Carian:
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​SALURAN ADUAN SALAH LAKU JENAYAH RASUAH DAN TATATERTIB

​​​Pengenalan​​​

Unit Integriti, Kementerian Pengangkutan Malaysia ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Penubuhan unit ini adalah bagi menyepadukan semua pengurusan hal-hal berkaitan dengan integriti supaya inisiatif-in​isiatif pengistitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan secaras fokus, terancang dan efisien. Salah satu fungsi unit ini ini adalah mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah rasuah dan pelanggaran tata kelakuan serta etika organisasi. Selanjutnya>>​

​​​Bagaimana menyalurkan aduan?​​​

Orang awam atau warga Kementerian Pengangkutan Malaysia atau agensi-agensi dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia boleh mengemukakan aduan mengenai jenayah rasuah atau salah laku tatatertib kepada Unit Integriti dengan cara:

    • Sistem Online e-Integriti​
    • ​Menghadirkan diri ke alamat berikut​;

      Unit Integriti,
      ​​Kementerian Pengangkutan Malaysia,​
      ​​​
      Aras 6, Unit Integriti,
      No. 26, Jalan Tun Hussein,
      Presint 4,​
      62100 Putrajaya.
    • Mengemukakan surat ke alamat tersebut;
    • ​Mengemukakan emel ke integriti[at]mot[dot]gov[dot]my​;​
    • Menghubungi talian 03-8892 1066
    • Talian f​aksimili 03-8888 0213
​​​