Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama


  
  
  
  
Soalan
  
LisanMesyuarat Kedua523/10/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) (Sabah dan Sarawak) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mewajibkan para penumpang dan pemandu e-hailing berdaftar dengan dokumen pengenalan demi keselamatan kedua–dua belah pihak.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua822/10/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan setakat ini berapa ramaikah daripada 14,000 orang yang disyaki pemegang `lesen terbang’ telah menyerah diri dan daripada jumlah kira-kira 14,000 orang itu berapa ramaikah warga asing.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua818/10/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi memastikan sasaran melatih 3,000 profesional melalui penubuhan National Rail Centre of Excellence (NRCE) dapat diteruskan.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua2018/10/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a)apakah status terkini projek pembinaan lapangan terbang di Seri Iskandar dan bilakah cadangan pembinaan lapangan terbang ini akan dilaksanakan; dan

(b)adakah terdapat sebarang permasalahan pembinaan lapangan terbang ini.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua3916/10/2018

​Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status tunggakan cukai lapangan terbang Malindo Air kepada MAHB (Malaysia Airports Holding Berhad) yang dilaporkan mencecah nilai RM70 juta pada 2017.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama316/08/2018

​Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan pihak Kementerian untuk menaik taraf dan mengatasi masalah air pasang melimpah di Terminal Feri Kuala Kedah. 

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama1416/08/2018

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kemalangan maut sepanjang musim perayaan Hari Raya Puasa lalu dan dibuat perbandingan sejak 10 tahun lalu. Apakah pendekatan terbaru yang dilakukan oleh Kerajaan dalam mengurangkan kemalangan maut.




Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama5016/08/2018

​Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status cadangan Projek Lapangan Terbang baru Lawas.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama4416/08/2018

​Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah hidangan arak dalam pesawat MAS sejak tahun 1980. Mohon disenaraikan secara ringkas pendirian Kerajaan terhadap hidangan arak dalam pesawat MAS, setiap kali ianya dibangkitkan.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama2716/08/2018

​Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [ Tenggara ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jangkaan nilai subsidi yang perlu dibelanjakan oleh Kerajaan untuk membiayai pemberian pas pengangkutan awam bernilai RM100 kepada rakyat.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama1416/08/2018

​Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kemalangan di musim perayaan untuk jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Kuala Krai-Kota Bharu. Adakah Kerajaan bersetuju antara punca kemalangan ini diakibatkan oleh jalan raya yang sempit dan tidak lagi mampu menampung jumlah kenderaan yang banyak setiap kali musim perayaan.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama2916/08/2018

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) apakah status Pelabuhan Kemaman dan Pelabuhan Kuantan ketika ini beserta jenis dan saiz kendalian perniagaan (dalam nilai ringgit) oleh pelabuhan masing-masing setiap tahun; dan
(b) usaha membangunkan kedua-dua pelabuhan sebagai pintu masuk utama ke koridor Pantai Timur.


Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama14516/08/2018

​Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bersedia mempertimbangkan cadangan menghapuskan saman ekor dan saman AES.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama19216/08/2018

Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status tanah milik Keretapi Tanah Melayu dari Woodland hingga ke Tanjung Pagar di Singapura. Apakah faedah dan keuntungan yang Malaysia dapat apabila tanah-tanah milik Kerajaan Malaysia itu diserahkan kepada Singapura.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama25016/08/2018

​Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pihak Kerajaan akan meneruskan subsidi bagi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) dan apakah langkah baru Kerajaan bagi mengurangkan lagi kadar harga tiket penerbangan domestik dalam negeri Sarawak dan adakah RAS akan dibuka kepada syarikat penerbangan komersial yang lain bagi mewujudkan kompetitif dalam penyediaan perkhidmatan.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama17116/08/2018

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kementerian dalam menangani isu trafik yang serius di sekitar ibu kota dan apakah tindakan yang diambil untuk memperbaiki masalah tersebut. 

