Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Soal Jawab Parlimen (Dewan Negara)


  
  
  
  
Soalan
  
Mesyuarat Kedua12Lisan20/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kadar kiraan penetapan harga tambang bas dan van sekolah yang membebankan ibu bapa kerana kadar kenaikan tambang berlaku hampir setiap tahun.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua7Lisan19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah yang diambil bagi menangani masalah pemandu lori yang positif dadah seperti kes pemandu lori yang membawa besi terbabas berdekatan terowong Menora pada 7/10/18. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian ke atas pemilik kenderaan berat atau majikan pemandu yang didapati memandu di bawah pengaruh bahan yang memabukkan.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua12Lisan19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:

(a) adakah telah dimuktamadkan isu perjawatan kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD); dan

(b) adakah benar wujudnya ketidakadilan dari segi perjawatan yang menyentuh isu status pekerja, pemotongan gaji, tangga gaji yang ditawarkan serta lokasi penempatan baru.


Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua19Lisan19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat kajian laluan perkapalan yang telah, sedang dan berpotensi untuk menggunakan pelabuhan-pelabuhan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Apakah statistk penggunaan perkapalan bagi pelabuhan-pelabuhan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua36Lisan19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha Kerajaan bagi menyelamatkan dan memperkasakan industri perkhidmatan teksi dalam mendepani cabaran teksi 'e-Hailing'.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua40Lisan19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sedarkah Kementerian dilema yang dihadapi oleh bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkaitan isu perjawatan yang tidak adil dan tanpa arah tuju yang jelas di mana status diberi bertaraf kontrak, tangga gaji minimum P1TI, gaji pokok dipotong sehingga 60% dari gaji asal serta penempatan yang tidak jelas.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua59Lisan19/12/2018

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah bentuk tindakan undang-undang yang dikenakan kepada penunggang motosikal yang tidak menggunakan laluan motosikal di lebuh raya yang menyediakan laluan motosikal.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua66Lisan19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan inovasi dalam industri pengangkutan bagi menggalakkan lagi penggunaan pengangkutan awam di negara ini.  

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua68Lisan19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana pendekatan dan perancangan yang perlu dimainkan oleh Kerajaan bagi memastikan desakan pemandu-pemandu teksi Lembah Klang ini ditangani dengan baik seiring dengan liberalisasi pengangkutan e-Hailing.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua11Lisan18/12/2018

​Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah alternatif Kerajaan bagi mempertingkatkan sistem jaringan pengangkutan awam ke Kelantan seandainya Projek ECRL dibatalkan.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua30Lisan18/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana Kementerian telah menunaikan manifesto Janji No.8 iaitu membaiki kualiti dan liputan pengangkutan awam.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua41Lisan18/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan bilangan tempat letak kereta berdekatan stesen KTM/MRT di Kajang. Apakah yang menghalang Kementerian dari menambah tempat letak kereta dengan membina parkir bertingkat di atas tanah milik KTMB berhadapan Masjid India di Jalan Reko, Kajang.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua11Lisan17/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terkini pencarian kehilangan kapal terbang MH370 termasuk tuntutan-tuntutan yang ditanggung Kerajaan.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua25Lisan17/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia melaksanakan cadangan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ke Kelantan seperti mana yang sudah beroperasi di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua65Lisan17/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini pencarian pesawat MH370 selepas beberapa siri pencarian dengan kerjasama beberapa negara menemui kegagalan.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua12Lisan13/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan serta langkah yang telah diambil mengikut Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) dalam menaik taraf rangkaian landasan serta mutu perkhidmatan kereta api di seluruh negara agar menjadi satu pengangkutan alternatif kepada rakyat.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua51Lisan13/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status pelaksanaan 'Bus Rapid Transit' bagi Kota Kinabalu untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandar raya dan berapakah peruntukan yang telah digunakan setakat ini selepas pengumuman Bajet sebanyak RM1 bilion oleh Kerajaan terdahulu.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua66Lisan13/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jika ada usaha-usaha untuk melihat semula pemberian lesen-lesen 'trans-shipment' kepada syarikat-syarikat sedia ada. Adakah wujud kuasa monopoli di Sabah dan Sarawak jika keadaan masa kini dikekalkan.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua13Lisan12/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan lapangan  terbang Antarabangsa Kulim seperti yang pernah dicadangkan oleh Menteri Besar Kedah pada satu ketika dahulu.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua49Lisan12/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk membantu Kerajaan Negeri Sabah untuk mewujudkan syarikat penerbangan domestik bagi membolehkan lebih banyak penerbangan tempatan menghubungkan bandar-bandar utama di Sabah.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua51Lisan12/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk membatalkan permit-permit teksi yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat dan diberikan terus kepada pemandu teksi secara individu. Apakah langkah-langkah Kerajaan dalam membantu pemandu-pemandu teksi yang kebanyakan mereka adalah pesara Kerajaan.  

