat tidak lagi relevan atau bersesuaian dengan pengguna jalan raya sekarang.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua2529/11/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada projek LRT (Light Railway Transit) akan dilaksanakan di Pulau Pinang.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua3727/11/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai mekanisme sewajarnya bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh Persatuan Teksi Limousin Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu yang terpaksa bersaing dengan teksi e-hailing seperti Grab walaupun Persatuan Teksi Limousin tersebut terpaksa membayar RM 11,000 setiap bulan kepada Malaysia Airport Berhad.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua227/11/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah tambang bas akan dinaikan 30% seperti mana yang digesa oleh syarikat bas kerana kos operasi yang tinggi, dan langkah yang akan diambil untuk Kementerian untuk mengatasi masalah kenaikan tambang. Berikutan keadaan pengangkutan bas yang semakin teruk dan sikap pemandu bas yang tidak mengikuti peraturan jalan raya yang semakin terjadi-jadi, apakah langkah kementerian untuk memperbetulkan keadaan ini.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua1226/11/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan statistik kemalangan jalan raya dan menjelaskan punca-puncanya.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua722/11/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menaik taraf pelabuhan Labuan yang sebenarnya berpotensi untuk menjadi regional entrepot. Pada masa ini, Pelabuhan Merdeka Labuan yang sudah tua dan sesak itu sudah tidak sesuai untuk terus berada di kawasan bandar.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua4121/11/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Menteri Pengangkutan boleh melarang kedai-kedai basikal dan bengkel-bengkel basikal mengubahsuai basikal sebagai “basikal lajak/nyamuk”

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua1419/11/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kesediaan untuk mengkaji semula penggunaan Hentian Greenwood yang dihentikan terutama penggunaan bas daripada Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua319/11/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mewujudkan satu sistem baru yang lebih telus seperti tempahan dan pembayaran nombor pendaftaran kenderaan baru dibuat secara atas talian terus atau direct online kepada orang ramai untuk mengelakkan keterlibatan pihak-pihak tertentu yang dilaporkan mengambil kesempatan atas penjualan nombor-nombor tersebut. Adalah juga diminta agar nombor pendaftaran kenderaan istimewa yang selalu mendapat permintaan tinggi dapat diberi harga siling (ceiling price) dalam pembelian terbuka kepada orang ramai.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua714/11/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kesesakan lalu lintas merupakan satu daripada masalah yang semakin meruncing di bandar-bandar utama di Sabah. Apakah perancangan Kerajaan Persekutuan untuk membantu Sabah menangani masalah ini dan berapakah peruntukan yang disediakan untuk tujuan ini.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua2614/11/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kaedah untuk meningkatkan kebajikan pemandu teksi dan mutu perkhidmatannya dan bagaimana persaingan yang sihat boleh diwujudkan dengan perkhidmatan e-hailing.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua4014/11/2018

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan usaha untuk membuka ruang udara negeri Sabah bagi menarik lebih banyak syarikat penerbangan asing beroperasi, bertujuan membangunkan industri pelancongan.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua414/11/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan dan langkah yang akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua213/11/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan statistik kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua401/11/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah pampasan yang telah dibayar kepada syarikat swasta yang menjadi pengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) setelah diambil alih oleh JPJ.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua2601/11/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status perlaksanaan Stage Bus Services Transformation (SBST) di Kuching. Nyatakan jangka masa dan tarikh pelaksanaan, jumlah keseluruhan kontrak, pelan terkini serta terperinci, perubahan dalam kontrak tersebut atas

permintaan kerajaan negeri Sarawak dan sebab kelewatan perlaksanaan projek tersebut.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua2030/10/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan: 

(a) apakah nasib penjawat awam di dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) apabila ia ditukar kepada APAD ; dan

(b) apakah bentuk pembangunan sektor pengangkutan awam darat yang telah dirangka atau dirancang oleh Kementerian sejurus Agensi ini dikuatkuasakan.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua930/10/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menyemak semula jadual perjalanan yang kurang sesuai bagi kereta api komuter dan Electric Train Service (ETS) dari Gemas ke Kuala Lumpur.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua729/10/2018

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah terbaik untuk memastikan syarikat penerbangan tidak menaikkan harga ketika musim perayaan.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua2629/10/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Tawau sebagai lapangan terbang antarabangsa untuk membolehkan lapangan terbang tersebut dapat menerima penerbangan terus antarabangsa berjadual memandangkan kawasan Pantai Timur Sabah sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan unggul.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua3325/10/2018

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru akan dibina bersama-sama pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA). Jelaskan model kewangan membabitkan swasta dalam projek penarafan

ini. Adakah bakal membabitkan pengambilan tanah.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua2124/10/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:


(a)apakah status terkini dan kesan penambahan penerbangan domestik pada musim perayaan bagi laluan Sibu-Kuala Lumpur, Sibu-Johor dan sebagainya untuk mengurangkan beban rakyat memandangkan harga tiket penerbangan melambung tinggi pada musim perayaan; dan

(b)apakah langkah lain yang akan diambil oleh Kerajaan jika penerbangan tambahan laluan-laluan ini masih tidak dapat mengatasi masalah harga tiket mahal.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua2424/10/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan: 

(a)Jumlah dan tempoh tertunggak yang terhutang kepada pengendali-pengendali di bawah Dana Sokongan Bas Interim Berperingkat (ISBSF) ; dan

(b)Status MyBas dan cadangan untuk penambahbaikan sistem pengangkutan bas awam khususnya industri bas berhenti-henti.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua523/10/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) (Sabah dan Sarawak) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mewajibkan para penumpang dan pemandu e-hailing berdaftar dengan dokumen pengenalan demi keselamatan kedua–dua belah pihak.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua822/10/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan setakat ini berapa ramaikah daripada 14,000 orang yang disyaki pemegang `lesen terbang’ telah menyerah diri dan daripada jumlah kira-kira 14,000 orang itu berapa ramaikah warga asing.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua818/10/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi memastikan sasaran melatih 3,000 profesional melalui penubuhan National Rail Centre of Excellence (NRCE) dapat diteruskan.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua2018/10/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a)apakah status terkini projek pembinaan lapangan terbang di Seri Iskandar dan bilakah cadangan pembinaan lapangan terbang ini akan dilaksanakan; dan

(b)adakah terdapat sebarang permasalahan pembinaan lapangan terbang ini.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua3916/10/2018

​Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status tunggakan cukai lapangan terbang Malindo Air kepada MAHB (Malaysia Airports Holding Berhad) yang dilaporkan mencecah nilai RM70 juta pada 2017.

Papar Jawapan

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device