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama27616/08/2018

​Datin Mastura binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memastikan sistem komuter utara diperkenalkan sampai ke Ipoh dan singgah di Kuala Kangsar.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama31516/08/2018

​Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan bersedia meluluskan lapangan terbang antarabangsa yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Perak di Bagan Serai (Utara Malaysia Airport Terminal) atau sebagai alternatif di Seri Iskandar, Perak.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama31816/08/2018

​Dato’ Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia menjadikan Lumut Maritime Terminal, Kg. Acheh atau pelabuhan Vale di Teluk Rubiah satu pelabuhan yang mengendalikan muatan ‘container’ dan membina satu landasan rail menyambungkan pelabuhan tersebut ke kawasan perindustrian di Lembah Kinta untuk menjana ekonomi negeri Perak.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama34216/08/2018

​Dato' Dr. Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rasional pihak Kerajaan menghentikan siasatan ke atas kehilangan pesawat MH370. Adakah tindakan ini dilihat selari dengan pendirian pemimpin Kerajaan pada hari ini yang sebelum ini bersungguh-sungguh mengutarakan isu keselamatan dan kedaulatan negara yang mesti diutamakan.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama37516/08/2018

​Dr. Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah penambahbaikan secara menyeluruh untuk menaik taraf dan meningkatkan kualiti pengangkutan awam bagi kes-kes yang amat mendesak seperti di Melaka.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama38916/08/2018

Dato' Seri Dr. Santhara [ Segamat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam memastikan had penggunaan cermin gelap ini dikawal memandangkan ramai pemandu-pemandu GRAB yang gagal mematuhi larangan cermin gelap yang melebihi had sehingga menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama40816/08/2018

​Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam menambah baik sistem pengangkutan awam darat terutamanya di sekitar Lembah Klang apabila projek MRT3 dibatalkan yang mampu memberi manfaat kepada rakyat setempat. 

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama42816/08/2018

​Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status dan lokasi-lokasi pemasangan sistem kamera AES (Automated Enforcement System) di seluruh Malaysia. Berapakah jumlah saman AES telah dikeluarkan sejak perlaksanaannya dan nyatakan jumlah kompaun yang telah dibayar oleh pesalah-pesalah.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama43616/08/2018

​Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengamalkan dasar membenarkan sistem Penerbangan Malaysia (MAS) juga melaksanakan operasi tambang murah seperti yang diberikan kepada AirAsia.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama44316/08/2018

YB Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan menambah trip perkhidmatan ETS khasnya antara Taiping/Kuala Lumpur dan Taiping/Bukit Kayu Hitam.


Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama44716/08/2018

​Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan Kementerian dalam usaha menambah baik dan meningkatkan pengangkutan komersial/barangan dengan keretapi demi mengurangkan kos pengangkutan komersial dan kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan.

Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama45716/08/2018

​Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) fungsi utama dan misi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan apakah perbezaan signifikasi APAD berbanding dengan SPAD sebelum ini; dan

(b) adakah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bergabung dengan APAD bagi membentuk entiti baharu.


Papar Jawapan
Bukan LisanMesyuarat Pertama46816/08/2018

​Tuan Willie anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada terdapat apa-apa peranan atau kuasa di bawah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak yang dialihkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sepertimana yang berlaku pada pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama2315/08/2018

​Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pendekatan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah monopoli oleh PUSPAKOM dan senaraikan pemegang saham utama syarikat tersebut.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama714/08/2018

​Laksamana Muda Dato' Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah (B) [ Port Dickson ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan-rancangan atau langkah-langkah yang telah diambil mengikut Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) dalam membina semula rangkaian landasan kereta api dari Seremban ke Port Dickson. 


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama1314/08/2018

​YB Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejak bulan Jun 2018, perkhidmatan kereta api elektrik berhenti di stesen Sungai Siput (U) 2 kali sehari. Difahamkan sebelum ini 4 kali sehari. Tindakan mengurangkan waktu perjalanan dari 4 kali sehari kepada 2 kali sehari mengundang kemarahan pengguna-pengguna yang bergantung sepenuhnya menjejaskan jadual perjalanan mereka.Nyatakan penjelasan sebab-sebab waktu perjalanan dikurangkan. Adakah Kerajaan akan mempertimbangkan semula waktu perjalanan kembali kepada 4 kali sehari.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama1514/08/2018

​Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI PENGANGKKUTAN menyatakan adakah projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) juga hanya ditangguhkan dan bukannya dibatalkan kerana menelan perbelanjaan yang besar pada waktu ini seperti projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan berkemungkinan akan dilaksanakan pada masa depan. Bagaimana Kerajaan menilai sesuatu projek itu wajar dilaksanakan atau tidak.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama3213/08/2018

​Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status penaiktarafan Pelabuhan Sepanggar dengan anggaran RM 1 bilion yang diumumkan terdahulu.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama3813/08/2018

​Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Fuh [ Sandakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini projek naik taraf Pelabuhan Sepanggar yang dijangka mengambil kos sebanyak RM 1 bilion.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama4013/08/2018

​Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- 

(a) untuk tujuan apakah Malaysian Aviation Commission (MAVCOM) mengutip tambahan RM1 dari setiap tiket penerbangan sedangkan Malaysia Airport MASB sudah meletakkan cukai penerbangan yang tinggi; dan

(b) mengapakah Malaysian Aviation Commission (MAVCOM) melantik International Air Transport Association (IATA) untuk mengutip cukai tersebut.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama4713/08/2018

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk melaksanakan dengan segera projek memperlebarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang termasuk pembinaan tempat parkir kereta bertingkat yang baru kerana semua kemudahan yang sedia ada tidak mampu menampung peningkatan pelancong yang makin meningkat.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama2609/08/2018

​Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian untuk menaik taraf atau meningkatkan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan di semua lapangan terbang seluruh negara terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama4809/08/2018

​Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah implikasi negatif ekonomi dan sosial yang berlaku apabila Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa masih gagal dinaiktaraf sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa. Apakah kemajuan terkini projek pembesaran LTSIP. 

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama6409/08/2018

​Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai rancangan untuk menambah bilangan feri yang sedang beroperasi di Pulau Pinang sejurus dengan peningkatan penduduk yang menggunakan perkhidmatannya.

Papar Jawapan
Kamar KhasMesyuarat Pertama208/08/2018

​Tuan Yang di-Pertua, 


Saya menerima banyak aduan terhadap pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). KKIA merupakan gerbang utama untuk kemasukan pelancong dari luar negara, and ia adalah amat penting untuk menjaga imej negara kita amnya dan negeri Sabah khususnya. Untuk makluman, pertumbuhan pelancong antarabangsa dari tahun 2016 ke tahun 2017 ialah 9.4%, di mana 1.2 juta pelancong asing telah melawat ke Sabah pada tahun tersebut. Jumlah pelancong juga meningkat dari 3.4 juta pada tahun 2016 kepada 3.7 juta pada tahun 2017, kadar pertumbuhan sebanyak 7.5%. 

Dengan demikian, beberapa isu harus ditangani di KKIA. Pertama, kaunter Imigresen dan stafnya adalah tidak cukup untuk menampung keperluan yang semakin bertambah. Terdapat 10 kaunter Imigresen sedia ada. Namun, selalu terima aduan bahawa pembukaannya tidak cukup pada masa 'peak hour'. 

Kedua, maklumat atau paparannya kurang jelas untuk memaklumkan pelancong asing, terutama dari China dan Taiwan, yang kurang fasih Bahasa Malaysia dan Inggeris, sampai wujudnya kes lupa 'chop'i kaunter Imigresen setibanya sampai di KKIA, seperti kes dua adik-beradik dari Taiwan tertahan kerana masuk tidak melalui kaunter Imigresen dengan betul yang baru-baru berlaku pada hujung minggu lalu. Saya menyarankan bahawa petanda haruslah lebih jelas untuk tunjuk jalan. 

Selain dari itu, pada pandangan peribadi saya, kawalan trafik dengan meletakkan tiang keselamatan pembahagi jalan di sepanjang jalan masuk KKIA, tidak mendatangkan faedah tapi menyusahkan pengguna KKIA. Harap pihak pengurusan KKIA akan mengkaji semula. 

Sekian, terima kasih.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama408/08/2018

​Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pakaian pramugari MAS sesuai dengan imej Malaysia yang agama rasminya adalah Islam. Nyatakan jenis-jenis pakaian pramugari MAS serta aspek pelanggaran syariah yang dikenalpasti. 