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua58Lisan12/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan keberkesanan kurikulum lesen memandu bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua69Lisan12/12/2018

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan langkah-langkah penguatkuasaan Kerajaan terhadap isu rasuah di dalam pengeluaran lesen memandu.


Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua24Lisan04/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah persediaan dan hala tuju MAHB dalam merangka penerbitan REIT Lapangan Terbang Pertama di dunia dan apakah REIT ini ianya tidak memberi impak kepada Caj Perkhidmatan Penumpang Penerbangan (PSC).

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua29Lisan04/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status permohonan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk melantik warden trafik lalulintas.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua60Lisan04/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah laporan 'feasibility study' yang menyatakan projek MRT tidak perlu diperluaskan akan dibentangkan dan diteliti oleh orang ramai, serta apakah rancangan induk pengangkutan yang akan dilaksanakan dalam 10 tahun akan datang.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua17Lisan04/12/2018

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berdasarkan Laporan Centre for Governance and Political Studies, didapati hanya satu sahaja hospital Kerajaan yang berada dalam lingkungan 1 km dari stesen MRT walhal terdapat banyak pusat membeli belah dan komersil yang mempunyai sambungan terus ke stesen. Apakah tindakan Kementerian dalam menangani kelompangan ini bagi memastikan kemudahan MRT dapat memberikan faedah kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua10Lisan03/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah mekanisme terbaik yang dilakukan oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah pertikaian antara teksi dan 'Grab'.

Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua13Lisan03/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:


(a) apakah pelan tindakan Kementerian untuk memperkembangkan perkhidmatan bas percuma seperti GoKL City Bus dan PJ City Bus supaya lebih ramai penduduk bandar dapat menikmati perkhidmatan pengangkutan awam sedemikian; dan

(b) bagaimanakah Kementerian menyelaraskan kepelbagaian perhentian bas seperti bas pengantara MRT, bas RapidKL, bas percuma GoKL dan sebagainya di sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur, kerana kekeliruan timbul akibat daripada kekurangan petunjuk perhentian bas yang jelas dan agak banyak laluan perkhidmatan bas yang berulang.


Papar Jawapan
Mesyuarat Kedua40Lisan03/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berdasarkan Laporan Centre for Governance and Political Studies, hanya stesen MRT selepas Sri Raya menghala ke Kajang sahaja mempunyai kawasan perumahan dengan nilai median RM400 per kaki persegi yang mampu dimiliki oleh golongan M40, manakala kawasan perumahan di stesen selebihnya (Sri Raya ke Sungai Buloh) dikatakan tidak mampu dimiliki. Apakah langkah yang akan diambil untuk memastikan lebih ramai golongan M40 boleh menikmati kemudahan MRT ini.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama15Bukan Lisan14/09/2018

​Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan bersepadu yang dapat dilakukan untuk membangunkan tanah-tanah milik Perbadanan Aset Keretapi di koridor Laluan Tanjung Malim hingga ke Tampin bagi memanfaatkan jaringan pengangkutan rel.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama54Bukan Lisan14/09/2018

​Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan alternatif bagi membaiki sistem pengangkutan awam di Malaysia setelah projek MRT3 dimansuhkan dan apakah komitmen Kerajaan dalam mengurangkan kesesakan jalan raya di kawasan bandar.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama66Bukan Lisan14/09/2018

YBM. Engku Naimah Binti Engku Taib minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilangan pemandu Grab dan Uber yang terdapat di negara ini serta nyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan pemandu teksi tidak kerugian dengan wujudnya perkhidmatan Grab dan Uber ini.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama74Bukan Lisan14/09/2018

​Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status perkembangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan lebuh raya Kelantan setakat ini.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama75Bukan Lisan14/09/2018

​Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang membina sebuah pelabuhan di Kelantan demi menjamin kemajuan ekonomi negeri Kelantan.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama16Lisan12/09/2018

​Dr. Mohd Nor Bin Haji Monutty minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah ada perancangan untuk memecahkan monopoli 'Grab' dalam perkhidmatan 'e-hailing'

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama11Lisan06/09/2018

​Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kerajaan untuk menaik taraf sistem pengangkutan di Kelantan iaitu lebuh raya, kereta api dan lapangan terbang bagi menampung keperluan rakyat dan pelancongan negeri.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama60Lisan06/09/2018

