Carian:
FAQ Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​PERUTUSAN KSU​​

​​​​adib​​

​YBHG. DATUK MOHD KHAIRUL ADIB BIN ABD RAHMAN

KETUA SETIAUSAH​A
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

​ ​

​​​​

Salam Sejahtera,


Sistem pengangkutan yang efisien memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Malaysia yang bakal muncul sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 terus berusaha memantapkan sistem pengangkutan melalui pelbagai program tr​ansformasi bagi mewujudkan satu rangkaian sistem pengangkutan yang bersepadu.


Laman web baru ini bermatlamat memaklumatkan rakyat dengan segala perancangan dan pengoperasian Kementerian melalui program-program jabatan dan agensi di bawahnya. Laman ini yang direka dengan lebih informatif membolehkan orang awam mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan polisi, statistik, prosedur, projek pembangunan dan sebagainya dengan lebih mudah.


Penglibatan Kementerian dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) di bawah Pengangkutan Awam Bandar yang merupakan salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), menjadi wadah utama Kementerian dalam membantu negara ke arah pencapaian Wawasan 2020. Maklumat terkini tentang pencapaian Kementerian akan terus disalur melalui laman web ini untuk rujukan orang awam.


Pembaharuan elemen intera​ktif membolehkan masyarakat menerima maklumat dan juga memberikan maklumbalas berbentuk komen dan cadangan bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kementerian. Dengan rekaletak dan susun atur wajah yang baru, laman web ini tampak lebih menarik dan kemas. Semoga laman web ini memberi manfaat kepada semua pengunjung.


​Selamat Melayari Laman Web MOT.​

Utama | Peta Laman | W3C | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Permohonan Maklumat | FAQ

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan ke atas

Hakcipta Terpelihara © MOT 2016 - Kementerian Pengangkutan Malaysia

Versi 2.0

Support multi browser and device