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama1108/08/2018

​Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status projek naik taraf lapangan terbang Sandakan yang telah diumumkan oleh mantan Perdana Menteri pada Mei 2017.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama2507/08/2018

​Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pendirian Kerajaan terhadap Automated Enforcement System (AES) yang dikritik hebat sebelum ini, adakah penggunaannya akan diteruskan atau bakal dihapuskan.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama2607/08/2018

YB Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:

(a) bilakah projek naik taraf landasan KTM di Lembah Klang dan Pantai Timur akan lengkap dilaksanakan, kenapa kelewatan ; dan

(b) syarikat mana dan berapa kos yang terlibat setiap satu projek ini


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama4907/08/2018

​Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah implikasi kecekapan pengurusan dan kewangan yang dihadapi oleh pihak Kementerian terhadap cadangan bagi menggantikan Suruhanjaya Awam Darat (SPAD) kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama6307/08/2018

​Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan berhasrat menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu sebagai lapangan terbang antarabangsa, memandangkan lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang domestik yang tersibuk dalam negara.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama7007/08/2018

​Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) pada ketika ini dan bilakah ianya akan mula dikuatkuasakan.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama5006/08/2018

​Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perincikan pelan pembesaran Swettenham Pier termasuk bagaimanakah ia bakal melibatkan penggunaan tanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang di lokasi tersebut. Perincikan juga jumlah pelaburan Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) dalam memantapkan perkhidmatan feri Pulau Pinang.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama3702/08/2018

​Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pelan alternatif Kementerian dalam meningkatkan kecekapan jaringan pengangkutan awam setelah membatalkan beberapa projek mega yang telah dirancang dan dirangka sebelum ini. 

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama1302/08/2018

​Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pihak Kerajaan mempunyai niat untuk mengintegrasikan perkhidmatan yang disediakan oleh Puspakom ke bahagian Jabatan Pengangkutan Jalan (seperti sebelumnya) atau membiarkan syarikat lain untuk memberikan perkidmatan yang sama supaya Puspakom tidak akan memonopoli seluruh peniaga. 

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama702/08/2018

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status perlaksanaan Stage Bus Services Transformation (SBST) di Kuching. Nyatakan jangka masa tarikh perlaksanaan, pelan terkini serta terperinci, syarikat-syarikat yang terlibat dan peranan setiap syarikat tersebut termasuk jumlah yang akan dibayar mengikut kontrak. 

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama502/08/2018

​Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-


(a) adakah SPAD masih menjalankan kerja-kerja seperti dahulu walaupun pengumuman dibuat, SPAD dimansuhkan ; dan

(b) bila Akta yang menubuhkan SPAD akan dimansuhkan dan berapa pegawai dan kakitangan SPAD yang terlibat bila SPAD dimansuhkan.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama231/07/2018

​Brig Jen Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rasional dan implikasi dari pelbagai segi meliputi kewangan, kadar penggunaan pengangkutan awam, impak ekonomi susulan, kesesakan jalan raya, jaringan pertumbuhan bandar, keselesaan pengguna dan aspek lain daripada pembatalan projek pengangkutan awam seperti Mass Rapid Transit (MRT) 3.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama1031/07/2018

​Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bersedia mempertimbangkan cadangan penurunan cukai jalan bagi kenderaan persendirian rakyat awam berbanding kenderaan berat dan perdagangan yang sering merosakkan jalan raya.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama4031/07/2018

​Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diserap masuk ke Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau dibatalkan kontrak kerja mereka serta-merta.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama6431/07/2018

​Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah hutang terakru kepada Malaysian Airport Holdings Bhd. Berapa jumlah hutang yang masih terhutang oleh syarikat AirAsia kepada Malaysia Airport Holdings Bhd. dan apa tindakan wajar yang akan diambil untuk menuntut hutang tersebut.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama2230/07/2018

​Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Permatang Pauh] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-


a) Tahap penguatkuasaan sistem pendaftaran dan pembayaran gaji pemandu e-hailing; dan

b) Perancangan Kementerian untuk memastikan tahap kebajikan para pemandu teksi Konvensional terjaga, selari dengan pendekatan terhadap pemandu e-hailing. 



Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama2430/07/2018

​Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kesediaan Kementerian mengkaji semula undang-undang berkaitan teksi motosikal sebagai sebahagian daripada penyelesaian kilometer terakhir (final kilometer solution) seperti yang diamalkan di bandaraya seperti Bangkok, Thailand dan Jakarta, Indonesia. 

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama3030/07/2018

​Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan  perkembangan kelulusan permohonan rangkaian  Transit Aliran Ringan (LRT) fasa pertama Pelan Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang dihantar sejak tahun 2016.  Nyatakan sebab sekiranya ia masih belum mampu diluluskan.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama5830/07/2018

​Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tentang penguatkuasaan terhadap kenderaan asing yang mengambil kesempatan membawa penumpang ke negara kita sehingga menjejaskan pendapatan kereta sewa/teksi penduduk tempatan. 