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan akan mengkaji semula syor panel penasihat bebas kemalangan bas Genting Highlands termasuk cadangan untuk menubuhkan satu Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (National Transportation Safety Board) yang dilengkapi dengan pelbagai kepakaran.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama9Lisan05/09/2018

​Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah perlaksanaan harga tiket kapal terbang yang terkawal terutamanya di musim perayaan akan dimulakan.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama27Lisan05/09/2018

​DATUK HAJI ABIDULLAH BIN SALLEH minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengenai sindiket kereta klon yang berleluasa di dalam negara. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama33Lisan05/09/2018

​Tuan Khairul Azwan Harun minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan akan mengurangkan tumpuan kepada pembangunan pengangkutan awam negara berikutan penghapusan SPAD serta hasrat Perdana Menteri untuk menghasilkan kereta nasional yang baru.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama53Lisan05/09/2018

​Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah penumpang harian (purata) bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) untuk enam bulan pertama 2018 mengikut pecahan bulan dan sebab-sebab kenapa masih gagal mencapai anggaran asal serta inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan lagi bilangan penumpang.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama67Lisan05/09/2018

​Dato' Mohd Suhaimi Bin Abdullah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tambahan 'support system' yang akan diadakan bagi tujuan memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan awam.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama14Lisan05/09/2018

​Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan rancangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, Kedah.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama5Lisan04/09/2018

​Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah yang diambil pihak Kementerian dalam mengawal-selia perkhidmatan e-hailing terutamanya apabila berlaku kes-kes jenayah melibatkan perkhidmatan ini.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama11Lisan04/09/2018

​DATO' SRI KHAIRUDIN SAMAD minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengguna pakai cermin gelap (tinted) yang peratusnya lebih tinggi dari yang dibenarkan memandangkan suhu kini yang semakin meningkat disebabkan oleh 'global warming'.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama62Lisan04/09/2018

​Dr. Mohd Nor Bin Haji Monutty minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah ada kursus etika dan profesionalisme untuk pemandu lori dan bas supaya kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama8Lisan03/09/2018

​Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rasional memansuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan menggantikannya dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan nyatakan dengan terperinci perbezaan tanggungjawab di antara SPAD dan APAD.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama15Lisan03/09/2018

​Dr. Zaiedi Haji Suhaili minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Kerajaan akan mengumumkan hasil kajian MAVCOM tentang kawalan kadar tambang kapal terbang untuk laluan-laluan domestik untuk destinasi-destinasi dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia dan sebaliknya.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama56Lisan03/09/2018

​Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan susulan yang telah diambil oleh Kementerian dalam menyelesaikan aduan-aduan daripada OKU berkenaan masalah yang dihadapi dalam menggunakan kemudahan yang disediakan di perhentian pengangkutan awam seperti kerosakan lif, bilik tandas OKU yang terkunci, dan ketiadaan bantuan untuk menyediakan 'ramp' mudah alih di stesen kereta api.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama7Lisan30/08/2018

​Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah strategi yang di ambil oleh Kementerian dalam menaik taraf servis teksi di Malaysia agar dapat bersaing dengan 'Grab'.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama48Lisan29/08/2018

​Datuk Ir. Yong Wui Chung minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengawal harga tiket penerbangan bagi perjalanan domestik di antara Sabah-Sarawak dan juga Sabah-Kuala Lumpur khususnya di musim perayaan. 

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama52Lisan29/08/2018

​Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bagaimanakah fungsi penguatkuasaan terhadap operasi kenderaan perdagangan apabila SPAD dimansuhkan dan bagaimanakah tata kelola industri pengangkutan rel dapat dipantau agar ianya seiring dengan pertumbuhan semasa pengangkutan awam darat di Malaysia.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama55Lisan29/08/2018

​Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekarang berada dalam tahap yang memuaskan terutama dalam mengawal selia Syarikat-syarikat Penerbangan Tempatan daripada mengambil kesempatan menaikkan harga tiket di waktu musim perayaan.

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama59Lisan29/08/2018

Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapakah berlaku perbezaan harga pembelian tiket kereta api berkelajuan tinggi (ERL) antara kios, atas talian dan di kaunter (walk-in).

Papar Jawapan
Mesyuarat Pertama6Lisan28/08/2018

​Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perkembangan perkhidmatan KTMB agar perkhidmatan "13 Set Tren Hibrid Electric-Diesel" di sektor Antara bandar Pantai Timur dapat dimulakan perkhidmatan sebagaimana jadual asal 2018 dan projek naik taraf landasan siap.

Papar Jawapan

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device