Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​PROJEK PEMBANGUNAN​

​​​ ​​
​​

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Projek Pembangunan Sektor Darat - Rel​

​​

MOT telah melaksanakan beberapa projek pembangunan infrastruktur rel bagi Sektor Darat. Antara projek-projek yang dilaksanakan ​adalah seperti berikut:-​​​​​

​​​
​​

PLBE akan memendekkan tempoh perjalanan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang lazim dihadapi oleh pengguna jalan raya. Selain itu, penggunaan lokomotif elektrik di Landasan Berkembar Elektrik juga menguntungkan perniagaan setempat serta perkhidmatan penghantaran dan kargo dengan meningkatkan frekuensi perkhidmatan dan keberkesanan perkhidmatan selain mengurangkan waktu perjalanan dan kos bahan api fosil yang tidak menentu berbanding pengangkutan darat atau udara. la juga lebih mesra alam sekitar kerana tidak mengeluarkan sisa berbahaya dan menjimatkan bahan api.

Ipoh - Padang Besar​

Landasan Berk​embar Elektrik Ipoh - Padang Besar​ ini merupakan sebahagian daripada projek kerajaan untuk mempertingkatkan standard pengangkutan rel di Malaysia sekaligus membolehkan rakyat menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih pantas​​​, lebih selamat dan lebih selesa pada harga berpatutan.​​

​​Info Selanjutnya​

Seremban - Gemas​​​​

Landasan berkembar Seremban - Gemas ​ini dijangka menambah kapasiti landasan kepada sepuluh kali ganda berbanding kapasiti sedia a​da. Perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan tren akan menjadi lebih pantas, selamat dan selesa.​​​​

Info ​Selanjutnya​

Gemas - Johor Bahru​​​​

Kerajaan telah bersetuju untuk menaik ​​taraf landasan tunggal sejauh 197km dari Gemas ke Johor Bahru pada tahun 2000. Perancangan telah dibuat bagi tujuan tersebut termasuk menentukan jajaran dan skop kerja projek. PLBE GJB merupakan kesinambungan Singapore – Kunming Rail Link. ​​

Info ​Selanjutnya​
​ ​​​​

Menaik taraf jambatan keretapi di Pantai Timur yang melibatkan 124 daripada 192 buah jambatan keluli antara Kuala Krau – Pasir Mas yang dibina antara tahun 1930an.​

​ ​

Jambatan Keretapi Pantai Timur​

Projek Menaik Taraf Jambatan Keretapi di Pantai Timur ​ini melibatkan:​
- Sektor 1 : Gemas - Kuala Krau​
- Sektor 2 : Kuala Krau - Pasir Mas​​

​​Info Selanjutnya​
​ ​​​​ ​