Papar Jawapan
Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriMesyuarat Pertama126/07/2018

​Tuan Ahmad bin Hassan [Papar] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan susulan daripada cadangan AirAsia untuk memindahkan semula operasinya ke Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan perancangan AirAsia untuk memulakan penerbangan dari Kota Kinabalu ke India, China, Jepun, Korea dan Australia. Apakah pendirian Kerajaan dalam perkara ini.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama226/07/2018

​Dato' Sri Mustapa bin Mohamed [ Jeli ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa akan dimulakan dan apakah cadangan untuk menangani kesesakan di lapangan terbang tersebut sebelum projek ini siap.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama1526/07/2018

​Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan projek pembinaan lapangan terbang di Seri Iskandar seperti yang dirancang oleh Kerajaan sebelum ini.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama4126/07/2018

Dato' Sri Hasan Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah pembinaan landasan kapal terbang baru dapat dibina di Pulau Tioman, Pahang dan berapakah kosnya.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama6526/07/2018

​Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mempertimbangkan untuk mengenakan lesen kenderaan motor (cukai jalan) berdasarkan berat kenderaan berbanding berdasarkan jenis enjin seperti pelaksanaan sekarang.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama6626/07/2018

​Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status projek Pembinaan BRT di Bandaraya Kota Kinabalu yang terkini. Adakah Kerajaan Persekutuan akan teruskan projek ini memandangkan sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu adalah amat diperlukan.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama3024/07/2018

​Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan peranan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang terkini setelah diubah daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama1924/07/2018

​Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan penjimatan kos dan faedah pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan penggantiannya dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama3724/07/2018

Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci status kelulusan lapangan terbang antarabangsa yang baharu untuk negeri Perak yang mana telah diumumkan oleh Kerajaan Perak pada tahun 2017. Berapakah kos yang dijangka terlibat dan siapa yang akan menanggung kos tersebut.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama6924/07/2018

​Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan menyatakan status dan perkembangan terkini projek Pelabuhan Melaka Gateway dan Pelabuhan Pulau Carey.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama2523/07/2018

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) kepada kapasiti 12 juta penumpang akan dimulakan. Perincikan kos dan keluasan kawasan pembesaran termasuk pengambilan tanah. 

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama6323/07/2018

​Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) berapakah jumlah subsidi yang disalurkan kepada MASwings untuk setiap tahun sejak Kerajaan menandatangani kontrak dengan MASwings bagi menyediakan perkhidmatan udara ke kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak; dan

(b) senaraikan jumlah peruntukan yang disalurkan untuk setiap laluan bagi tahun 2017 dan 2018.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama4519/07/2018

​Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:- (a) sama ada Kementerian membenarkan syarikat penerbangan lain (selain daripada MASwings) untuk menyediakan perkhidmatan udara (domestik dalam Sarawak) seperti Sibu ke Kota Kinabalu, Sibu ke Miri, Sibu ke Bintulu dan sebagainya; dan (b) bilakah AirAsia dapat menyediakan perkhidmatan udara untuk laluan Sibu ke Kota Kinabalu memandangkan AirAsia telah bersetuju dan berminat untuk menyediakan perkhidmatan tersebut.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama5719/07/2018

​Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk merealisasi pembangunan sebuah pelabuhan di Tumpat sebagaimana yang dijanjikan oleh Kerajaan UMNO BN terdahulu semenjak 1969.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama7419/07/2018

​Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- 

(a) sama ada Institut Memandu (IM) boleh mengenakan bayaran ujian memandu yang lebih tinggi sekiranya IM diarahkan memasang kamera di papan pemuka; dan 

(b) sama ada setiap pelajar yang mengambil ujian memandu masih wajib membeli buku teks Kurikulum Pendidikan Pemandu selepas Kerajaan menamatkan kontrak dengan MyEG pada bulan Jun 2018.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama4819/07/2018

​Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah institut latihan memandu di seluruh negara yang dikesan mengenakan bayaran melebihi kadar yang ditetapkan pihak Kementerian dan apakah tindakan yang dilakukan terhadap institut latihan memandu yang terlibat.

Papar Jawapan
Kamar KhasMesyuarat Pertama119/07/2018

Tuan Yang di-Pertua,

 Saya ingin membangkitkan isu imej Lapangan Terbang Sibu yang semakin buruk. Hal ini boleh menjejaskan industri pelancongan di Sibu kerana lapangan terbang memberi imej pertama kepada pelancong.

