Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​PROJEK PEMBANGUNAN​

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Projek Pembangunan Sektor Darat - NKRA​​​​​​​​

​​
​​

MOT telah melaksanakan beberapa projek pembangunan NKRA​ bagi Sektor Darat yang dilaksanakan mulai​ tahun 2013 - 2015​. P​rojek-projek yang dilaksanakan ​adalah seperti berikut:-​

​​
​ ​

Semi Overhaul EMU Kelas 83​​

Membaikpulih set EMU Kelas 83 bagi memperbaiki aspek keselamatan operasi tren dan prestasi perkhidmatan komuter KTMB.​​

​​

Peningkatan Kapasiti KTMB Komuter dan Kemudahan Sokongan

Meningkatkan kapasiti dan keupayaan perkhidmatan komuter di Lembah Kelang.​​

​​
​​​​​
​​

Program Hentian Bas​​

  1. Meluaskan perkhidmatan bas.
  2. Kemudahan hentian bas sedia ada yang lebih selesa.
  3. Menyediakan panel maklumat/ jadual dan laluan bas di hentian bas.
  4. Menyediakan no siri/ kod dan inventori hentian bas.
​​​ ​​​

Greater KL Stage Bus Network Revamp

Meningkatkan kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam di dalam pusat bandar dengan koridor laluan bas yang lebih menyeluruh.

​​ ​​ ​​​​

Centralised Taxi Service System​​

Mewujudkan industri teksi yang lebih berdaya saing/ berimej cemerlang dan mempunyai sistem panggilan berpusat.

​​​​​
​ ​

Parkway Facilities​​

  1. Meningkatkan integrasi di antara perkhidmatan bas dan rel supaya bas lebih mudah menurunkan penumpang bersebelahan stesen komuter.
  2. ​Projek : Parkway Dropzone di Stesen Komuter Serdang, Taman Dato’ Harun dan Batu Tiga.
​​​

Integrated Ticketing & Automated Fare Collection​​

Menyediakan sistem tiket tanpa tunai yang bersepadu untuk semua operator bagi memastikan masa perjalanan yang lancar.



Laluan Pejalan Kaki (Skywalk)

  1. Menyediakan laluan pejalan kaki berbumbung sebagai integrasi di antara stesen pengangkutan awam di pusat Bandar.
  2. ​​​Projek: pembinaan pedestrian linkages di Wangsa Maju dan Sri Rampai.


​​​ ​​​

Park n Ride Facilities​​​​​

  1. Keperluan tempat meletak kereta adalah sebagai kemudahan first mile pengguna perkhidmatan awam.
  2. ​Pengguna boleh meletak kereta di park n ride dan terus menaiki sistem pengangkutan awam ke pusat Bandar.
  3. ​Projek : Pembinaan kemudahan park n ride di Stesen Komuter Klang/ Nilai/ Rawang, Stesen ERL Salak Tinggi dan Stesen LRT Taman Paramount/ Taman Jaya/ Taman Bahagia.​
​​​ ​​​

Program Memperkukuhkan Penguatkuasaan JPJ

Meningkatkan kecekapan operasi Jabatan Pengangkutan Jalan melalui sistem internet dan online.

​​
​ ​

Journey Planner

Meningkatkan kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam melalui aplikasi yang memaklumkan kedudukan stesen, tambang, laluan pengangkutan awam dan jadual perjalanan.

​​
​​​​​
​​
​​

NKRA - UPT telah mencapai kejayaan yang besar dalam tempoh 2010 – 2012. P​rojek-projek yang dilaksanakan ​adalah seperti berikut:-​

​​

Perolehan 35 set tren baru empat gerabak untuk LRT aliran Kelana Jaya

35 set tren empat gerabak telah diserahkan dan kini beroperasi sepenuhnya pada waktu puncak pagi di LRT aliran Kelana Jaya.

​​​

Perolehan 38 set tren 6-gerabak EMU baharu​

Kesemua 38 set telah diserahkan kepada KTMB dan beroperasi.

​​ ​​​​

Perolehan 470 bas baru RapidKL​​

Semua 470 buah bas baru telah diserahkan pada tahun 2011 iaitu 400 buah bas 44 tempat duduk dan 70 buah bas midi.

​​​

Pelancaran 9 koridor Bus Expressway Transit (BET) baru

​9 koridor diperkenalkan melibatkan laluan dari Kota Damansara, Bandar Sg. Long, Subang Mewah, Taman Seri Muda, Tasik Puteri, Bukit Beruntung, Sri Nilam, Semenyih dan Rawang ke KL CBD.

​​ ​​​​

Membaikpulih 1,102 buah hentian bas.​​

Sebanyak 634 (tahun 2010) dan 468 buah perhentian bas pada tahun 2011 dikenal pasti oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang sesuai dibaikpulih.​

​​​ ​​​

Projek Pembangunan Terminal Selatan Bersepadu – Bandar Tasik Selatan​​

ITT BTS mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Mac 2011 dan berjaya membantu mengurangkan kesesakan di pusat Bandar (CBD) setiap hari dengan mengalihkan 500 buah bas ekspres ke arah selatan.

​​​

Projek Park n Ride di Lembah Klang

Projek berkenaan melibatkan Park n Ride di stesen LRT dan stesen Komuter.

  • Kepong - KTMB
  • Salak Selatan - KTMB
  • Kajang - KTMB
  • Bangi - KTMB
  • Batang Benar - KTMB
  • Seremban - KTMB
  • Petaling - KTMB
  • Batu Tiga - KTMB
  • Shah Alam - KTMB
  • Padang Jawa - KTMB
  • Bandar Tasik Selatan - DBKL
  • Sungai Besi - DBKL
  • Sri Petaling - SPNB
  • Gombak - SPNB​
  • Menaiktaraf 10 stesen komuter yang mesra OKU​​​​

    Kerja-kerja menaiktaraf di 10 stesen Komuter ini melibatkan pembinaan tactile, tandas OKU dan lif.​​

    ​​​ ​​​
    ​​
    ​​
    ​​