Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman
  
  
  
  
Soalan
  
  
Mesyuarat KeduaLisan20/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kadar kiraan penetapan harga tambang bas dan van sekolah yang membebankan ibu bapa kerana kadar kenaikan tambang berlaku hampir setiap tahun.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah yang diambil bagi menangani masalah pemandu lori yang positif dadah seperti kes pemandu lori yang membawa besi terbabas berdekatan terowong Menora pada 7/10/18. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian ke atas pemilik kenderaan berat atau majikan pemandu yang didapati memandu di bawah pengaruh bahan yang memabukkan.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:

(a) adakah telah dimuktamadkan isu perjawatan kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD); dan

(b) adakah benar wujudnya ketidakadilan dari segi perjawatan yang menyentuh isu status pekerja, pemotongan gaji, tangga gaji yang ditawarkan serta lokasi penempatan baru.


Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat kajian laluan perkapalan yang telah, sedang dan berpotensi untuk menggunakan pelabuhan-pelabuhan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Apakah statistk penggunaan perkapalan bagi pelabuhan-pelabuhan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha Kerajaan bagi menyelamatkan dan memperkasakan industri perkhidmatan teksi dalam mendepani cabaran teksi 'e-Hailing'.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sedarkah Kementerian dilema yang dihadapi oleh bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkaitan isu perjawatan yang tidak adil dan tanpa arah tuju yang jelas di mana status diberi bertaraf kontrak, tangga gaji minimum P1TI, gaji pokok dipotong sehingga 60% dari gaji asal serta penempatan yang tidak jelas.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan19/12/2018

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah bentuk tindakan undang-undang yang dikenakan kepada penunggang motosikal yang tidak menggunakan laluan motosikal di lebuh raya yang menyediakan laluan motosikal.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan inovasi dalam industri pengangkutan bagi menggalakkan lagi penggunaan pengangkutan awam di negara ini.  

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana pendekatan dan perancangan yang perlu dimainkan oleh Kerajaan bagi memastikan desakan pemandu-pemandu teksi Lembah Klang ini ditangani dengan baik seiring dengan liberalisasi pengangkutan e-Hailing.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan18/12/2018

​Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah alternatif Kerajaan bagi mempertingkatkan sistem jaringan pengangkutan awam ke Kelantan seandainya Projek ECRL dibatalkan.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan18/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana Kementerian telah menunaikan manifesto Janji No.8 iaitu membaiki kualiti dan liputan pengangkutan awam.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan18/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan bilangan tempat letak kereta berdekatan stesen KTM/MRT di Kajang. Apakah yang menghalang Kementerian dari menambah tempat letak kereta dengan membina parkir bertingkat di atas tanah milik KTMB berhadapan Masjid India di Jalan Reko, Kajang.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan17/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terkini pencarian kehilangan kapal terbang MH370 termasuk tuntutan-tuntutan yang ditanggung Kerajaan.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan17/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia melaksanakan cadangan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ke Kelantan seperti mana yang sudah beroperasi di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan17/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini pencarian pesawat MH370 selepas beberapa siri pencarian dengan kerjasama beberapa negara menemui kegagalan.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan13/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan serta langkah yang telah diambil mengikut Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) dalam menaik taraf rangkaian landasan serta mutu perkhidmatan kereta api di seluruh negara agar menjadi satu pengangkutan alternatif kepada rakyat.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan13/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status pelaksanaan 'Bus Rapid Transit' bagi Kota Kinabalu untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandar raya dan berapakah peruntukan yang telah digunakan setakat ini selepas pengumuman Bajet sebanyak RM1 bilion oleh Kerajaan terdahulu.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan13/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jika ada usaha-usaha untuk melihat semula pemberian lesen-lesen 'trans-shipment' kepada syarikat-syarikat sedia ada. Adakah wujud kuasa monopoli di Sabah dan Sarawak jika keadaan masa kini dikekalkan.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan12/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan lapangan  terbang Antarabangsa Kulim seperti yang pernah dicadangkan oleh Menteri Besar Kedah pada satu ketika dahulu.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan12/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk membantu Kerajaan Negeri Sabah untuk mewujudkan syarikat penerbangan domestik bagi membolehkan lebih banyak penerbangan tempatan menghubungkan bandar-bandar utama di Sabah.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan12/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk membatalkan permit-permit teksi yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat dan diberikan terus kepada pemandu teksi secara individu. Apakah langkah-langkah Kerajaan dalam membantu pemandu-pemandu teksi yang kebanyakan mereka adalah pesara Kerajaan.  

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan12/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan keberkesanan kurikulum lesen memandu bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan12/12/2018

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan langkah-langkah penguatkuasaan Kerajaan terhadap isu rasuah di dalam pengeluaran lesen memandu.


Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan04/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah persediaan dan hala tuju MAHB dalam merangka penerbitan REIT Lapangan Terbang Pertama di dunia dan apakah REIT ini ianya tidak memberi impak kepada Caj Perkhidmatan Penumpang Penerbangan (PSC).

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan04/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status permohonan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk melantik warden trafik lalulintas.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan04/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah laporan 'feasibility study' yang menyatakan projek MRT tidak perlu diperluaskan akan dibentangkan dan diteliti oleh orang ramai, serta apakah rancangan induk pengangkutan yang akan dilaksanakan dalam 10 tahun akan datang.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan04/12/2018

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berdasarkan Laporan Centre for Governance and Political Studies, didapati hanya satu sahaja hospital Kerajaan yang berada dalam lingkungan 1 km dari stesen MRT walhal terdapat banyak pusat membeli belah dan komersil yang mempunyai sambungan terus ke stesen. Apakah tindakan Kementerian dalam menangani kelompangan ini bagi memastikan kemudahan MRT dapat memberikan faedah kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan03/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah mekanisme terbaik yang dilakukan oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah pertikaian antara teksi dan 'Grab'.

Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan03/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:


(a) apakah pelan tindakan Kementerian untuk memperkembangkan perkhidmatan bas percuma seperti GoKL City Bus dan PJ City Bus supaya lebih ramai penduduk bandar dapat menikmati perkhidmatan pengangkutan awam sedemikian; dan

(b) bagaimanakah Kementerian menyelaraskan kepelbagaian perhentian bas seperti bas pengantara MRT, bas RapidKL, bas percuma GoKL dan sebagainya di sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur, kerana kekeliruan timbul akibat daripada kekurangan petunjuk perhentian bas yang jelas dan agak banyak laluan perkhidmatan bas yang berulang.


Papar Jawapan
  
Mesyuarat KeduaLisan03/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berdasarkan Laporan Centre for Governance and Political Studies, hanya stesen MRT selepas Sri Raya menghala ke Kajang sahaja mempunyai kawasan perumahan dengan nilai median RM400 per kaki persegi yang mampu dimiliki oleh golongan M40, manakala kawasan perumahan di stesen selebihnya (Sri Raya ke Sungai Buloh) dikatakan tidak mampu dimiliki. Apakah langkah yang akan diambil untuk memastikan lebih ramai golongan M40 boleh menikmati kemudahan MRT ini.

Papar Jawapan

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device