 Dalam usaha memperbaiki Lapangan Terbang Sibu oleh Malaysia Airports Berhad (MAB), terdapat beberapa isu berkenaan yang harus diambil perhatian:

(a)     Kebersihan tandas di Lapangan Terbang Sibu sentiasa diabaikan. Banyak aduan telah diterima mengenai kekotoran tandas. Selepas difahami, kontraktor yang berkenaan tidak melaksanakan tugas dnegan sempurna dan sentiasa mengabaikan arahan pihak MASB Sibu. Kontraktor tersebut ialah Gasing Gemilang Sdn. Bhd., iaitu kontraktor yang sama bagi Kota Kinabalu International Airport dan Kuching International Airport. Kontraktor ini telah dilaporkan tidak bertanggungjawab dan tidak membayar EPF untuk kakitangan. 

 (b)     destinasi penerbangan dari Sibu masih kurang dan terhad. Isu ini menyebabkan pelancong tidak berapa minat dengan datang ke Sibu kerana tidak banyak pilihan penerbangan dari Sibu selepas persinggahan mereka di Sibu. Sibu dengan lokasinya di Sentral Sarawak yang amat strategik, seharusnya dilengkapi dengan lebih banyak laluan penerbangan, tidak kira dalam negeri atau luar negeri; dan

 (c)     Harga tiket penerbangan dari Sibu ataupun ke Sibu masih lagi tinggi pada musim perayaan dan musim cuti sekolah. Hal ini tidak saja mempengaruhi rakyat di Sibu, ia juga akan menjejaskan industri pelancongan kerana pelancong tidak ingin membayar tiket penerbangan yang tinggi.

 Saya menggesa YB. Menteri Pengangkutan untuk memerhatikan isu-isu seperti yang dinyatakan di atas dan menguatkuasakan undang-undang tertentu. Saya menggesa YB. Menteri Pengangkutan untuk bekerja rapi dengan Malaysian Aviation Commission (MAVCOM) dan berunding dengan syarikat penerbangan tentang isu menetapkan harga tiket penerbangan terutamanya pada musim perayaan dan cuti sekolah. Saya juga menggesa YB. Menteri Kewangan untuk menyiasat kes Syarikat Gemilang Sdn. Bhd. yang dilaporkan tidak membayar EPF untuk kakitangan.

 

Sekian, terima kasih. 


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama7118/07/2018

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan sama ada terdapat sistem aduan bagi pelajar untuk
mengemukakan aduan terhadap penguji (tester) yang menggagalkan
mereka dengan sengaja dalam ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sekiranya terdapat mekanisme tersebut :-
(a) siapakah yang mengetuai unit siasatan dan berapa lamakah
proses siasatan tersebut dapat disiapkan; dan
(b) nyatakan jumlah kes aduan terhadap penguji yang menggagalkan
pelajar secara sengaja yang diterima oleh JPJ sejak tahun 2013
hingga sekarang.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama5318/07/2018

​Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha Kementerian dalam membangunkan industri maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama5818/07/2018

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan strategi dan rancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang Kementerian untuk menyelesaikan atau mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di negeri-negeri di luar Selangor dan Kuala Lumpur seperti Melaka.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama718/07/2018

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) apakah status kajian yang telah dijalankan oleh MAVCOM untuk
mengkaji sama ada harga siling dapat dikenakan ke atas harga
tiket penerbangan terutama pada musim perayaan; dan

(b) apakah langkah lain yang dapat digunakan untuk menurunkan
harga tiket penerbangan pada musim perayaan terutama dari
Sibu ke Kuala Lumpur dan Sibu ke Johor serta penerbangan
domestik di dalam negeri Sarawak yang dikendalikan oleh
MASwings.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama6018/07/2018

​Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah inisiatif serta mekanisme yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengurangkan kesesakan jalan raya terutamanya pada musim perayaan.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama5418/07/2018

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Kementerian dijangka akan melaksanakan projek-projek yang boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang seperti pembinaan LRT (Light Rail Transit) dari Georgetown ke Seberang Perai seperti yang dijanjikan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 14.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Pertama4218/07/2018

​Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tindakan yang sedang diambil untuk menandingi gejala rasuah yang berlaku di PUSPAKOM dan adakah Kementerian bercadang mengambil alih tugas ujian kenderaan daripada PUSPAKOM.


Papar Jawapan