NKPI 
Indeks Petunjuk Prestasi  Negara (NKPI) 2010
Dibawah NKRA – Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar (UPT), kami telah menetapkan sasaran dalam meningkatkan jumlah penumpang-penumpang bagi perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Kelang kepada 15% pada 2010 dan seterusnya kepada 25% menjelang penghujung 2012 bagi waktu puncak di sebelah pagi. Pada tahun 2010, objektif utama adalah untuk mencapai sasaran15% penggunaan pengangkutan awam bandar ataupun meningkatkan jumlah penumpang daripada 251,184 kepada 226,184 bagi tahun berkenaan.Tujuh NKPI ditetapkan bagi mengukur kebolehupayaan, masa perjalanan, keselesaan, kapasiti, ketersediaan, akses dan rangkaian.
Pencapaian Utama
Sepanjang tahun 2010, beberapa pencapaian telah berjaya dilihat di bawah NKRA – Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar (UPT):
01. 22 set tren 4 gerabak baru telah diperkenalkan di sistem RapidKL LRT jajaran aliran Kelana Jaya yang mana telah membawa seramai lebih 2.43 juta penumpang lagi pada tahun 2010;
02. Perkhidmatan Bus Expressway Transit (BET) diperkenalkan di 5 laluan, dengan tujuan utama mengurangkan masa perjalanan perkhidmatan bas henti-henti dengan menggunakan lebuhraya yang kurang penggunaannya;
03. Sebanyak 634 buah perhentian bas telah dinaiktaraf sepanjang 2010 di kawasan-kawasan Sepang, Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Selayang, Ampang Jaya dan Kajang; dan
04. Pembangunan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Bandar Tasik Selatan (juga dikenali sebagai Terminal Bersepadu Selatan).